Pada hari ini, video adalah medium yang paling mudah untuk memasarkan produk jualan anda, atau untuk berkongsi info dengan orang ramai. Malah video juga digunakan untuk menarik lebih ramai trafik atau follower. Hari ini kami akan kongsikan tips dan cara nak edit video jadi lebih awesome.

Kenapa perlu edit video? Video yang hasilkan perlu diedit dan bukannya terus dikongsi kerana:

  • Untuk menarik minat orang untuk menonton
  • Mendapat video yang berkualiti tinggi
  • Menghiburkan penonton
  • Video lebih cantik, kemas, elok dan sempurna
  • Meningkatkan engagement dan ditonton lebih ramai orang
Sumber: Mlbspot

Berikut adalah 13 tips dan cara edit video yang boleh anda amalkan untuk menghasilkan video yang menarik:

1. Pengcahayaan yang baik

Pastikan video anda diambil dalam keadaan yang terang, bukannya gelap dan suram. Ini kerana pengcahayaan yang kurang akan menyebabkan video anda menjadi kurang menarik.

2. Suara yang jelas

Bercakap dengan lantang, terang, dan jelas. Pastikan para penonton boleh mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut anda tanpa perlu bersusah-payah menumpukan perhatian, kerana ia akan menghilangkan minta penonton untuk terus menonton video anda.

3. Rancang video yang ingin dihasilkan

Sebelum memulakan rakaman, pastinya anda sudah memilik rancangan yang teliti. Di antara perkara yang perlu anda rancang ialah:

  • Target Sasaran Penonton Video Anda
  • Tajuk
  • Kandungan

4. Gunakan peralatan yang tepat

Untuk mendapatkan video yang menarik, pastikan anda menggunakan alatan yang tepat iaitu:

  • Kamera. Pastikan kamera anda mempunyai simpanan data yang besar untuk menyimpan semua video yang anda ambil.
  • Tripod untuk mengelakkan video anda bergoyang.
  • Mikrofon berkualiti tinggi agar suara anda dapat didengar dengan jelas oleh para penonton.

5. Latar belakang yang menarik

Latar belakang yang cantik dan kemas akan membuatkan penonton tertarik dengan video anda. Anda boleh merakam dengan latar belakang yang cantik, atau anda juga boleh edit latar belakang dengan aplikasi yang ada.

6. Aplikasi Tangkap Skrin (Screenshot)

Video yang menggunakan teknik tangkap skrin atau secreenshot biasanya akan menarik minat ramai penonton, terutamanya jika anda  membuat tutorial games di mana penonton perlu melihat skrin anda.

7. Masukkan rakaman filem tambahan

Video anda akan menjadi semakin menarik jik anda memasukkan selingan video pendek lain yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda membuat video tentang review makanan, anda boleh masukkan selingan video perjalanan anda ke restoran tersebut, atau rakaman anda semasa membuka bungkusan jika makanan tersebut dipos kepada anda.

Sumber: Yasir252

8. Gunakan Software Video Editing

Software video editing akan menjadikan video anda bertambah menarik. Di antara fungsi yang boleh anda gunakan ialah:

  • Memotong video menjadi pendek
  • Menjadikan video bergerak dengan perlahan
  • Menjadikan video bergerak dengan  laju
  • Memasukkan lagu
  • Memasukkan teks
  • Memasukkan kesan khas lain

Di antara Software Video Editing yang mudah untuk anda gunakan ialah:

  • Final Cut
  • Windows Movie Maker
  • Adobe Premiere
  •  iMovie

9. Jangan terlalu panjang

Pastikan video anda tidak terlalu panjang meleret sehingga menyebabkan penonton berasa bosan. Potong bahagian yang tidak penting.

10. Tambah kesan animasi dan  grafik

Memasukkan animasi dan grafik ke dalam video juga akan membuatkan video anda menjadi menarik. Namun pastikan ia tidak berlebihan. Anda boleh gunakan aplikasi Adobe After Effects dan Blender untuk tujuan tersebut.

11. Masukkan lagu atau muzik

Memasukkan lagu atau muzik ke dalam video akan membuatkan video anda menjadi lebih menarik. Ia juga akan membangkitkan mood penonton. Pilih muzik yang sesuai dan pastikan ia tidak terlalu kuat.

12. Tempoh durasi yang sesuai

Pastikan durasi video anda adalah sesuai. Kebiasaannya, video tutorial akan mengambil masa lebih kurang 10 minit manakala video seperti parodi atau komedi pula akan berdurasi sekitar 30 saat sehingga 2 minit.

13. Tonton video Youtuber terkenal

Anda juga boleh menonton video dari Youtuber terkenal dan lihat cara mereka menghasilkan video. Ambil mana-mana point yang boleh dan masukkan ke dalam video anda. Di antara elemen yang biasa ada dalam video Youtuber terkenal ialah:

  • Teaser. Beritahu serba-sedikit apakah isi video anda.
  • Channel Intro & Subscription Bell
  • Konten Utama
  • Outro

14. Muat naik video anda

Pastikan anda mempunyai internet yang laju untuk memuat naik video tadi. Untuk memuat naik video di Youtube contohnya, pastikan anda pilih:

  • Tajuk yang menarik dengan keyword yang betul
  • Penerangan yang menarik
  • Tag atau kata kunci agar penonton menjumpai video anda apabila melakukan pencarian
  • Minta penonton untuk subscribe, komen dan kongis video anda
  • Pilih Lakaran Gambar Tontonan (thumbnail) yang menarik

15. Tips setelah muat naik video di Youtube

Berikut adalah beberapa tips untuk anda:

  • Konsisten memuat naik video baru
  • Muat naik video pada masa yang sesuai supaya subscriber tertunggu-tunggu video baru dari anda
  • Jadi peramah dan rajin berbalas komen dengan baik
Sumber: Genpijogja

Itulah dia info tentang  tips dan cara nak edit video jadi lebih awesome yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips beli kereta terpakai dan tips jimat duit.

Rujukan:

1. Marzuki Blog

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.