Imej via businessinsider

Biodata Mark Zuckerberg

Pastinya ramai yang kenal dengan aplikasi Facebook yang begitu popular hari ini. Hinggakan anak – anak kecil pun turut memiliki akaun Facebook sendiri. Namun, tahukah anda siapa sebenarnya pengasas aplikasi Facebook ini? Mark Zuckerberg merupakan pemilik sebenar aplikasi Facebook dan antara orang terkaya di dunia. Jom kita semak biodata Mark Zuckerberg yang ramai tidak tahu.

Latar Belakang

Mark Elliot Zuckerberg atau lebih dikenali sebagai Mark Zuckerberg dilahirkan pada tanggal 14 Mei 1984 dan kini berusia 36 tahun. Beliau dilahirkan di kawasan Dobbs Ferry, Westchester Country, New York. Mark merupakan anak kedua dari empat adik beradik dan anak kepada pasangan Edward Zuckerberg dan Karen Zuckerberg. Bapanya merupakan seorang doktor gigi manakala ibunya pula seorang pakar psikologi.

Pendidikan

Pada tahun 2002 hingga 2004, Mark telah melanjutkan pengajiannya di Universiti Harvard. Walau bagaimana pun, Mark tidak menamatkan pengajiannya dan terpaksa Drop Out dari Universiti Harvard. Keputusan ini bagi menumpukan perhatian terhadap pembangunan serta pengembangan aplikasi Facebook.

Pada tahun 2017 di usia 33 tahun, Mark Zuckerberg telah berjaya menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat (Undang-Undang) daripada Universiti Harvard. Pengiktirafan ini diperolehi setelah 13 tahun beliau meninggalkan universiti tersebut.

Minat Yang Membawa Kejayaan

Sejak kecil, Mark telah menunjukkan minat dalam bidang komputer dan sering mencuba membuat program komputernya sendiri. Malah, bapanya telah membeli sebuah komputer untuknya ketika berumur 8 tahun. Mark akhirnya telah menjadi salah seorang pengaturcara komputer setelah meningkat remaja kerana kepintarannya. Semasa berada di sekolah menengah Philips Exeter Academy, Mark bersama rakannya D’Angelo telah cuba membuat plug-in untuk MP3 Player Winamp. Plug-in yang diciptanya merupakan program komputer yang boleh berinteraksi dengan aplikasi host seperti web browser atau emel bagi keperluan tertentu.

Mark dan D’Angelo telah cuba menghantar program yang dicipta ke pelbagai agensi dan syarikat termasuklah American Online (AOL) dan juga Microsoft. D’Angelo telah direkrut oleh syarikat Microsoft dan AOL bagi satu projek semasa tahun akhir pengajian di Philips Exeter Academy. Kedua – dua rakan ini terpaksa berpisah bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. D’Angelo meneruskan pengajian di Caltech manakala Mark pula di Harvard.

Semasa berada di Harvard, Mark telah cuba menyampakan ideanya kepada pihak Harvard untuk mencipta direktori mahasiswa online namun telah ditolak. Beliau tidak berputus asa dan mencipta program yang membolehkan rakan – rakannya berkomunikasi antara satu sama lain secara online. Maka, terhasil lah laman melalui web CourseMatch.

Pada tahun kedua di Harvard, Mark telah mengambil data mahasiswa Harvard dan telah memasukkannya ke laman web Facemash. Beberapa gambar rakan kuliah dimasukkan bersama mesej yang menarik perhatian ramai. Dalam tempoh 4 jam sahaja laman web tersebut berjaya menarik sehingga 450 orang pengunjung. Pihak Harvard yang mengetahui hal ini telah memutuskan rangkaian internet Mark.

Imej via thelettertwo

Permulaan Facebook

Mark akhirnya Drop Out pengajiannya di Harvard demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penghasilan aplikasi Facebook. Aplikasi Facebook diteruskan setelah kejayaannya mencipta Facemash dan merupakan aplikasi yang lebih sempurna berbanding Facemash. Facebook boleh dilayari di www.thefacebook.com dan dilancarkan pada Februari 2004. Tujuan utama Facebook ini adalah sebagai platform pertemuan rakan mahasiswa Harvard. Ia merupakan media sosial yang membantu komunikasi yang lebih efisien antara keluarga, rakan atau rakan sekerja. Setiap pemilik akaun boleh berkongsi gambar, mesej dan sebagainya.

Dalam tempoh dua minggu sahaja, mahasiswa Harvard telah memiliki akaun Facebook. Malah beberapa kampus lain sekitar Harvard juga berminat untuk memiliki akaun Facebook. Dalam tempoh empat bulan sahaja, Facebook berjaya diperluaskan sehingga 30 kampus hasil bantuan kerjasama dua orang rakan Mark. Pengguna akaun Facebook terus meningkat sehingga satu juta pada akhir tahun 2004.

Permintaan untuk memiliki akaun Facebook terus meningkat di kalangan bekas mahasiswa Harvard. Mark telah memutuskan untuk memperluaskan aplikasi ini kepada rangkaian sekolah menengah lain pada September 2005.

Facebook diperluaskan dengan lebih jauh lagi dan dibuka kepada orang ramai tetapi dengan syarat mestilah mempunyai emel. Facebook berada di tempat keenam sebagai laman web paling aktif di dunia dan media sosial kedua terbesar versi comScore.

Kekayaan Mark Zuckerberg

Biarpun tidak menamatkan pengajiannya di Universiti Harvard, namun Mark Zuckerberg berjaya menjadi seorang anak muda terkaya di dunia. Kekayaannya adalah atas titik peluhnya sendiri dan bukan mewarisi kekayaan keluarga. Pada usia 30 tahun, Mark telah berjaya memiliki pendapatan sehingga 44 juta dollar AS. Malah, pernah mendapat penghargaan Young Global Leaders pada tahun 2009.

Pada tahun 2018, kekayaan Mark dianggarkan sekitar 72.3 juta dollar AS. Pendapatan Mark terhasil dari Facebook Ads yang terdapat dalam aplikasi Facebook. Malah, Facebook juga mempunyai saham sendiri dan ramai pelabur yang membuat pelaburan terhadap aplikasi ini. Pendapatan Mark juga turut diperolehi dari aplikasi lain seperti Whatsapp, Instagram dan Oculus Rift yang sentiasa meningkat permintaannya saban hari.

Imej via unreservedmedia

Keluarga Mark

Mark telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan kekasihnya Priscilla Chan pada tanggal 19 Mei 2012. Tarikh ini merupakan sehari selepas pelancaran saham IPO Facebook. Priscilla merupakan seorang teman yang dikenalinya semasa di Universiti Harvard. Pasangan ini telah dikurniakan dengan dua cahaya mata perempuan iaitu Maxima Zuckerberg (2015) dan August Chan Zuckerberg (2017)

Sikap dan Peribadi Mark Zuckerberg

Sehingga hari ini, biarpun Mark dinobatkan sebagai salah seorang individu muda terkaya di dunia, beliau masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Memperoleh kira – kira RM 18.83 juta setiap hari, Mark hanya tinggal di sebuah rumah sederhana biarpun memiliki 5 buah bilik. Rumah yang terletak di Silicon Valley itu memiliki dekorasi yang cukup ringkas dan tenang serta tidak memiliki perabot mewah.

Kesederhanaan Mark membuatkan beliau hanya memiliki kereta berharga kurang daripada RM 300,000. Bagi Mark, sebuah kereta hanyalah menjadi medium yang digunakan untuk tiba di suatu tempat. Keselamatan adalah lebih penting dan paling utama berbanding memiliki jenama kereta mewah. Mark juga lebih selesa mengenakan sehelai T-Shirt walaupun mampu untuk mengenakan pakaian lebih mahal.

Kehidupan Mark Zuckerberg dan keluarga tidak jauh beza dari kehidupan keluarga lain. Mark bersiar bersama keluarga seperti kebanyakan orang dan menghabiskan masa bersama keluarga di rumah dan melayani anaknya dengan baik. Jika di pejabat pula, Mark  lebih gemar bekerja bersama kakitangannya berbanding duduk di dalam bilik seperti majikan lain. Kerendahan hati dan kesederhanaan Mark cukup digemari oleh kakitangannya.

Rujukan

Jemput baca biodata Tony Fernandes dan biodata Elon Mask

Copy

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.