Tidak dinafikan bahawa pada hari ini keadaan ekonomi kurang memberangsangkan. Malah ramai yang mula dibuang kerja dan dipotong gajinya. Ramai yang mula mengintai-ngintai peluang untuk menjana pendapatan dari bidang perniagaan. Perniagaan kecil adalah salah satu pilihan utama rakyat Malaysia yang ingin menambah pendapatan keluarga. Anda teringin nak berniaga namun tak tahu di mana nak bermula? Jom kami kongsikan 5 cara memulakan perniagaan kecil.

1. Kekal makan gaji, mulakan perniagaan secara sambilan atau part time

Sumber: Freemalaysiatoday

Apabila memulakan perniagaan baru, anda seolah-olah sedang memperjudikan nasib anda. Belum tentu perniagaan anda akan berjaya. Belum tentu juga perniagaan anda akan membawa keuntungan. Ada masanya perniagaan lingkup dan menyebabkan peniaga mengalami kerugian. Bukan sahaja kerugian dari segi kos malah dalam masa yang sama hilang mata pencarian.

Oleh itu, seeloknya mulakan perniagaan kecil anda secara sambilan semasa anda masih bekerja. Ya. Mungkin anda akan sedikit penat dan terkejar-kejar kerana ada dua pekerjaan dalam satu masa namun anggap sahaja ia sebagai salah satu cabaran untuk berjaya. Jika anda masih bekerja, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai gaji bulanan sebagai back up.

2. Jual barang yang anda guna dan berikan servis berdasarkan kemahiran yang ada

Tak tahu nak berniaga apa? Ada boleh pilih sama ada nak menjual barang atau nak berikan perkhidmatan servis kepada pelanggan. Jika anda memilih untuk menjual barang, pastikan anda menjual barang yang anda biasa gunakan kerana apabila anda biasa dengan barang tersebut, pastinya lebih mudah untuk anda menjual. Begitu juga dengan perkidmatan. Pastikan anda memberikan servis berdasarkan kemahiran yang anda ada.

Namun begitu anda juga boleh menyertai mana-mana kurus kemahiran untuk mendapatkan kemahiran baru. Ada pelbagai kelas online dan kursus yang boleh anda sertai untuk mendapatkan kemahiran berikut:

  • Baking
  • Mobile spa
  • Mobile facial
  • Pendawaian
Sumber: Electricalwiringlklselangor

3. Jual barang dan sediakan servis yang diperlukan oleh orang ramai

Apabila memilih produk jualan dan servis untuk ditawarkan, pastikan anda memilih genre yang diperlukan oleh orang ramai. Pastikan apa yang anda tawarkan akan sentiasa mendapat permintaan dari para pembeli dan pengguna walau bagaimana sekali pun keadaan ekonomi dunia. Di antara genre produk dan perkhidmatan yang akan sentiasa mendapat permintaan ramai ialah:

  • Makanan. Walau bagaimana teruk keadaan ekonomi manusia masih perlu makan.
  • Kecantikan. Walau pun tidak mempunyai duit yang banyak, manusia terutamanya wanita akan tetap mahu kelihatan cantik. Mereka akan terus memakain produk penjagaan kulit dan kosmetik dalam kehidupan harian.
  • Kesihatan. Manusia akan sentias amenjaga kesihatan makananya jika anda menjual produk kesihatan atau menawarkan perkidmatan yang berkaitan kesihatan, perniagaan anda akan terus berjalan dan kalis ekonomi.

4. Jangan bermula dengan modal yang terlalu besar

Ini adalah perkara yang sangat penting untuk anda ingati. Jangan sesekali mulakan perniagaan dengan modal yang besar melainkan anda orang kaya dan tak kisah untuk kehilangan modal yang dilaburkan. Perniagaan kecil seperti namanya harus dimulakan dengan modal yang kecil. Bermulalah dengan skala yang kecil dan lihat bagaimana sambutan dari para pelanggan. Jika sambutan adalah menggalakkan sehingga anda tidak menang tangan, bolehlah anda tambah lagi modal untuk membesarkan perniagaan.

Sebagai contoh, jika anda memulakan perniagaan menjual kek cawan, mulakan perniagaan dengan membeli satu oven dan mesn mixer terlebih dahulu. Sekiranya perniagaan anda bertambah maju dan mesin sedia ada tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan, tiba masa untuk anda beli oven dan mixer baru yang lebih besar kapasitinya. Lama –kelamaan semakin maju perniagaan anda, semakin besar alatan yang anda gunakan seiring dengan permintaan yang meningkat.

5. Cari pelabur atau buat pinjaman

Jika anda tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan, anda boleh  cari pelabur untuk melabur dalam perniagaan anda atau boleh juga anda buat pinjaman. Untuk mencari pelabur, anda boleh dekati mereka yang rapat dan percaya kepada anda. Sediakan kertas kerja untuk ditunjukkan kepada mereka agar mereka dapat melihat dengan jelas apakah rancangan perniagaan anda. Sekiranya anda mampu untuk menunjukkan rancangan perniagaan, insya Allah anda akan mampu meyakinkan mereka untuk melabur dalam perniagaan anda.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan modal perniagaan dari cara membuat pinjaman. Elakkan daripada membuat pinjaman haram contohnya dari ahlong dan kongsi gelap. Sebaliknya pinjamlah dari bank atau syarikat kewangan yang sah. Di antara pinjaman yang boleh anda lakukan ialah:

  • Pinjaman peribadi dari bank
  • Pinjaman dari MARA
  • Pinjaman dari SME Bank

Pastikan juga anda membuat pinjaman dala skala yang kecil. Gunakan kesemua wang pinjaman untuk tujuan perniagaan dan bukannya untuk kegunaan peribadi. Anda perlu mula pandai mendisiplinkan diri dalam mengasingkan wang perniagaan dan wang peribadi. Wang perniagaan perlu digunakan untuk perniagaan sahaja. Anda ambil gaji tetap setiap bulan dan selebihnya simpan untuk tujuan perniagaan.

Apabila perniagaan anda semakin maju dan anda perlukan modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan, anda boleh membuat permohonan untuk menambah jumlah pinjaman. Jika anda mempunyai rekod yang baik dalam bayaran bulan, pastinya permohonan anda akan diluluskan dengan mudah.

Sumber: Goodhousekeeping

Itulah dia info  tentang 5 cara memulakan perniagaan kecil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang jenis-jenis perniagaan dan faktor pemasaran dalam perniagaan.

Rujukan:

1. Hidup Ringkas

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.