Segala informasi dan maklumat kini amat mudah untuk check saman Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antara saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalanraya dan pemandu kenderaan seperti saman PDRM, JPJ dan saman AES (Automated Enforcement System (had laju).

Kecanggihan teknologi media dan tekomunikasi masa kini membantu kita untuk menjalani kehidupan di zaman yang serba pantas dan mencabar ini. Mengapa perlu bersusah payah keluar dari rumah dan menghadapi kesesakan jalan raya serta sanggup beratur panjang di kaunter bayaran?

check saman

Sedangkan semakan saman semuanya boleh dilakukan secara atas talian dan juga melalui perkhidmatan SMS.

Segalanya di hujung jari sahaja.  Anda juga boleh bayar saman online menggunakan kaedah perbankan internet melalui portal SSO PDRM, MyEG Online dan RILEK.

Cara Check Saman Secara Online

Kemudahan perkhidmatan  check saman kereta, motor dan kenderaan kini lebih mudah. Banyak cara untuk menyemak dan buat pembayaran saman di internet dengan menggunakan sistem semakan online PDRM untuk saman polis, JPJ dan AES.

Sila check saman dan harga saman yang dikenakan supaya mudah untuk anda membayarnya nanti melalui kaedah yang anda pilih. Sebagai panduan, anda boleh mengikut cara dan langkah-langkah berikut yang dikongsikan untuk buat semakan.

MyEG Online Services

 Melalui laman web MyEG online anda boleh semak saman yang dikenakan oleh JPJ, PDRM atau AES dan ikuti cara yang ditunjukkan seperti berikut:

  1. Layari laman MyEG online www.myeg.com.my
  2. Anda wajib membuat pendaftaran baru iaitu register sebelum menggunakan servis ini untuk kali pertama
  3. Sila masukkan id atau nama serta kata laluan yang telah dibuat
  4. Klik pautan e-Services pada paparan menu dan buat pilihan PDRM atau JPJ (Saman AES sila pilih JPJ)
  5. Sila semak senarai saman anda dan seterusnya buat bayaran yang dikenakan

Semakan Saman JPJ

Melalui portal JPJ anda boleh menyemak saman online tanpa perlu buat pendaftaran, walau bagaimanapun, ianya untuk menyemak senarai saman yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ sahaja.

  1. Klik ke pautan ini Semakan Saman JPJ
  2. Sila klik pada pautan ‘Semakan Saman’ dan buat pilihan sama ada untuk carian menggunakan ‘NOMBOR ID SAHAJA ATAU NOMBOR ID DAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN. (No Plat)
  3. Anda perlu memilih kategori ID
  4. Sila isi NO ID dan Nombor Kenderaan diikuti dengan kod sekuriti yang dipaparkan (Captcha)
  5. Kemudian sila klik butang ‘Semak’. Senarai keputusan dan jumlah saman akan dipaparkan di bawah dengan tajuk Hasil Carian.

Rilek e-Services

Menerusi laman Rilek anda boleh menyemak saman polis trafik dan sebagainya. Jangan lupa double check selepas senarai saman dipaparkan.

  1. Layari laman Rilek untuk Semak Saman PDRM secara online. Layari Rilek dan daftar jika anda belum mendaftar.
  2. Masukkan nama dan kata laluan yang dibuat
  3. Seterus klik pada menu ‘Search By’ dan sila buat pilihan cara semakan.
  4. Isikan maklumat anda dan tekat butang ‘NEXT’.

Anda akan dapati jumlah saman yang dikenakan, selain boleh juga buat pembayaran saman segera di Rilek online yang berkerjasama dengan beberapa bank yang terlibat seperti MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM, PUBLIC BANK dan lain-lain.

SSO PDRM

Sistem Semakan Online PDRM (SSO) dan Laman Interaktif Trafik dibangunkan oleh Polis Di Raja Malaysia. Ia untuk memudahkan orang ramai yang ingin menyemak status saman trafik, status report saman polis dan banyak lagi yang berkaitan.

Untuk membuat semakan, anda harus mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu sebelum buat semakan. Sila layari portal SSO PDRM dan LAMAN INTERAKTIF TRAFIK untuk keterangan lanjut.

Semakan Saman Melalui SMS

Perkhidmatan untuk semak saman melalui SMS dikenakan bayaran caj perkhidmatan sebanyak 15 sen bagi setiap penghantaran dan 20 sen bagi setiap penerimaan mesej pesanan ringkas ini. Sila ikuti cara untuk menyemak saman menggunakan SMS atau MySMS seperti berikut:

Cara Semak Saman PDRM Melalui SMS

saman trafik

Sila taip

POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan atau No kenderaan]

pada telefon bimbit dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.

Contoh

POLIS SAMAN 761112025527 atau POLIS SAMAN KDR 4424

Jika anda mahukan jawapan yang lebih terperinci, sila taip mesej seperti berikut:

POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan atau No kenderaan] [email]

Dan hantarkan ke 32728. Semakan saman yang lengkap milik anda akan dihantarkan ke alamat email yang anda berikan.

Contoh

POLIS SAMAN 761112025527   yuyu@gmail.com

Semakan Saman JPJ Melalui SMS

semakan saman jpj

Sila taip

JPJ SAMAN [No IC/Kad Pengenalan atau No plat kenderaan]

di paparan telefon bimbit anda dan hantarkan SMS tersebut ke 15888.

Contoh

JPJ SAMAN 761112025527 atau JPJ SAMAN KDR 4424

Diharap dengan perkongsian ini cara check saman, anda dapat mengelakkan daripada disenaraikan dalam senarai hitam JPJ dan PDRM serta tiada saman tertunggak. Sekiranya anda mempunyai jumlah tunggakan, segeralah buat bayaran saman tersebut sama ada secara atas talian di MyEG online atau pergi ke kaunter bayaran di jabatan terbabit

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.