Pada hari ini, video adalah medium yang paling mudah untuk memasarkan produk jualan anda, atau untuk berkongsi info dengan orang ramai. Malah video juga digunakan untuk menarik lebih ramai trafik atau follower. Hari ini kami akan kongsikan tips dan cara nak edit video jadi lebih awesome.
Kenapa perlu edit video? Video yang hasilkan perlu diedit dan bukannya terus dikongsi kerana:
Berikut adalah 13 tips dan cara edit video yang boleh anda amalkan untuk menghasilkan video yang menarik:
Pastikan video anda diambil dalam keadaan yang terang, bukannya gelap dan suram. Ini kerana pengcahayaan yang kurang akan menyebabkan video anda menjadi kurang menarik.
Bercakap dengan lantang, terang, dan jelas. Pastikan para penonton boleh mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut anda tanpa perlu bersusah-payah menumpukan perhatian, kerana ia akan menghilangkan minta penonton untuk terus menonton video anda.
Sebelum memulakan rakaman, pastinya anda sudah memilik rancangan yang teliti. Di antara perkara yang perlu anda rancang ialah:
Untuk mendapatkan video yang menarik, pastikan anda menggunakan alatan yang tepat iaitu:
Latar belakang yang cantik dan kemas akan membuatkan penonton tertarik dengan video anda. Anda boleh merakam dengan latar belakang yang cantik, atau anda juga boleh edit latar belakang dengan aplikasi yang ada.
Video yang menggunakan teknik tangkap skrin atau secreenshot biasanya akan menarik minat ramai penonton, terutamanya jika anda membuat tutorial games di mana penonton perlu melihat skrin anda.
Video anda akan menjadi semakin menarik jik anda memasukkan selingan video pendek lain yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda membuat video tentang review makanan, anda boleh masukkan selingan video perjalanan anda ke restoran tersebut, atau rakaman anda semasa membuka bungkusan jika makanan tersebut dipos kepada anda.
Software video editing akan menjadikan video anda bertambah menarik. Di antara fungsi yang boleh anda gunakan ialah:
Di antara Software Video Editing yang mudah untuk anda gunakan ialah:
Pastikan video anda tidak terlalu panjang meleret sehingga menyebabkan penonton berasa bosan. Potong bahagian yang tidak penting.
Memasukkan animasi dan grafik ke dalam video juga akan membuatkan video anda menjadi menarik. Namun pastikan ia tidak berlebihan. Anda boleh gunakan aplikasi Adobe After Effects dan Blender untuk tujuan tersebut.
Memasukkan lagu atau muzik ke dalam video akan membuatkan video anda menjadi lebih menarik. Ia juga akan membangkitkan mood penonton. Pilih muzik yang sesuai dan pastikan ia tidak terlalu kuat.
Pastikan durasi video anda adalah sesuai. Kebiasaannya, video tutorial akan mengambil masa lebih kurang 10 minit manakala video seperti parodi atau komedi pula akan berdurasi sekitar 30 saat sehingga 2 minit.
Anda juga boleh menonton video dari Youtuber terkenal dan lihat cara mereka menghasilkan video. Ambil mana-mana point yang boleh dan masukkan ke dalam video anda. Di antara elemen yang biasa ada dalam video Youtuber terkenal ialah:
Pastikan anda mempunyai internet yang laju untuk memuat naik video tadi. Untuk memuat naik video di Youtube contohnya, pastikan anda pilih:
Berikut adalah beberapa tips untuk anda:
Itulah dia info tentang tips dan cara nak edit video jadi lebih awesome yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips beli kereta terpakai dan tips jimat duit.
1. Marzuki Blog