Hari ini, gambar adalah medium penting dalam berhubung dimedial sosial. Gambar digunakan untuk tujuan bersosial dan juga untuk berniaga. Jika anda sedang mencari cara edit gambar paling mudah, jom kami kongsikan cara edit gambar menggunakan 10 aplikasi percuma yang boleh anda muat turun di telefon bimbit.

Sumber: Canva

1. Canva

Aplikasi Canva boleh didapati secara percuma di telefon bimbit  iOS dan Android anda. Apa yang menarik, aplikasi ini bukan sahaja sesuai untuk mengedit gambar peribadi, ia juga sesuai digunakan untuk mengedit gambar perniagaan termasuk poster. Menarik kan? 2 dalam 1. Anda boleh gunakan ia untuk tujuan peribadi dan perniagaan. Tak perlu muat turun banyak aplikasi dalam telefon bimbit anda. Cara edit gambar dengan aplikasi Canva ialah seperti berikut:

  • Ambil gambar.
  • Muat naik di Canva.
  • Tekan edit.
  • Anda boleh edit dan tambah elemen lain yang diperlukan.
  • Save dalam format banner, poster, Instagram, cover profil Facebook dan banyak lagi.

2. Snapseed

Aplikasi ini juga boleh didapati secara ercuma di iOS dan Android. Bagi kami, ini adalah aplikasi paling mudah untuk mengedit gambar di telefon bimbit. Untuk pengetahuan anda, Snapseed mempunyai filter menarik untuk digunakan selain fungsi crop, frame, tambah teks, dan masking di mana anda boleh edit bahagian tertentu pada gambar dengan lebih terperinci. Selain itu, tool Selective Adjust pula membolehkan anda untuk memilih bahagian khusus pada gambar untuk dibaiki dari segi saturation, contrast dan brightness.

3. Adobe Photoshop Express

Seperti aplikasi di atas, Adobe Photoshop Express juga boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android. Seperti Photoshop, aplikasi ini mempunyai banyak tool yang menarik seperti:

  • Crop.
  • Red-eye correction.
  • Brightness.
  • Contrast.
  • Saturation.
  • Filter.
  • Forder.
  • Smart filter.

Cara edit gambar menggunakan aplikasi ini adalah seperti berikut:

  • Muat naik gambar atau ambil gambar baru.
  • Anda juga boleh gunakan imej sedia ada di dalam Akaun Adobe Creative Cloud.
  • Edit.

 4. Prisma Photo Editor

Aplikasi seterusnya yang boleh anda gunakan untuk mengedit gambar secara percuma di iOS dan Android ialah Prisma Photo Editor. Aplikasi ini membenarkan anda menukar foto kepada lukisan. Jika anda tak puas dengan aplikasi yang diberikan secara percuma, anda boleh membeli filter tambahan. Istimewanya aplikasi ini, ia mempunyai komuniti sosial bernama Prisma. Selepas selesai edit gambar, anda boleh kongsikannya di Prisma selain disimpan di telefon, atau kongsi di mana-mana media sosial atau hantar melalui emel dan mesej.

5. Photo Collage

Aplikasi Photo Collage adalah satu lagi aplikasi edit gambar yang boleh anda dapatkan secara percuma untuk telefon bimbit iOS dan Android. Seperti namanya, ia adalah aplikasi untuk anda membuat kolaj. Ia menyediakan ribuan layout koleh dengan pelbagai stail dan latar berbeza yang menarik. Anda juga boleh tambah teks, tukar jenis font, warna dan saiz selain tool asas untuk edit gambar yang tersedia.

Sumber: Microsoft.com

6. Instagram

Instagram adalah aplikasi edit gambar secara percuma yang boleh anda muat turun di telefon bimbit ios dan android anda. Ini adalah aplikasi edit gambar paling popular di kalangan mereka yang suka berkongsi gambar secara online untuk mengumpul follower seperti instafamous. Ia mempunyai tool asas untuk mengedit gambar seperti  filter, efek, sticker dan overlay.

7. Foodie

Cara edit gambar yang seterusnya ialah dengan menggunakan aplikasi Foodie yang boleh anda muat turun secara percuma di telefon bimbit iOS dan Android.seperti namanya, ia adalah khas untuk mengedit gambar makanan. Jika anda suka ambil gambar makanan, ini adalah aplikasi paling sesuai untuk anda. Ia mempunyai tool asas dan 30 filter dan features khas untuk makanan agar kelihatan lebih menarik.

8. VSCO

Aplikasi VSCO boleh dimuat turun secara percuma untuk telefon  iOS dan Android anda. Aplikasi ini menyediakan filter yang lain dari yang lain seperti filter klasik yang membolehkan gambar anda kelihatan seperti diambil menggunakan kamera analog, bukannya kamera digital. Menarik, kan! Selain tool asas seperti aplikasi lain, ia juga mempunyai filter yang lembut, berbeza daripada aplikasi lain. Ia juga mempunyai komuniti sendiri iaitu VSCO.

9. SKRWT

Ini adalah aplikasi berbayar di mana anda perlu membayar sebanyak $0.99 untuk muat turun di telefon bimbit iOS dan Android. Ini adalah aplikasi terbaik untuk membetulkan perspektif gambar yang senget atau herot supaya nampak serasi dan tersusun dengan sempurna. Aplikasi ini juga mempunyai fungsi auto-crop secara automatik.

10. TouchRetouch

Aplikasi terakhir yang ingin kami kongsikan ialah TouchRetouch yang boleh dibeli dengan harga$1.99 di iOS dan Android. Fungsi istimewa aplikasi ini ialah untuk menyingkirkan objek yang anda tidak mahu dari gambar.Cuma tap pada gambar yang ingin dibuang. Contohnya anda bergambar di dalam bilik tidur dan ada barang yang anda ingin buang dari gambar. Cuma tap pada objek yang hendak dibuang, gambar anda akan bebas daripada objek peribadi yang tidak patut ditunjukkan kepada umum.

Sumber: Picxtrix

Itulah dia info  tentang cara edit gambar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara menyimpan duit semasa bekerja kontrak dan cara buat duit dengan youtube channel.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.