Perkahwinan bukan satu perkara yang boleh di bawa main-main. Kita perlu berkahwin apabila kita sudah jumpa pasangan yang sesuai dan boleh hidup bersama sehingga ke nafas yang terakhir. Indah sekali jika dapat pasangan yang baik, taat agama dan lemah lembut. Tetapi, jika dapat pasangan yang pandai menguruskan kewangan, itu adalah bonus.

Wanita yang bijak menguruskan kewangan adalah wanita idaman setiap lelaki. Wanita ini dapat membantu si suami untuk menguruskan kewangan dan perbelanjaan isi rumah dengan bijak. Suami juga akan tidak akan terasa terbeban memikirkan bagaimana caranya untuk membahagikan wang kepada isi rumah dan simpanan.

Setiap kejayaan suami ada wanita yang menyokongnya dari belakang. Jika dapat seorang isteri yang bijak menguruskan kewangan, semestinya suami akan rasa kurang terbeban kerana ada orang yang membantunya. Isteri yang bijak menguruskan kewangan bukan sahaja wanita yang bekerjaya tetapi suri rumah sepenuh masa juga boleh menjadi isteri yang bijak.

Semasa zaman sebelum berkahwin, lelaki boleh lihat dan tahu cara wanita itu sendiri berbelanja. Dari situ, lelaki boleh agak dan rasa wanita tersebut kuat berbelanja atau tidak. Jika dari cara wanita itu berbelanja jimat, maka wanita tersebut bijak menguruskan kewangan

Apakah ciri-ciri wanita yang bijak menguruskan kewangan?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri-ciri wanita yang bijak menguruskan kewangan diri. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Imej via baituljannah

5 Ciri-ciri wanita yang bijak menguruskan kewangan

1. Bijak pandai itu bukannya tunggu ada sarjana atau ada PhD sahaja, atau graduan universiti.

2. Wanita bijak itu, bukannya yang cantik sahaja tudungnya atau putih flawless wajahnya.

3. Wanita cerdik bila dia bijak susun strategik status kehidupan, agama dan urus wang keluarga.

Dia bahagikan wang kecemasan dimana, dia buat tabung keluarga, ada duit belanja luar jangkaan.

4. Wanita hebat bila dia berjaya manfaat duit belanja rumah tangga juga untuk pelaburan masa depanya. Tahu dimana pelaburan yang bagus dan pasang impian nak beli rumah satu.

Bagaimana nak tahu calon isteri kita cantik dan berotak kerana kita tak pernah nampak otaknya?

5. Mereka gila berbelanja dan tak kisah kita kerja apa, janji semua mereka nak, lelaki kena sediakan semuanya. Mereka gila hias diri bagi nampak sempurna dimata manusia lain.

*Wanita yang bijak menguruskan wang boleh membantu pasangan mereka untuk berjimat dan membuat tabung simpanan untuk masa hadapan.  Selain itu, sifat berjimat cermat ini boleh dicontohi anak-anak dan mereka boleh belajar cara berjimat cermat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.