Sejak akhir-akhir ini aktiviti scammer semakin menjadi-jadi di Malaysia. Mungkin disebabkan oleh keadaan ekonomi yang terdesak, atau juga disebabkan oleh kemasukan warga asing seperi warga kulit hitam yang tidak terkawal di Malaysia. Ramai yang menjadi mangsa scam. Terdapat pelbagai cara scammer untuk memerangkap orang ramai dan salah satu daripada caranya ialah dengan melalui panggilan telefon.

Mungkin anda akan menerima panggilan telefon dari polis atau mahkamah yang mengatakan bahawa anda mempunyai saman dalam jumlah yang banyak dan wajib membayar sedikit bayaran untuk mengelakkan daripada ditangkap. Mungkin juga anda akan mendapat panggilan telefon dari LHDN atau bank yang menyatakan bahawa terdapat transaksi mencurigakan dalam akaun bank anda. Atau anda juga mungkin terbeli barang dari scammer sekiranya tidak memeriksa nombor telefon dan nombor akaun sebelum memasukkan duit untuk pembelian.

Sumber: Technave

Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda berhati-hati dalam menerima panggilan. Salah satu daripada langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan menapis dan menyemak nombor telefon scammer agar anda tidak terjebak. Kali ini jom kami kongsikan cara semak nombor telefon scammer serta akaun bank sebagai panduan anda.

1. Semak Mule

Cara pertama untuk menyemak nombor telefon scammer ialah dengan menggunakan Semakmule yang disediakan oleh CCID (Commercial Crime Investigation Department) atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK). Anda boleh menyemak di lama web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi Semak Mule di telefon bimbit anda. Apabila anda menerima panggilan telefon atau membuat bayaran untuk membeli barang, bolehlah anda periksa nombor telefon mereka di sini. Berikut adalah langkah untuk menyemak scammer di sini:

Di sini kami kongsikan langkahnya:

  • Layari laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau buka aplikasi Semak Mule.
  • Pilih sama ada ingin menyemak nombor akaun bank atau nombor telefon.
  • Kemudian, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank yang anda syaki.
  • Masukkan maklumat Captcha yang terpapar.
  • Akhir sekali tekan butang ‘Semak Maklumat’.
  • Maklumat akaun bank atau nombor telefon yang anda masukkan akan dipaparkan sama ada pernah dilaporkan sebagai scammer atau sebaliknya.

2. Aplikasi Truecaller Scammer Spammer

Cara kedua untuk menyemak nombor telefon scammer ialah dengan cara menggunakan aplikasi Truecaller Scammer Spammer. Sangat mudah untuk menggunakan aplikasi ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Download aplikasi Truecaller Scammer Spammer di telefon bimbit anda dan kemaskini data scammer dan spammer.
  • Apabila ada scammer yang menghubungi anda, akan tertera status scammer.
  • Jangan jawab panggilan tersebut. Mudah kan!
Sumber: Pymnts

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana aplikasi ini berfungsi mengesan scammer. Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini menyediakan platform kepada penggunanya untuk memberikan nama kepada:

  • Mana-mana nombor telefon yang pernah menghubungi mereka dan membuat cubaan untuk menipu. Sebagai contoh, jika ada nombor telefon yang cuba menipu anda kononnya anda mempunyai hutang bank dan perlu dilangsaikan segera, anda boleh melaporkan nombor telefon tersebut dan namakan sebagai Scammer Hutang Bank.
  • Jika anda pernah tertipu dengan scammer dan telah memasukkan sejumlah wang, anda juga boleh melaporkan nombor telefon tersebut dan letakkan nama beserta nombor akaun bank yang digunakan supaya orang lain boleh berhati-hati dengan nombor telefon dan nombor akaun tersebut.
  • Anda juga boleh member nama kepada nombor telefon agensi kewangan yang kerap menelefon anda dan menawarkan pakej insurans atau pinjaman kewangan, kerana ia juga mengganggu pengguna.

Apabila nombor yang telah dinamakan menelefon anda, jika anda mempunyai aplikasi ini, akan naik nama seperti yang dilaporkan seperti Scammer LHDN, Scammer Macau Scam, dna sebagainya. Ia sangat membantu anda untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan penipuan.

 3. Aplikasi Whoscall

Cara terakhir untuk menyemak nombor telefon scammer yang ingin kami kongsikan pada hari ini ialah aplikasi Whoscall. Aplikasi ini lebih kurang sama seperti aplikasi Truecaller. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Download aplikasi Whoscall di telefon bimbit anda dan kemaskini data scammer dan spammer.
  • Apabila ada scammer yang menghubungi anda, akan tertera status scammer.
  • Jangan jawab panggilan tersebut.

Tips untuk mengelakkan daripada ditipu oleh scammer

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan daripada terjebak dengan scammer. Di antaranya ialah:


1. Apabila menerima panggilan yang mencurigakan seperti dari bank, mahkamah, balai polis, atau LHDN, jangan mudah menggelabah dan terus memasukkan duit seperti yang diminta. Putuskan panggilan, semak nombor telefon tersebut. Jika mereka terus menghubungi anda semula, rakam panggilan tersebut. Periksa dahulu dengan badan berkenaan sebelum melakukan sebarang transaksi. Anda tidak akan mendapat semula duit yang telah hilang.

2. Sebelum membeli barang secara online terutamanya yang membabitkan harga yang mahal, periksa dahulu nombor telefon dan nombor akaun yang digunakan oleh penjual.

3. untuk belian atas talian, sekiranya harga yang ditawarkan adalah terlalu murah dan tidak masuk akal, ia adalah sesuatu yang agak mencurigakan. Sebelum membeli, periksa dulu nombor telefon dan nombor akaun yang digunakan. Walau pun tidak dilaporkan sebagai scammer, anda masih perlu berhati-hati agar tidak menyesal di kemudian hari.

Sumber: Whoscall

Itulah dia info  tentang cara semak nombor telefon scammer serta nombor akaun yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara meningkatkan metabolisma dan cara semak status bankrap online.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.