Anda sedang mencari rumah sewa pertama? Memandangkan ini adalah pengalaman pertama anda menyewa rumah, pastinya anda tercari-cari tips sewa rumah agar anda dapat memilih rumah yang betul-betul sesuai untuk anda dan apa yang paling penting ialah agar anda tidak ditipu oleh ejen atau tuan rumah. Di antara perkara penting untuk anda ambil kira semasa mencari rumah sewa adalah seperti berikut:

Sumber: Tarahap

1. Pilih kawasan yang ingin disewa

Perkara pertama yang perlu ditetapkan ialah pilih kawasan yang ingin disewa. Di mana anda ingin tinggal? Adakah anda inginkan rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja agar mudah untuk anda berulang-ali bekerja setiap hari. Atau anda inginkan rumah sewa yang dekat dengan rumah ibu bapa agar anda dapat melawat merek dengan kerap dan menghulurkan bantuan apabila diperlukan.Ada juga orang yang tak kisah kawasan rumah sewa asalkan dekat dengan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, atau perhentian bas.

Kemudian tentukan pula sama ada anda inginkan rumah bertingkat atau rumah dibawah. Ada orang sukakan rumah dibawah yang mempunyai sedikit laman untuk berucuk-tanam atau duduk mengambil angin pada waktu petang, dan ada juga yang memilih rumah bertingkat atas faktor keselamatan dan kemudahan yang disediakan.

Nasihat kami, cari rumah yang berdekatan dengan kemudahan seperti:

  1. Kedai runcit
  2. Kedai makan
  3. Pengangkutan awam
  4. Masjid atau surau
  5. Hospital atau klinik
  6. Pasar tani atau pasar pagi
  7. Berdekatan dengan saudara-mara atau kenalan, jika berlaku kecemasan

Walau apa pun alasan anda memilih lokasi rumah sewa, apa yang paling penting ialah pastikan anda memilih dulu lokasi dan kawasan yang anda inginkan sebelum pergi ke tips yang seterusnya.

2. Survey harga rumah sewa di kawasan tersebut

Tips seterusnya ialah lakukan survey harga rumah sewa di kawasan pilihan anda. Ini adalah sangat penting agar anda tidak dikenakan harga sewa yang terlalu tinggi untuk kawasan tersebut. Sentiasa ingat bahawa ada bermacam jenis manusia di dalam dunia dan ada jenis yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Jika tuan rumah atau ejen menawarkan harga sewaan yang terlalu tinggi untuk kawasan tersebut, anda boleh berunding sehingga mendapat harga yang berpatutan.Jika tuan rumah atau ejen enggan untuk menurunkan harga, cari rumah sewa lain yang lebih berpatutan.

 3. Tetapkan harga maksimum yang mampu dibayar

Tips cari rumah sewa yang seterusnya ialah dengan menetapkan berapakah harga maksimum yang anda mampu bayar untuk rumah yang akan disewa. Katakanlah harga maksimum yang anda mahu bayar ialah RM1000 sebulan, maka sila bandingkan dengan harga di kawasan tersebut. Lihat rumah jenis bagaimana yang boleh anda dapat.

Sumber: Ohsempoi

4. Lihat rumah sebelum bersetuju untuk menyewa atau membuat sebarang bayaran

Adalah sangat penting untuk anda melihat sendiri rumah yang ingin disewa sebelum menandatangai apa-apa perjanjian atau membuat sebarang bayaran. Ada kalanya tuan rumah atau ejen meminta anda terus bersetuju untuk menyewa dan membuat bayaran tanpa diberi peluang untuk melihat dulu keadaan rumah. Ini adalah sangat bahaya kerana anda boleh tertipu.

Terdapat banyak kes di mana penyewa telah membuat bayaran atau menandatangi perjanjian untuk rumah yang tidak wujud, sudah mempunyai penyewa yang tinggal di sana, atau menyewa rumah dalam keadaan yang sangat teruk. Oleh itu, jangan ambil ringan tentang tips ini.

5. Periksa keadaan rumah sebelum bersetuju untuk menyewa

Adalah sangat penting untuk anda memeriksa keadaan rumah yang ingin disewa. Pastikan anda diberikan peluang untuk melihat setiap ruang rumah tanpa sebarang gangguan. Jika terdapat sebarang kerosakan, minta tuan rumah atau ejen untuk baiki sebelum anda masuk ke rumah tersebut. Jika rumah yang anda lihat berada adalam keadaan yang sangat teruk atau usang, elakkan daripada menyewa rumah tersebut untuk mengelakkan masalah pada masa hadapan.

6. Perjanjian Sewaan Rumah

Tak ramai yang sedar tentang kepentingan perjanjian sewaan rumah. Sebelum anda bersetuju untuk menyewa rumah tersebut, minta tuan rumah atau ejen untuk menyediakan perjanjian sewaan agar hak anda terbela. Perjanjian tersebut sepatutnya mengandungi terma-terma seperti:

  1. Jumlah deposit bersama utiliti yang perlu dibayar
  2. Jumlah sewaan setiap bulan serta tarikh bayaran
  3. Syarat-syarat sewaan
  4. Hak penyewa
  5. Hak tuan rumah
  6. Syarat untuk menamatkan sewaan
  7. Perkara-perkara yang membatalkan perjanjian sewaan

Perjanjian sewaan tadi harus dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan ditanda tangani sebelum diperakui oleh pesuruhjaya sumpah. Perjanjian ini adalah sangat penting untuk menlindungi hak anda sebagai penyewa. Dengan adanya perjanjian ini, tuan rumah tidak boleh berbuat sesuka hati ke atas anda dengan tiket tuan rumah.

7. Bayaran deposit dan sewa bulanan hendaklah dibuat melalui akaun bank

Akhir sekali, sebarang bayaran yang dibuat hendaklah dilakukan melalui akaun bank. Elakkan membayar secara tunai. Ini kerana bayaran melalui akaun bank mempunyai bukti transaksi, berbanding bayaran tunia yang tidak memberikan sebarang bukti bahawa anda yelah membuat bayaran. Ini adalah sangat penting jika tuan rumah atau ejen mempertikaikan bayaran anda.

Sumber: Muslimobsession

Itulah dia info tentang macam 7 tips cari rumah sewa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara kumpul duit deposit rumah dan cara elak deposit rumah hangus.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.