Dana indeks ataupun istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “index fund” merupakan satu jenis dana bersama dengan portfolio yang dibuat untuk memadankan atau menjejaki komponen-komponen sesebuah pasaran indeks seperti Standard & Poor’s 500 Index (S&P 500). Sebuah dana bersama indeks dikatakan menyediakan pendedahan pasaran yang luas, perbelanjaan operasi yang rendah dan perolehan portfolio yang rendah.

Selain itu, pengindeksan merupakan satu bentuk pengurusan dana yang pasif yang dibahaskan oleh sesetengah individu sebagai mengatasi dana-dana bersama yang paling aktif diuruskan.

Dana indeks yang paling terkenal menjejaki S&P 500, namun beberapa indeks lain, termasuk Russell 2000 (syarikat-syarikat kecil), DJ Wilshere 5000 (kesemua pasaran saham), MSCI EAFE (saham asing di Eropah, Australasia (kesemua negara Oceania), dan Timur Jauh), dan Lehman Aggregate Bond Index (kesemua pasaran bon), adalah diikuti secara meluas oleh para pelabur.

Selain itu, membuat pelaburan di dalam sesebuah dana indeks merupakan satu bentuk pelaburan yang pasif. Kelebihan utama adalah nisbah perbelanjaan pengurusan yang lebih rendah. Kebanyakan dana bersama yang diuruskan secara aktif gagal untuk mengatasi pasaran indeks yang luas kerana pulangan dana-dana tersebut telah dikurangkan oleh kerana nisbah perbelanjaan yang lebih tinggi.

Jemput juga baca tentang cara buka akaun saham dan labur saham modal kecil

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.