Wanita zaman kini, ramai yang berdikari untuk mencari pendapatan sendiri. Di kalangan wanita juga ramai yang mempunyai kerjaya sendiri dan telah berjaya seperti Dr. Amalina Bakri, Neelofa dan ramai lagi. Ini menunjukkan wanita juga boleh mencipta sejarah.
Ramai di kalangan wanita yang walaupun sibuk berkerja dan mengejar kerjaya tetapi masih boleh menguruskan hal rumah tangga seperti masak, mengemas rumah dan menyiapkan anak-anak ke sekolah. Ini adalah ciri-ciri wanita yang berjaya.
Selepas berkahwin, wanita masih perlu berdikari dan tidak boleh mengharapkan nafkah yang suami bagi sahaja. Kenapa?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor-faktor isteri perlu bijak menabung. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
1. Jika kita belum bertemu jodoh, kita harus bijak uruskan kewangan, emosi dan harta sendiri tanpa suami.
2. Jika dah bekeluarga, ingatlah bahawa suami itu pinjaman Tuhan yang Maha Esa buat kita sahaja.
Mereka boleh hilang bila bila masa. Sama ada dijemput Illahi atau jatuh cinta lagi dengan janda anak 5.
Atau kita dapat suami yang rendah kualitinya, sebok hukum isteri derhaka kalau tak masak untuknya.
Kita tidak boleh kawal itu semua, yang kita boleh kawal adalah DIRI KITA. Maka bersedialah.
1️⃣ Sentiasa buat simpanan gaji atau nafkah yang suami bagi.
2️⃣ Jika suami tiada Perlindungan Pendapatan, bayar saja guna duit kita. Hibah duit yang dapat pada diri sendiri.
3️⃣ Belilah sebuah rumah kecil sebagai pelaburan. Jika suami jatuh cinta lagi atau halau keluar, adalah sebuah rumah yang menanti kita.
4️⃣ Belajarlah jana pendapatan sendiri agar banyak simpanan.
*Wanita kini lebih bijak untuk mencari pendapatan sendiri. Sebelum terjadi apa-apa kepada diri, sebaik-baiknya perlu bersedia seperti siap ada tabung simpanan persendirian. Anda boleh simpan wang di tabung haji untuk pelaburan yang bijak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang,
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.