Calon isteri sudah ada, tetapi bimbang duit pula yang tak cukup!
Kalau diikutkan, kos kahwin zaman sekarang bukannya rendah seperti zaman dahulu. Tambahan pula kos sewa baju pengantin, khemah, pelamin, katering dan lain-lain lagi kos sememangnya tidak masuk akal.
Nak tak nak, baik wanita atau lelaki, masing-masing kena simpan duit kahwin. Namun, lelakilah yang perlu bayar kos majlis, duit hantaran, mas kahwin dan banyak lagi kan? Jom kami kongsikan kepada anda 15 cara simpan duit kahwin dengan mudah.
Tahukah anda, salah satu cara simpan duit kahwin adalah dengan buat semuanya dengan sendiri ataupun berkonsep DIY. Fikirkan bagaimana cara untuk menjimatkan bajet perkahwinan anda dan pasangan. Jadi jika semuanya diuruskan sendiri, pasti kosnya lebih jimat.
Sekiranya anda dan pasangan jenis individu yang kreatif, anda boleh membuat pelamin sendiri secara DIY. Kosnya pula tidaklah terlalu mahal tanpa mengupah orang lain.
Dari segi undangan perkahwinan dan sebagainya, disarankan untuk anda hadkan jenis lauk pauk, jumlah jemputan dan pelbagai benda lain lagi. Mesti ia akan mengurangkan bajet perkahwinan anda.
Cara simpan duit kahwin juga memerlukan anda untuk membuat lebih daripada satu kerja. Rajinkan diri untuk membuat lebih kerja atau pendapatan sampingan demi mencapai target simpanan anda.
Nak pekerjaan yang mendatangkan pulangan lumayan adalah dengan berniaga pada selepas waktu pekerjaan utama anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda seorang kerani, mungkin selepas waktu kerja anda boleh menjual di pasar malam ataupun membuka warung burger di depan rumah anda.
Jangan pandang rendah kepada pekerjaan ini kerana pendapatannya boleh mencecah kepada angka 4 digit jika anda benar-benar rajin. Jika tidak mempunyai modal, anda boleh menjadi dropship, pemandu uber, grab ataupun menjadi ghostwriter.
Selain itu, cara simpan duit kahwin juga adalah dengan membuat simpanan bersama pasangan anda. Latih diri anda dan pasangan untuk membuat simpanan bersama kerana selepas kahwin pasti memerlukan kerjasama anda dan pasangan untuk mengharungi apa jua cabaran berkaitan kewangan.
Sekiranya tarikh perkahwinan sudah hampir tiba, buatlah simpanan perkahwinan dengan banyak. Sebagai contoh, buat simpanan sebanyak RM1,000 bersama pasangan.
Cukup 7 bulan dah dapat hasil sebanyak RM7,000. Betul tak? Nak lagi berkesan, abaikan segala perbelanjaan bulanan yang tidak diperlukan seperti bil Netflix, Unifi dan sebagainya.
Sering kita lihat bahawa ramai pasangan membuat kesilapan iaitu dengan membuat pinjaman. Ramai yang telah mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman.
Namun sebenarnya, mereka telah membuat satu kesilapan yang paling besar itu membiarkan diri mereka dibebani oleh hutang pada awal perkahwinan.
Jadi, cara simpan duit kahwin yang mudah adalah bukan melalui membuat pinjaman. Jika sebelum kahwin anda tidak mampu membuat simpanan sebanyak RM700 sebulan, cuba anda fikirkan dengan membuat pinjaman yang besar nilainya. Adakah anda mampu untuk membayar pinjaman tersebut secara bulanan?
Kerjasama anda dan pasangan sangat diperlukan untuk mengumpul duit kahwin. Nak tahu sama ada pasangan anda itu sanggup hidup susah senang bersama anda atau tidak adalah dengan sama-sama bekerjasama dalam menyimpan duit.
Jika si dia sanggup berpanas hujan demi nak simpan duit bersama anda, anda sudah menemui pasangan yang membawa keuntungan. Ini kerana si dia sanggup susah dan senang bersama anda.
Anda juga boleh hasilkan tabung perkahwinan bersama pasangan atau secara individu. Tahukah anda, tabung perkahwinan adalah salah satu cara simpan duit kahwin yang terbaik. Biasanya ramai pasangan yang membuat tabungan perkahwinan akan mampu menyimpan wang.
Cara simpan duit kahwin ini boleh diamalkan ketika usia muda kerana apabila sudah mahu berkahwin, simpanan anda sudah banyak. Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk mencari duit kahwin nanti.
Siapa tak kenal dengan Tabung Haji, mesti semua kenal kan? Tahukah anda, dengan menyimpan wang di Tabung Haji, ia akan memberi manfaat yang besar buat anda. Selain itu, ia juga merupakan cara simpan duit kahwin yang disarankan.
Dengan menyimpan di Tabung Haji, duit simpanan yang lebih membolehkan anda membuat simpanan haji bersama pasangan pula nanti. Sudahlah dapat buat simpanan kahwin, dapat pula pergi haji!
Simpanan ASB juga merupakan salah satu cara simpan duit kahwin yang berkesan. Caranya adalah dengan membuat simpanan bulanan atas kemampuan anda.
Penting sekali, anda akan menerima dividen juga untuk perkahwinan anda. Waktu terbaik untuk membuat simpanan ASB adalah 5 tahun sebelum perkahwinan.
Menyekat segala perbelanjaan yang tidak diperlukan juga adalah salah satu cara simpan duit kahwin yang berkesan. Dari segi pemakanan pula disarankan untuk tidak berbelanja secara berlebihan.
Nak lagi jimat, kongsi RM10 setiap hari dengan kawan untuk membeli makanan harian. Jika RM10 didarabkan dengan 4 kawan anda sehari, anda dah boleh beli ayam, ikan dan sayur tau! Tips ini lebih kepada untuk berjimat cermat disamping dapat banyakkan simpanan duit kahwin anda.
Jika sudah menemui pasangan yang sesuai, pastikan anda menetapkan matlamat bersama pasangan anda. Menetapkan matlamat juga merupakan salah satu cara simpan duit kahwin yang berkesan.
Dengan menetapkan matlamat, pasti mudah untuk anda menyimpan wang. Ia juga akan menjadi pembakar semangat anda untuk berusaha menjana pendapatan dengan lebih lagi.
Nak mudah, cara simpan duit kahwin adalah dengan membahagikan gaji anda kepada beberapa bahagian. Contohnya bahagikan untuk belanja, sewa rumah, duit minyak dan simpanan kahwin. Insyaallah simpanan perkahwinan anda akan banyak dari bulan ke bulan.
Anda juga boleh menggunakan alternatif seperti melabur di pelaburan patuh syariah sebagai cara simpan duit kahwin yang mudah dan berkesan. Namun, pelaburan harus dilakukan awal supaya dapat mencapai tempoh matang. Barulah anda akan lihat hasil keuntungannya.
Selain bekerja makan gaji, apa kata anda melakukan kerja freelance seperti menjadi penulis, menjadi ejen hartanah, ejen insurans dan sebagainya. Pendapatannya amat lumayan jika anda benar-benar rajin lakukannya!
Menjadi penulis adalah salah satu cara simpan duit kahwin yang mudah tetapi pada mulanya sedikit sukar. Anda perlu tahu selok belok buat duit dengan penulisan dan cara tulis ebook. Namun, menariknya anda akan terima royalti atas buku anda.
Tiada masalah jika anda ingin sewakan homestay atau rumah sewa walaupun tidak memilikinya. Sewakan homestay atau rumah sewa orang lain kepada bakal pelanggan. Anda akan menerima komisen bergantung kepada harga yang anda tawarkan.
Kesimpulannya, kesabaran yang tinggi sangat diperlukan dalam kita menyimpan duit kahwin. Jangan cepat ‘naik hantu’ sekiranya wang perkahwinan belum mencukupi, tetapi teruskan usaha anda!
Jom baca juga hukum makan harta pusaka, cara buka akaun cds dan pelaburan emas.