Touch n Go RFID adalah satu cara membayar tol yang terbaru diperkenalkan oleh Touch n Go. Untuk pengetahuan anda, sistem ini masih berada dalam fasa percubaan makanya buat masa ini Touch n Go memberikan pemasangan secara percuma dan ada mengenakan sediit bayaran bergantung pada tempoh promosi. Nasihat kami, ambillah peluang pemasangan percuma atau kos murah ini sebelum dikenakan bayaran. Anda nak tahu cara daftar RFID ? Jom kami kongsikan.

Sumber: Ringgit Plus

Apakah Touch n Go RFID?

RFID yang diperkenalkan oleh Touch n Go adalah sistem membayar tol secara elektronik yang menggunakan pelekat atau sticker sahaja. Anda tidak perlu lagi memakai kad seperti kad Touch n Go. Pelekat atau tag RFID ini mempunyai cip frekuensi radio dalaman yang perlu dilekatkan pada kereta anda sama ada pada cermin depan atau lampu utama kenderaan. Tidak seperti kad Touch n Go, RFID hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan sahaja memandangkan pelekat atau sticker perlu dilekatkan pada badan kenderaan.

Untuk makluman anda, Touch n Go RFID hanya boleh dipasang pada kenderaan milik persendirian sahaja pada masa ini. Kenderaan milik syarikat tidak dibenarkan untuk menggunakan RFID. Pada masa hadapan, mungkin peraturan ini akan ditukar. Ingat! Sistem ini masih dalam peringkat percubaan.

Bagaimana RFID berfungsi?

Apabila kenderaan anda yang dilekatkan dengan tag RFID melalui tol, pengimbas yang dipasang pada tol akan membaca frekuensi radio yang dikeluarkan oleh pelekat tersebut. Apabila anda melalui tol tersebut, nilai duit akan ditolak dari aplikasi aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Oleh itu, anda memerlukan aplikasi tersebut sebelum mendapatkan RFID.

Cara daftar RFID secara online

Jika anda ingin mendaftar RFID secara online, berikut adalah beberapa langkah mudah yang perlu anda lakukan iaitu:

  • Muat turun aplikasi Touch’n Go eWallet dari Google Play Store atau Apple App Store.
  • Mendaftar akaun Touch n Go eWallet.
  • Masuk ke portal pendaftaran Touch n Go RFID dengan menggunakan TnG eWallet dan pin 6-digit untuk log-in.
  • Sertakan dokumen kenderaan yang diperlukan seperti salinan sijil pemilikan kenderaan, geran, insurans, atau cover note insurans kenderaan yang masih sah. Atau anda juga boleh membawa dokumen tersebut semasa pemasangan.
  • Selesai. Anda boleh bawa kenderaan untuk pemasangan. Pastikan anda membawa kad pengenalan dan lesen memandu semasa pergi untuk pemasangan pelekat RFID anda.
Sumber: The Rohani

Penjagaan pelekat RFID

Memandangkan pelekat RFID perlu dilekatkan pada badan kenderaan anda, pastinya anda akan tertanya-tanya, tahankah pelekat tersebut? Nak-nak pula cuaca di Malaysia yang sekejap panas sekejap hujan. Pasti anda risau kalau pelekat rosak dan perlu kerap diganti. Untuk makluman anda, pelekat RFID yang diberikan kepada anda telah diuji ketahanannya untuk bertahan selama lima tahun. Pelekat tersebut dibuat daripada material tahan lasak yang kalis cuaca.

Adakah pelekat RFID tidak akan rosak jika terkena sabun semasa mencuci kereta?

Pelekat RFID kalis sabun pencuci kereta namun sebaiknya elakkan ia daripada terkena pencuci bahan kimia yang kuat seperti yang digunakan di carwash. Elakkan daripada meletakkan sabun secara langsung ke atas pelekat RFID anda.

Adakah pelekat RFID mudah dicabut dari kenderaan?

Memandangkan pelekat RFID perlu dilekatkan pada bahagian luar kenderaan, bukannya di sebelah dalam, pastinya anda tertanya-tanya sama ada ianya mudah dicabut dan dicuri oleh orang lain yang berniat jahat dan menghabiskan baki dalam ewallet anda. Jawapannya ialah:

  • Touch n Go memberikan jaminan bahawa pelekat RFID anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Ini kerana pelekat tersebut tidak boleh ditanggalkan dengan mudah daripada lampu atau cermin depan kenderaan anda.
  • Apabila pelekat RFID ditanggalkan daripada kenderaan anda, secara automatik ia akan menjadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Bagaimanakah cara untuk menambah nilai baki dalam RFID anda?

Untuk menambah baki, anda cuma perlu menambah baki dalam akaun Touch n Go eWallet anda memandangkan pelekat RFID anda adalah disambungkan kepada akaun eWallet anda. Oleh itu, sebelum menggunakan lebuh raya yang mempunyai tol, pastikan akaun eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang masalah semasa melalui tol dan melakukan pembayaran.

Apakah perbezaan di antara RFID, SmartTag dan kad Touch’n Go?

Secara asasnya, ketiga-tiga sistem bayaran tol ini adalah sistem bayaran secara online yang diperkenalkan oleh Touch n Go. Apa yang membezakan ketiga-tiganya ialah:

  • Bagi kad Touch n Go, anda perlu memastikan baki sentiasa cukup. Anda boleh menambah baki secara online di eWallet, di tol, atau premis yang menyediakan khidmat tambah nilai Touch n Go. Apabila membayar tol, anda perlu menurunkan tingkap untuk menyentuh kad pada panel yang disediakan.
  • Bagi penggunaan SmartTag pula, anda menggunakan kad Touch n Go yang dilekatkan pada mesin di mana anda tidak perlu menyentuh kad pada panel. Anda cuma perlu memperlahankan kenderaan agar sistem dapat  membaca SmartTAG anda. Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dan mesin tidak kehabisan bateri.
  • RFID pula merupakan satu sistem yang menggunakan pelekat dengan frekuensi radio. Anda boleh menambah nilai secara online menggunakan aplikasi eWallet yang didaftarkan.
Sumber: Wargabiz

Itulah dia info  tentang cara daftar RFID beserta pendaftaran online dan pemasangan tag secara percuma  yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara DIY gambar passport dan cara buat duit di Youtube.

Rujukan:

  1. The Rohani

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.