Anda merancang untuk membeli kereta terpakai namun takut kalau tertipu atau terbeli kereta yang rosak memandangkan ini adalah kali pertama anda membeli kereta terpakai dan langsung tiada pengalaman? Hari ini kami akan kongsikan info tentang cara beli kereta terpakai elak tertipu (tips dan panduan) untuk bacaan anda.
Pemilik asal memiliki segala rekod berkaitan kenderaan dapat diperoleh. Malah biasanya pemilik asal tidak tahu cara untuk mengubah mileage yang tercatat pada meter dan kebiasannya anda boleh melakukan tawar-menawar dengan lebih baik jika berurusan dengan pemilik asal.
Macam mana nak tahu sama ada kenderaan yang anda ingin beli berada dalam tahap kemampuan anda? Caranya mudah sahaja. Pastikan harga kereta tersebut adalah sama atau lebih kecil daripada nilai 15% daripada bulanan anda.
Periksa ruangan enjin dan cari tanda pen marker atau cat. Ini kerana semasa proses pemasangan di kilang, komponen kenderaan akan ditanda sekiranya ia telah dipasang dengan betul oleh juruteknik bertauliah. Kenderaan yang pernah mengalami kemalangan dan dipasang enjin baru tidak mempunyai tanda ini.
Untuk pengetahuan anda, kepingan besi chassis dan body part sebuah kereta biasanya dicantumkan melalui proses spot welding di mana kepingan body part kereta akan disusun di atas jig dan dicantum melalui proses spot welding. Spot welding akan mencairkan besi dan apabila ia sejuk bahagian spot akan bercantum dalam bentuk bulatan.
Kereta yang pernah mengalami kemalangan dan dibaiki di bengkel akan disambung dengan kaedah MIG welding. Rupanya berbeza. Anda perlu periksa bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, radiator, dan sekitar fender.
Bagaimana cara untuk memeriksa badan kenderaan? Caranya ialah dengan mengetuk badan kenderaan untuk mencari bunyi yang sekata. Jika kenderaan pernah mengalami kemalangan yang tidak serius, biasanya ia akan dibaiki dengan kaedah ketuk, melapiskan permukaan panel dengan simen khas dan cat baru. Permukaan badan kereta yang dilapisi dengan simen akan memberikan bunyi yang tidak sama dengan panel asal.
Kenderaan yang memiliki ciri keselamatan tinggi memiliki pengiktirafan 5 bintang dan mencapai markah penuh 16 point dari AseanNCAP. Biasanya ia lengkap dengan:
Di antara kereta jimat bahan api adalah kereta yang mempunyai teknologi terkini seperti:
Pastikan anda cuba pandu uji kenderaan yang henak dibeli. Perhatian sama ada enjin tidak bermasalah dan tiada bunyi yang dihasilkan semasa kereta melanggar lopak atau speed bump di atas jalan.
Anda perlu mencuba beberapa buah kenderaan sebelum membuat keputusan untuk membeli. Lebih banyak kenderaan yang anda lihat dan uji, semakin luas pilihan anda dan semakin kurang kemungkinan untuk anda tersalah beli kenderaan.
Kenderaan berteknologi tinggi mempunyai sistem yang canggih, selamat dan menjimatkan minyak. Ia akan memberikan kelebihan berbanding jika anda membeli kenderaan yang lebih lama.
Kenderaan yang sudah dimodified biasanya mempunyai alat ganti dan body part yang dibeli dari kedai dan bukannya dari pusat servis kenderaan. Oleh itu tahap keselamatannya adalah diragui memandangkan kita tidak tahu tahap keselamatan barang yang dipasang pada kereta dan kerja pemasangan yang dilakukan juga tidak diketahui telah dilakukan oleh siapa dan di mana. Dikhuatiri ia dipasang oleh mekanik tidak bertauliah.
Malah kenderaan yang telah dimodified biasanya digunakan untuk berlumba atau dipandu dengan kelajuan yang tinggi maka kemungkinan untuk mengalami kemalangan adalah sangat tinggi. Nasihat kami, belilah kenderaan yang tidak diubah dari keadaan yang asal.
Ini kerana kereta dengan milage yang tinggi mempunyai kecenderungan untuk mengalami masalah pada kotak gear dan masalah pada bahagian enjin memandangkan ia telah berjalan jauh. Sebaiknya pilih kereta dengan milage dibawah 200,000 kilometer. Lebih rendah kilometer yang tercatat pada meter adalah lebih baik.
Akhir sekali, apabila anda telah memilih kereta yang hendak dibeli, jangan lupa untuk bawa kenderaan tersebut ke bengkel. Anda perlu membayar mekanik untuk melakukan pemeriksaan namun percayalah duit yang anda keluarkan adalah berbaloi kerana jika ada sesuatu yang tidak kena dengan kenderaan tersebut, anda dapat mengenal pasti ia sebelum dibeli.
Bengkel mana yang terbaik untuk anda melakukan pemeriksaan? Anda boleh pilih sama asa untuk pergi ke pusat servis kereta atau pergi ke bengkel pilihan anda. Elakkan daripada pergi ke bengkel pilihan penjual.
Itulah dia info tentang 13 cara beli kereta terpakai elak tertipu (tips dan panduan) yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips beli rumah dan cara beli kereta cash.
1. Mekanika