Hampir semua graduasi baru yang mula bekerja tidak pandai untuk menguruskan wang dengan baik. Gaji pertama yang dimiliki dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa bersalah. Wang yang dibelanjakan itu digunakan untuk pergi membeli belah, makan makanan yang mewah, pergi bercuti dan pelbagai lagi.
Apabila sudah tengah bulan, barulah mereka akan mula berjimat kerana wang sudah banyak habis dibelanjakan. Waktu itu, RM30 boleh bertahan dalam dompet selama lebih dari seminggu. Manakala, RM300 boleh dihabiskan dalam masa sehari. Betapa hebatnya cara mereka berbelanja.
Jadi, ketika usia yang masih muda dan tidak mempunyai banyak bebanan inilah waktunya untuk kita menabung. Wang tabungan itu boleh kita gunakan untuk masa depan kita juga. Tetapi ia bukannya mudah untuk mula menabung bagi yang tidak pernah menabung.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 cara mudah untuk mula menabung. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.
Kau analisa balik perbelanjaan bulanan sebelum ni. Selidik dekat mana kebocoran wang berlaku. Berapa kos sara hidup, berapa belanja makan sebulan. Berjimat cermat dan potong perbelanjaan yang tak patut.
Buat sendiri kalau kau rasa boleh buat. Basuh baju sendiri tak perlu pergi dobi. Rasa nak minum kopi mahal pergi beli kopi paket kat pasar raya tu. Tak payah pergi kedai kopi hipster. Fikir dulu, boleh tak kau buat sendiri sebelum upah orang ataupun guna perkhidmatan orang lain.
Tak boleh belanja sesuka hati. Belanja apa yang perlu je. Kemahiran membezakan antara keperluan dengan kehendak itu penting. Tengok harga dan buat perbandingan dulu sebelum beli barang. Biasanya barang laris dan mahal akan diletakkan di paras mata kau.
Jadi, kau boleh tengok bahagian bawah sikit. Ada je banyak barang bagus, cuma jenama buat dia jadi mahal. Barang mahal tak semestinya bagus dan barang bagus tak semestinya mahal.
Jangan berhutang jika tak penting. Macam nak beli telefon misalnya. Kau tapayana berhutang la. Kalau boleh beli secara tunai. Kumpul duit sikit-sikit nak beli kehendak tu.
Kalau rajin elok makan dekat rumah je. Masak sendiri. Beli ayam segar boleh makan dua hari. Paling senang goreng telur dan masak nasi. Lepas tu upgrade sikit masak ayam goreng. Lama-kelamaan kau dah pandai masak sup, tomyam dan ayam pedas.
Hidup di bawah kemampuan ni bukan buat diri kau hina puh. Biarlah pergi pasar raya pakai selipar pun. Biarlah pakai baju bundle pun. Asalkan semua selesa. Jangan ikut sangat arus perdana anak muda tu. Pakai Honda Civic Type R bagai tapi simpanan RM2K pun takde.
Mulakan melabur 10% daripada duit kau di tempat yang sesuai. Boleh melabur di Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera, Amanah Saham Bumiputera ataupun unit amanah yang lain.
*Ikuti cara-cara ini, Insyaallah wang tabungan akan bertambah dan boleh digunakan untuk masa depan. Jika susah sangat untuk kita menabung, boleh ikut cara nombor 7, membuat pelaburan ke unit amanah. Cara ini yang paling berkesan dan boleh menambah wang dalam simpanan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.