“Dollar-Cost Averaging” atau (DCA) merupakan satu teknik pelaburan dengan membeli sesuatu saham pada satu jumlah amaun pelaburan yang tetap dalam dalam tempoh berkala tanpa mengambil kira harga saham tersebut. Dengan menggunakan DCA, seseorang pelabur akan membeli saham secara berterusan, di mana sebahagian dibeli ketika harga saham menurun dan sebahagian dibeli ketika harga saham meningkat. Teknik ini digunakan untuk menilai harga saham-saham yang dibeli. Teknik ini juga dikenali sebagai “constant dollar plan”.
Semakin hari, kos purata per saham untuk sekuriti akan menjadi semakin kecil. DCA mengurangkan risiko melaburkan jumlah yang banyak ke dalam satu pelaburan pada masa yang salah. Sebagai contoh, katakan anda bercadang untuk membeli RM1000 saham syarikat C setiap bulan untuk tempoh tiga bulan.
Pada bulan Januari, saham C bernilai RM330, justeru anda membeli tiga saham. Pada bulan Februari pula, nilai saham C adalah RM250, maka anda membeli tambahan empat saham. Dan akhirnya pada bulan Mac, nilai saham C adalah RM200, lalu anda menambah lagi lima saham. Secara keseluruhannya, anda telah mendapatkan 12 unit saham dengan purata harga sebanyak RM250 untuk setiap satu. Di United Kingdom, teknik ini dikenali sebagai “pound-cost averaging”.
Jemput juga baca tentang teknik analisis saham dan analisis teknikal