Pada hari ini semakin ramai yang memilih untuk berniaga bagi mendapatkan pendapatan yang lebih. Untuk berniaga secara kecil-kecilan, biasanya ramai yang memilih untuk berniaga dengan perniagan jenis enterprise. Perniagaan enterprise perlu didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM. Dan kemudian anda perlu mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN bagi proses pembayaran cukai.
Ketahui cara daftar LHDN enterprise sebagai panduan bagi anda yang berniaga tapi masih belum berdaftar dengan LHDN. Adalah sangat penting untuk anda mendaftar dengan LHDN kerana sekiranya anda tidak mendaftar dan tidak membayar cukai, sekiranya tertangkap anda boleh didenda sebanyak 300% kali ganda keuntungan yang diperolehi.
Bukan semua peniaga wajib berdaftar dengan LHDN. Anda wajib mendaftar sekiranya termasuk dibawah kategori berikut:
Proses untuk mendaftarkan perniagaan enterprise anda di LHDN adalah satu proses yang sangat mudah. Ianya tidak rumit dan takkan menyusahkan anda. Untuk mendaftar, apa yang anda perlu lakukan adalah seperti berikut:
Berikut adalah panduan untuk mengisi borang E-filing:
Pastinya anda juga ingin tahu adakah anda wajib membayar cukai sekiranya anda sudah berdaftar dengan LHDN. Jawapannya, bukan semua peniaga yang berdaftar dengan LHDN wajib membayar cukai. Anda Cuma perlu membayar cukai sekiranya anda memperoleh pendapatan pada jumlah yang ditetapkan.
Terdapat beberapa salah faham yang berlaku di kalangan peniaga enterprise. Di antaranya ialah mereka menyangka bahawa mereka tidak perlu membayar cukai sekiranya sudah membayar zakat dengan amoun yang banyak. Ia adalah salah. Anda masih perlu membayar cukai meski pun anda sudah membayar zakat. Apa yang perlu anda lakukan ialah isi borang taksiran. Bayaran zakat yang anda buat boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu anda bayar.
Ada juga yang menyangka bahawa mereka tidak perlu mengisi borang B sekiranya mereka tidak mendapat sebarang untung dari perniagaan yang dijalankan. Ia adalah tindakan yang salah. Anda masih perlu mengisi borang taksiran walau pun tidak mendapat sebarang keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan. Apa pun keadaannya, anda masih perlu mengisi borang taksiran dan dihantar ke LHDN.
Ada juga yang menyangka bahawa mereka tidak perlu berdaftar dengan SSM dan LHDN memandangkan mereka hanya berniaga secara online dan tidak mempunyai kedai fizikal. Ia adalah pemahaman yang salah. Walau apa pun jenis perniagaan yang dijalankan, ia wajib berdaftar.
Ada juga ramai peniaga enterprise yang takut untuk berdaftar dengan LHDN kerana menyangka bahawa setiap yang berdaftar dan membuat keuntungan wajib membayar cukai tahunan. Ini akan mengurangkan keuntungan yang mereka perolehi. Ia adalah pemikiran yang salah. Apa yang anda perlu lakukan ialah menjalankan tanggung jawab untuk melaporkan pendapatan perniagaan anda kepada LHDN.
Kemudian pihak LHDN akan membuat penilaian untuk melihat sama ada anda perlu membayar cukai atau tidak. Yang sebenarnya melaporkan pendapatan perniagaa yang rugi akan memberikan kelebihan kepada anda. Ini kerana bagi perniagaan yang rugi anda tidak perlu membayar cukai malah kerugian tersebut boleh dibawa ke tahun hadapan untuk ditolak dari untung tahun depan.
Ada juga yang menyangka bahawa mereka boleh claim segala bentuk perniagaan untuk pelepasan cukai bagi perniagaan enterprise. Untuk makluman anda, anda hanya boleh membuat tuntutan bagi perbelanjaan yang digunakan untuk tujuan perniagaan sahaja. Sebarang perbelanjaan untuk kegunaan peribadi tidak boleh dituntut bagi pengiraan cukai perniagaan enterprise. Oleh itu pastikan anda mengisi borang taksiran dengan jujur dan buat tuntutan yang betul sahaja.
Itulah dia info tentang cara daftar LHDN Enterprise yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang beza antara cukai tanah dan cukai taksiran dan pelepasan cukai individu.