Subsidi adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada sesebuah sektor perniagaan. Terdapat banyak kes subsidi merupakan bantuan kerajaan kepada pengeluar di dalam sesebuah industri untuk membantu memajukan industri tersebut.

Contoh terbaik adalah bantuan kerajaan kepada Proton dalam industri automotif. Ada juga beberapa bentuk subsidi yang diberikan kepada sesebuah industri untuk menyekat harga daripada naik.

Contoh terbaik yang sering kita ketahui adalah subsidi petrol dan subsidi makanan. Terdapat juga beberapa jenis subsidi untuk memastikan perkembangan dalam sektor tertentu seperti subsidi baja di sektor agrikultur.

apa itu subsidi
Imej via [suarasarawak]

Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Isu subsidi juga merupakan isu yang hangat diperdebatkan dalam bidang perniagaan dalam peringkat antarabangsa. Ia juga dilihat sebagai tindakan penghalang atau penyekatan. Oleh itu, subsidi merupakan bentuk sekatan perdagangan antarabangsa. 

Ia dilakukan kerana subsidi menjadikan harga produk domestik tertentu lebih murah daripada harga produk import dan seterusnya akan mengurangkan daya persaingan barangan import.

Bayangkan jika peniaga Malaysia ingin mengeksport barangan ke Indonesia tetapi berhadapan dengan harga barangan yang lebih murah di sana hanya kerana mendapat bantuan kerajaan. Sudah tentu, peniaga Malaysia akan merasa tidak berpuas hati. Betul tak?

Subsidi Menyumbang Kepada Peralihan Pasaran

Begitu juga perasaan pengeksport kereta dari negara lain terhadap kereta nasional kita, Proton. Contohnya, syarikat kereta dari Korea atau China lebih cekap daripada Proton.

Namun, mereka merasa sukar untuk mengalahkan Proton di pasaran Malaysia kerana harga kereta Proton lebih murah kerana subsidi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. 

Dalam hal ini, subsidi boleh dikatakan telah menyumbang kepada pengalihan pasaran di mana pengeluar yang lebih cekap tidak dapat mengalahkan pengeluar yang tidak cekap kerana campur tangan pemerintah.

apa itu subsidi
Imej via [nasional]

Kesan Subsidi

Di samping itu, subsidi seperti itu juga melibatkan kos yang sangat tinggi untuk kerajaan dan rakyat di negara kita. Sebenarnya, subsidi yang baik dan buruk yang diberikan oleh kerajaan bergantung pada perspektif masing-masing mengenai kumpulan mana yang terlibat. 

Sebagai contoh, dalam hal subsidi yang diberikan kepada syarikat Proton, tentu saja baik bagi pemilik syarikat Proton, pekerja Proton dan juga syarikat yang menjadi pembekal kepada Proton (Proton Vendors) dan pekerjanya.

Tetapi dari perspektif rakyat Malaysia pada umumnya, tidak semua orang akan menikmati kebaikan ini. Bagi rakyat Malaysia yang tidak ada kaitan dengan Proton dan tidak berminat membeli kereta Proton, mereka tidak mendapat banyak faedah walaupun mereka juga menanggung kos bantuan yang diberikan kepada Proton. 

Sekiranya subsidi kepada Proton adalah untuk membantu menjual kereta Proton dengan harga murah di pasaran luar negara, ini bermakna pengguna yang beruntung adalah pengguna luar negara yang telah mendapat bantuan kewangan dari rakyat Malaysia.

apa itu subsidi
Imej via [inilah]

Contoh Subsidi Lain

Jadi cuba kita fikirkan, bagaimana pula dengan subsidi lain, seperti subsidi tol? 

Sekali lagi yang paling beruntung adalah orang yang menggunakan jalan tol setiap hari serta pengguna daripada Singapura dan Thailand yang sama sekali tidak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan di negara kita.

Orang yang tidak mendapat faedah paling banyak daripada subsidi tol adalah mereka yang sama sekali tidak menggunakan jalan tol. Ini kerana mereka masih harus menyumbang secara tidak langsung kepada kos pembinaan dan pengawasan jalan tol. 

Keadaan tidak adil ini juga dapat dilihat dalam kes subsidi petrol berjumlah RM23.5 bilion pada tahun 2009 yang disebabkan oleh ketidakseimbangan pengagihan kos kepada semua rakyat.

Sebenarnya, kumpulan yang paling beruntung dalam kes ini adalah warga asing yang menggunakan kenderaan di Malaysia kerana mereka tidak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan. Orang kaya juga bernasib baik kerana kenderaan yang mereka gunakan besar dan banyak menggunakan petrol. 

Walaupun perbelanjaan kos petrol bulanan mereka mungkin agak tinggi, namun jumlah subsidi yang mereka terima juga tinggi. Sebaliknya, golongan miskin mendapat faedah daripada subsidi ini, terutama dalam kalangan mereka yang memakai motosikal juga terpaksa menanggung kos subsidi besar ini dalam bentuk cukai pendapatan yang dibayar kepada kerajaan.

apa itu subsidi
Imej via [rctiplus]

Cara Atasi Subsidi Yang Tidak Adil

Salah satu cara untuk mengatasi kesan ketidakadilan di atas adalah dengan pihak kerajaan yang berwajib harus mengambil langkah diskriminasi dalam pengagihan subsidi dengan memberikannya kepada mereka yang sangat memerlukan bantuan. 

Kaedah “subsidi yang disasarkan” ini telah lama dipraktikkan di beberapa negara termasuk negara kita sendiri di mana bantuan kerajaan ditujukan khusus untuk golongan miskin.

Walau bagaimanapun, kos untuk menguruskan skim bantuan diskriminasi ini sangat tinggi dan kadang-kadang tidak praktikal untuk digunakan dalam kes-kes tertentu seperti subsidi petrol.

apa itu subsidi
Imej via [indiafilings]

Di manakah kerajaan mendapatkan sumber kewangan untuk membayar kos subsidi? 

Jawapannya adalah dari semua hasil kerajaan sama ada dari cukai atau dari sumber lain seperti pendapatan dari Petronas dan keuntungan dari syarikat milik kerajaan yang lain.

Sekiranya pendapatan kerajaan tinggi maka kita akan mendapati bahawa kemungkinan subsidi yang diberikan kepada rakyatnya juga tinggi. Sebagai contoh, di Arab Saudi, subsidi diberikan kepada orang di pelbagai sektor termasuk petrol, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

Tambahan pula, rakyatnya sama sekali tidak membayar sebarang bentuk cukai pendapatan. Ini kerana kerajaan Arab Saudi memperolehi pendapatan tinggi dari sumber minyaknya.

Pada tahun 2010 pendapatan pemerintah Arab Saudi adalah USD185.1 miliar sedangkan pengeluarannya hanya USD173.1 miliar. Itulah sebabnya mengapa pemerintah Arab Saudi tidak merasa tertekan dengan perbelanjaan bersubsidi kepada rakyat walaupun rakyat tidak menyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai pendapatan.

Kesimpulannya, sama ada subsidi harus diteruskan atau tidak adalah bergantung atas keadaan serta perbelanjaan negara kita selepas ini. Sekiranya ekonomi negara mendapat keuntungan yang berlipat ganda, pasti subsidi ini akan diteruskan. Namun, jika ekonomi negara merosot, mungkin subsidi ini akan dikurangkan kelak.

Jom baca juga masalah kewangan dalam keluarga, kegunaan lain ubat gigi, cara memulakan perniagaan makanan dan senarai hitam bank.

Rujukan

  1. Apa itu subsidi? http://lacihitam.blogspot.com/2013/05/apa-itu-subsidi.html
  2. Maksud subsidi https://makna.online/subsidi/
  3. Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini. https://www.mstar.com.my/klik/2019/10/17/kpdnhep-subsidi
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.