Anda kenal apa itu truffle? Truffle adalah sejenis cendawan yang merupakan cendawan yang paling mahal di dunia. Bukan sahaja truffle merupakan cendawan paling mahal di dunia, malah ia juga merupakan makanan paling mahal di dunia. Pastinya anda teringin untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang makanan mewah ini.

Sumber: Chefsmandala

Truffle adalah sejenis kulat yang  tumbuh di bawah tanah, bukannya di atas tanah seperti cendawan lain yang biasa kita makan. Truffle biasanya tumbuh dengan melekap pada sekitar akar pokok besar seperti Beech, Poplar dan Oak. Apa yang menarik, truffle dan pokok besar tersebut hidup secara simbiosis iaitu saling memerlukan di antara satu sama lain. Pokok membekalkan nutrien kepada truffle sementara truffle menyalurkan nutrien dari bawah tanah kepada pokok tersebut.

Jenis-jenis truffle

Terdapat pelbagai jenis truffle dan setiap satunya mempunyai harga yang berlainan. Jenis yang paling mahal ialah truffle putih kerana ia paling sukar untuk ditemui. Berikut adalah jenis-jenis truffle yang boleh dimakan dan menjadi pilihan utama chef terkenal di dunia yang menyediakan masakan mewah:

  • Truffle putih (Piedmont) adalah jenis truffle yang sangat jarang dijumpai kerana ia hanya tumbuh di hutan rantau rantau Piedmont di Itali. Truffle putih mempunyai rasa unik yang membolehkan anda menggabungkannya dengan hidangan masakan yang berbeza. Baunya saja sangat beraroma dan lazat yang akan membuat apa-apa hidangan menjadi sangat menyelerakan.
  • Truffle hitam (Perigord) adalah truffle kedua terbaik selepas truffle putih. Aromanya sungguh lazat walau pun tidak mampu menandingi aroma truffle putih.Truffle hitam boleh ditemui di beberapa kawasan di Sepanyol, Itali dan Perancis. Ia biasanya dituai dari bulan November hingga Mac.
  • Truffle musim panas hanya boleh diperolehi semasa musim panas sahaja. Biasanya ia akan disimpan dengan baik untuk kegunaan semasa musim sejuk. Truffle musim panas adalah besar sehingga mencecah diameter 10 cm. Ia biasanya boleh ditemui di kawasan-kawasan Eropah Tengah, Rusia, negara-negara Scandinavia, dan pantai Laut Hitam. Ia biasanya dituai pada musim panas sebelum bermulanya musim luruh sejuk.
  • Truffle Piedmontese yang hanya terdapat di Itali juga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat.
  • Truffle musim sejuk tumbuh dari bulan November hingga Mac. Ia tumbuh di kawasan utara Itali, Perancis, Switzerland, Ukraine. Aromanya kurang ketara jika dibandingkan dengan truffle hitam dan berwarna merah gelap hampir hitam.

Kenapa harga truffle mahal?

Pastinya anda tertanya-tanya kenapa harga truffle sangat mahal sedangkan ianya hanyalah sejenis cendawan. Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan truffle dijual dengan harga yang mahal di seluruh dunia:

  • Ia adalah tumbuhan liar. Ianya bukan cendawan yang ditanam secara komersial seperti jenis tumbuhan cendawan lain yang kita makan. Truffle akan tumbuh sendiri dengan meliar didalam hutan. Para pencari truffle perlu masuk ke hutan tebal untuk mendapatkan truffle. Malah proses mencari truffle juga bukan mudah memandangkan ia tumbuh dibawah tanah. Adalah mustahil untuk mengorek semua pokok untuk mencari truffle, maka para pencari truffle menggunakan keadah yang memerlukan kos yang mahal, yang akan kami ceritakan sebentar lagi.
Sumber: Gourmetfoodstore
  • Cara mencari truffle bukanlah mudah. Mereka akan menggunakan anjing terlatih untuk mencari truffle. Anjing yang telah dilatih untuk mencari truffle mempunyai deria menghidu yang sensitif jika dibandingkan dengan manusia. Anjing tersebut dapat mengesan bau truffle dari jarak jauh lalu menggalinya untuk mengeluarkan dari bawah tanah. Kos melatih anjing ini bukannya murah dan kadar sewaan juga tinggi.
  • Truffle tidak tumbuh dengan banyak namun permintaannya sangat tinggi. Permintaan yang tinggi sedangkan jumlah truffle yang sedikit menyebabkan harganya melambung tinggi.
  • Memerlukan masa yang lama untuk matang dan boleh dituai.
  •  Sudahlah tak banyak truffle yang tumbuh, ia juga mengambil masa yang lama untuk matang. Berapa lama masa yang diambil untuk truffle matang? Selama 5 hingga 6 tahun. Ya, tahun. Bukannya bulan. Maka tak hairanlah kenapa harganya sangat mahal. Apabila truffle sudah matang barulah ia boleh dituai. Para pencari truffle memerlukan masa yang lama untuk menuain truffle.
  • Truffle memerlukan penjagaan rapi. Sebaik sahaja menemui truffle, para pencari truffle akan menjaga truffle tersebut dengan baik dan salah satu daripada elemen paling penting dalam penjagaan truffle ialah bacaan PH tanah. Bacaan pH tanah yang paling ideal untuk pembesaran sempurna truffle adalah di antara 8 hingga 8.3. Ph yang tidak sesuai akan membantutkan tumbesaran sempurna truffle dan menjejaskan keenakannya.
  • Akhir sekali, truffle sangat mahal kerana ianya juga perlu dituai dengan penuh hati-hati dan disimpan dengan baik bagi menjamin kualitinya. Sebaik sahaja dituai dengan bantuan anjing, ia akan dibersihkan dan dimasukkan ke dalam bekas khas bagi menjaga kesegarannya. Malah ia akan dipastikan sentiasa berada dalam keadaan yang baik setiap masa sehingga sampai ke restoran untuk dimasak. Ada juga truffle yang diproses untuk menjadi minyak truffle, dan proses pembuatannya juga adalah sangat teliti sesuai dengan kualiti dan rasanya yang enak.
Sumber: Howstuffworks

Itulah dia info  tentang apa itu truffle? Inilah makanan termahal dunia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sejauh mana makanan viral boleh bertahan.

Rujukan:

1. Thevocket

2. Healthycathups

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.