Tahun baru, azam baru. Munculnya tahun baru bermakna permulaan baru bagi hidup kita. Ada yang kata tak perlu berazam baru setiap kali tiba tahun baru. Namun bagi kami, tak salah kalau kita nak pasang azam baru. Azam tahun baru bukan sahaja akan menaikkan semangat kita malah ia memberikan momentum yang besar buat semangat kita.

Kali ini kami akan kongsikan 10 azam tahun baru menjadi orang lebih berjaya sebagai panduan anda.

1.  Belajar dari kesilapan yang lalu namun barang yang lepas usah dikenang. Tinggalkan di belakang, dan hanya diingat sebagai pengajaran

Azam tahun baru yang pertama wajib ada dalam senarai tahun ini ialah bersedia untuk belajar dari kesilapan yang lalu. Jadikan ianya sebagai pengajaran yang mendewasakan. Elakkan daripada mengulami kesilapan yang sama.

Dalam masa yang sama jangan terlalu memikirkan kesilapan yang pernah dilakukan. Jangan biarkan ia menghantui diri dan menjejaskan segala usaha dan tindakan yang akan dilakukan pada masa sekarang. Jadikan kesilapan sebagai satu pengajaran dan jadikan ia sebagai pengalaman yang mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih dewasa.

2. Tetapkan matlamat yang realistik, bukannya sekadar nampak seronok di atas kertas namun hampir mustahil untuk dijadikan sebagai kenyataan

Ramai yang melakukan kesilapan besar dalam azam baru iaitu dengan meletakkan matlamat yang terlalu besar dan gah. Matlamat yang gah akan kelihatan hebat di atas kertas namun jika ianya mustahil untuk dicapai, ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Oleh itu pastikan matlamat yang ditetapkan adalah realistik dan mampu untuk dicapai dengan usaha yang jitu. Barulah segala usaha yang dilakukan tidak sia-sia dan menyebabkan kekecewaan.

3. Uruskan masa dengan lebih baik, usah dibazirkan masa untuk perkara yang sia-sia

Orang yang berjaya adalah seorang yang pandai mengurus masa. Jadikan ia sebagai salah satu daripada azam tahun baru untuk tahun ini. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya untuk melakukan perkara berfaedah yang boleh membawa kebaikan, bukannya dibazirkan untuk perkara sia-sia atau tidak membawa sebarang faedah.

4. Fokus dengan impian dan cita-cita tanpa mempedulikan kata-kata orang lain

Selama ini kita selalu terkesan dan terpegaruh dengan kata-kata orang di sekeliling. Terlalu banyak pengaruh kata-kata orang lain terhadap perjalanan hidup kita. Kini tiba masanya untuk kita fokus kepada impian dan cita-cita tanpa mempedulikan segala kata-kata atau cacian orang di sekeliling. Jadikan ianya segabai pembakar semangat untuk terus berjaya, bukannya halangan yang boleh menjatuhkan.

5. Cari mentor untuk membimbing di jalan yang betul

Nak berjaya? Apa kata tahun ini anda cari seorang mentor untuk membimbing anda supaya sentiasa berada di landasan yang betul. Ini kerana ada kalanya kita terpesong dari jalan yang betul atau terleka dari mengejar fokus yang sebenar. Kehadiran seorang mentor juga akan memastikan kita sentiasa berada dalam momentum yang betul.

Sumber: Mbizm

6. Ikut jejak-langkah mereka yang telah berjaya dalam bidang yang sama

Azam tahun baru untuk menjadi seorang yang berjaya yang wajib ada dalam senarai anda ialah untuk mengikut jejak-langkah mereka yang telah berjaya dalam bidang yang sama. Terdapat ramai orang berjaya yang suka berkongsi perjalanan mereka menuju kejayaan. Kisah yang dikongsikan boleh dijadikan sebagai inspirasi dan contoh tauladan buat kita.

7. Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sebagai seorang yang bergama islam, seharusnya kita sentiasa ingat tentang lima perkara yang berikut:

  • Kaya sebelum miskin
  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum mati

Jika kita ingat lima perkara ini, pastinya kita akan sentiasa bergerak tanpa berlengah dan menunggu masa yang sesuai. Kalau kita terus menunggu, kita akan kerugian. Masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Malah masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

8. Pelajari ilmu baru setiap hari

Orang yang ingin berjaya akan sentiasa belajar ilmu baru setiap hari. Anggap diri sebagai gelas kosong yang bersedia untuk diisi dengan air yang bersih, suci, sejuk dan menghilangkan dahaga. Ilmu baru bukan sahaja akan membantu kita untuk mengorak langkah menuju kejayaan malahan menjadi seorang yang berilmu juga adalah dituntut oleh agama.

9. Bergaul dengan mereka yang positif dan bersemangat untuk berjaya

Nak berjaya? Berkawan dengan mereka yang positif dan sentiasa berasa lapar untuk berjaya. Memilih circle yang positif adalah salah satu daripada cirri orang yang berjaya. Bergaul dengan golongan yang positif bukan sahaja akan membuatkan kita menjadi seorang yang positif malah aura mereka akan dapat kita sedut dan ambil untuk terus melangkah maju ke hadapan.

10. Kejar untuk berjaya bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat

Azam tahun baru untuk menjadi orang lebih berjaya yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah jangan lupa untuk tanamkan dalam diri keinginan untuk berjaya bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat. Berapa ramai di antara kita yang Cuma berjaya di dunia namun muflis di akhirat? Adalah perlu untuk kita seimbangkan dunia dan akhirat kerana dunia hanyalah sementara sahaja manakala akhirat adalah kehidupan yang abadi.

Sumber: Azhan

Itulah dia info tentang 10 azam tahun baru menjadi orang lebih berjaya yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kisah kisah usahawan berjaya dan kata-kata semangat untuk usahawan

Rujukan:

1.Azam Tahun Baru Orang Berjaya. Thevocket

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.