Pandelela Rinong merupakan atlet terjun Malaysia yang telah berjaya memasyhurkan nama Malaysia semasa Sukan Olimpik 2012 di London. Walau pun hanya memenangi pingat Gangsa buat Malaysia, namun kejayaan tersebut telah mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa. Siapakah sebenarnya Pandelela Rinong ini ? Anda akan ketahuinya di laman web ini.
Tanggal 2 Mac 1993, Pandelela Rinong anak Pamg telah dilahirkan di Kampung Jugan, Bau Sarawak. Beliau berketurunan Bidayuh turut dikenali dengan nama Lulu. Pandelela telah mula aktif sejak berumur 7 tahun dan pernah dipilih menjadi perenang peringkat negeri dan telah menyambung latihan renang di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.
Berasal dari keluarga yang sederhana di mana bapanya hanyalah seorang buruh dengan upah gaji harian. Biarpun dilahirkan dari keluarga yang kurang berada, kejayaan Pandelela di arena renang ini telah membuahkan hasil yang lumayan sehingga kedua ibu bapanya mampu tersenyum melihat kejayaan Pandelela.
Pandelela mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya dalam bidang Pengurusan Sukan.
Pandelela merupakan anak kepada pasangan Pamg Joheng dan Hartini Lamim. Beliau memiliki seorang abang iaitu Pardika Indoma dan dua orang adik perempuan bernama Pici Parnia dan Parcelia Renyelia. Sejak kecil, bapanya telah Sama seperti individu lain, Pandelela turut meminati artis K-Pop dan juga animasi Jepun. Beliau begitu menggemari lagu – lagu kumpulan muzik Big Bang yang serasi dengan jiwanya. Pandelela mempunyai seramai 117,000 rakan di laman Facebook serta seramai 100,000 pengikut di laman Instagram.
Setiap kali Hari Krismas, beliau akan mengambil kesempatan untuk pulang dan bercuti di kampung halaman bagi meraikan perayaan tersebut bersama keluarga. Malah, sekiranya berkesempatan, Pandelela akan pulang menghabiskan masa bersama keluarga sekiranya jadual latihannya tidak sibuk. Masakan dari air tangan ibunya sering dirindui setelah tinggal berjauhan buat seketika.
Tahun 2007
Tahun 2009
Tahun 2010
Tahun 2011
Tahun 2012
Tahun 2016
Seawal berumur 7 tahun lagi, Pandelela telah dipilih menjadi perenang peringkat negeri. Beliau telah menyambung persekolahan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap latihan renang bersama jurulatih yang bertauliah. Pada tahun 2007, Pandelela telah membuat kemunculan pertama di dalam persaingan antarabangsa di Kejohanan Remaja Akuatik Asia dan memenangi empat pingat emas.
Pandelela pernah membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik Beijing 2008 di usia 15 tahun.
Beliau pernah diamanahkan untuk membawa bendera bagi Kontigen Malaysia semasa Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura. Malah, pada Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London, beliau juga ditugaskan untuk membawa bendera Malaysia. Pandelela juga telah dianugerahkan dengan pingat Johan Bintang Kenyalang dari Kerajaan Negeri Sarawak dalam satu majlis khas dan beliau adalah atlet pertama Sarawak yang menerima anugerah tersebut.
Pada tahun 2010, kejadian yang tidak diingini telah menimpa Pandelela. Beliau telah mengalami patah tulang di kaki dan telah mengambil masa selama enam bulan untuk sembuh. Sekali lagi beliau berhadapan dengan kecederaan pada tahun 2012 di mana buku lali beliau cedera dan terpaksa melupakan penyertaan kejohanan Asia dan Sukan Universiti ASEAN. Dua tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 2014 pula, Pandelela telah mengalami kecederaan lutut dan menjejaskan persembahan beliau semasa Sukan Komanwel 2014 serta telah mengehadkan penyertaannya semasa Sukan Asia 2014.
Pandelela tidak menjadikan kesempitan hidupnya sebagai satu halangan untuk berjaya dan mencapai impian. Kekurangan yang dihadapinya sejak kecil menjadi pemangkin untuk beliau terus berusaha sehingga mendapat apa yang diimpikan selama ini. Sokongan kedua ibu bapanya yang tidak henti memberi dorongan sejak kecil menjadikan beliau atlit renang yang berjaya mengharumkan nama negara di arena renang sehingga berjaya mendapat pingat emas, perak dan gangsa untuk Malaysia tercinta. Berbekalkan semangat “Agi Idup Agi Ngelaban” membuatkan Pandelela terus berdedikasi serta komited terhadap bidang yang diceburinya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Jemput baca juga biodata Mark Zuckerberg dan biodata Datuk Prof Dr Muhaya