Anda sedang mencari cara turunkan berat badan yang berkesan? Jom kami kongsikan 10 cara turunkan berat badan yang terbukti berkesan yang anda boleh cuba beserta kisah seorang gadis yang berjaya mengurangkan 20 kilogram dalam masa dua bulan tanpa sebarang ubat kurus yang pastinya membuatkan anda teruja untuk mencuba.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan jika nak kurus ialah dengan menjaga pemakanan. Kita adalah apa yang kita makan. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan diproses, makanan segera, dan makanan yang tinggi kandungan gula serta garam.
Bersenam juga membantu anda untuk cepat kurus. Apabila anda bersenam, tubuh badan akan membakar kalori. Lagi banyak kalori yang dibakar, lebih cepat anda kurus. Senaman kardio adalah senaman yang terbaik untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Di antara contoh senaman kardio ialah jogging, mengayuh basikal, berjalan dengan laju, berenang, dan sebagainya.
Nak kurus? Jangan makan lewat malam. Pastikan anda berhenti makan selewatnya pukul 8 malam untuk memberikan masa yang lama untuk perut anda kosong tanpa makanan. Makan lewat malam adalah punca utama seseorang mengalami masalah kegemukan. Nak-nak lagi kalau anda terus tidur selepas makan.
Minuman keras bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah ia akan menyebabkan anda mengalami masalah kegemukan. Ini kerana tubuh badan anda akan menyimpan air atau water retention. Minuman keras juga akan menyebabkan perut anda menjadi buncit.
Cara untuk kurus dengan cepat yang seterusnya ialah dengan cara banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadikan kedua makanan ini sebagai menu jajan dan kudapan anda. Bila lapar, makan sayur atau buah dan elakkan daripada makan kuih-muih yang tinggi kandungan kalorinya.
Protein bukan sahaja membantu anda untuk cepat kenyang, malah ia akan membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lama. Protein juga membantu membina otot anda, tidaklah anda mengalami masalah kulit menggelebeh atau kendur apabila badan mula susut.
Tidur yang cukup sangat penting untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Seseorang yang tidur dengan secukupnya akan kehilangan berat badan dengan lebih mudah berbanding mereka yang tidak mendapat tidur yang secukupnya. Ini kerana apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, hormon dalam tubuh badan akan menjadi bercelaru. Kecelaruan hormone adalah salah satu punca kegemukan. Malah, jika anda tidur lewat, kemungkinan besar anda akan berasa lapar lalu akan makan lewat malam. Sedangkan, jika anda tidur awal, anda tidak akan berasa lapar dan tidak akan makan lewat malam.
Kata orang, kurangkan manis dalam makanan. Tambahkan manis dalam senyuman. Gula adalah musuh tersembunyi. Ia bukan sahaja mendatangkan penyakit malah akan menyebabkab berat badan bertambah. Oleh itu, kalau nak kurus pastikan anda kurangkan pengambilan gula dalam diet seharian. Banyakkan minum air kosong daripada memilih minuman yang bergula.
Ada orang menggantikan gula putih dengan gula perang atau stevia. Ia juga boleh dilakukan, namun minum air kosong adalah jauh lebih baik. Jika anda menginggalkan gula, lama-kelamaan anda akan menjadi biasa dan tidak akan mengalami ketagihan gula lagi. Berat anda juga akan turun dengan lebih cepat.
Anda juga boleh mencuba intermittent fasting untuk kurus dengan cepat. Dalam intermittent fasting, anda perlu berpuasa selama 16 jam dan boleh makan selama 6 jam. Mudah saja. Sama seperti puasa Ramadhan.
Cara hilangkan berat badan dengan cepat yang terkahir ingin kami kongsikan ialah dengan cara mengamalkan puasa sunat isnin dan khamis. Jika anda jadikannya sebagai amalan, pastinya berat badan anda akan turun dengan cepat. Ianya terbukti berkesan.
Baru-baru ini tular difacebook tentang perkongsian seorang gadis yang bernama Luchie De Leon yang berkongsikan pengalamannya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa 2 bulan. Perkongsian beliau telah mendapat lebih daripada 39,000 share dan 29,000 komen. Menurut beliau, berat asalnya mencecah 63kilogram dan dia nekad untuk kurus.
Dia mula berjogging dan menjaga makan namun tidak menampakkan hasil. Akhirnya beliau memulakan diet hanya minum air putih sahaja selepas membaca tentang manfaat air putih. Hasilnya, beliau berjaya mengurangkan 20 kilogram dalam tempoh 2 bulan tanpa sebarang senaman. Berikut adalah beberapa tips yang dikongsikan beliau:
1. Amalkan minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sebelum makan.
2. Setiap kali perut terasa lapar, minum air putih dan bukannya terus makan. Jika dalam jangka masa 10 minit rasa lapar itu masih ada, itu tandanya tubuh anda memang memerlukan makanan. Anda boleh makan sedikit untuk menghilangkan kelaparan. Jika dalam masa 10 minit lapar tadi hilang, itu tandanya anda tidak memerlukan makanan. Jangan makan.
3. Masukkan sedikit perahan lemon di dalam air putih anda untuk detox. Detos membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.
4. Boleh juga campurkan sedikit hirisan halia ke dalam campuran air putih dan lemon tadi. Halia membantu membuang angin dari badan.
Itulah dia info tentang cara turunkan berat badan yang berkesan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara jimat duit dan cara memulakan perniagaan kecil.
1. Says