Adakah anda mempunyai baki simpanan duit bulanan? Daripada anda menyimpan tanpa dividen, apa kata anda ‘beranakkannya’ untuk dijadikan pendapatan pasif sampingan?

Kebiasaannya, kebanyakan daripada kita akan menyimpannya di ASB, Tabung Haji, bank atau simpanan peribadi secara tabungan sendiri. Ada kekurangan juga kelebihannya jika kita menyimpan secara begitu.

Jadi, apa kata kita beralih pula kepada simpanan Wahed, iaitu sejenis simpanan tabung pelaburan digital. Wahed ini diakui patuh syariah oleh pakar ekonomi Islam dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia!

Jom baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang apa itu WAHED Invest Malaysia.

Pengenalan

Wahed ialah sebuah aplikasi digital yang merekodkan simpanan anda yang akan digunakan untuk pelaburan (memberi pulangan dividen bergantung kepada nilai simpanan).

Dengan kata mudahnya, Wahed ialah tabung digital anda. Tapi, tabung ini tidak boleh dikeluarkan simpanannya sewenang-wenangnya (akan diterangkan dengan lebih lanjut).

Kelebihannya, dengan simpanan ini, anda akan merasai pengalaman pelaburan apabila terdapat naik turun saham pelaburan, tanpa menjejaskan nilai simpanan anda. Konsep ini sama macam simpanan dalam ASB.

Jadi, selain anda belajar menabung dan tidak boleh mengeluarkannya dengan sewenang-wenangnya, anda boleh nikmati pulangan tambahan!

Cara Penggunaan

  1. Muat turun aplikasi Wahed Invest di App Store/Google Play
  2. Buka akaun dengan masukkan maklumat seperti emel, kata laluan dan negara
  3. Jawab beberapa soalan sebagai langkah keselamatan akan datang dan penentuan portfolio
  4. Pilih portfolio simpanan (akan diterangkan)
  5. Lengkapkan maklumat yang diminta
  6. Masukkan kod rujukan jika ada
  7. Sahkan identiti dengan gambar kad pengenalan dan selfie.
  8. Minimum deposit simpanan sebanyak RM100 melalui perbankan atas talian (online banking)
  9. Sistem akan memproses permohonan anda dan tunggu sehingga mendapat pengesahan sistem. Proses ini mengambil masa dalam 3-4 hari bekerja.
wahed invest malaysia

Imej via Wahed Invest

Terdapat 3 pilihan untuk simpanan pelaburan ini yang boleh dikendalikan secara automatik oleh sistem jika anda sudah set pilihan anda, seperti:

  • Mingguan (auto debit)
  • Bulanan (auto debit)
  • One time (mengikut pilihan sendiri)

Pemilihan Portfolio

Semasa anda menjawab soalan untuk mendaftar, sistem akan menilai jenis portfolio anda yang sesuai.

Terdapat 4 jenis portfolio Wahed yang boleh dipilih yang bergantung kepada risiko dan pulangan. Satu kad pengenalan boleh buka dua jenis akaun, jadi anda boleh variasikan portfolio jika mahu.

  1. Portfolio VERY AGGRESSIVE, sesuai bagi mereka yang sukakan risiko tinggi, pulangan tinggi, manakala mereka yang jenis berhati-hati, pelaburan Wahed akan melaburkan simpanan anda di sukuk berisiko rendah dengan pulangan rendah melalui
  2. Portfolio MODERATE
  3. Portfolio MODERATELY CONSERVATIVE
  4. Portfolio VERY CONSERVATIVE

Kelebihan Simpanan dan Pelaburan Wahed

  • Diuruskan secara sistem digital (simpanan lebih mudah dengan online banking dan kurang ralat human error).
  • Dilindungi daripada penipuan – tetapi perlu diingat bahawa ini adalah sejenis pelaburan, jadi pasti akan berlaku naik turun saham.
  • Mempunyai konsep kod rujukan (referral code) yang boleh disebarkan untuk mendapat lebih banyak bonus. Contohnya jika kawan anda turut menggunakan Wahed dan masukkan kod rujukan anda, kedua-dua anda akan mendapat $10 selepas 30 hari.
  • Hanya minimum RM100 untuk membuka akaun dan tidak boleh disentuh (dikeluarkan) dalam tempoh 30 hari, selepas itu, sepanjang tempoh itu atau selepas itu, anda boleh menambah simpanan.
  • Pengeluaran boleh dibuat serendah RM1 ke dalam akaun bank pilihan anda sendiri. Namun, proses transaksi ini bukan serta-merta (mengambil masa 1-7 hari), jadi hal ini dapat melatih sifat disiplin menabung.
  • Mesra pengguna kerana semua urusan hanya dilakukan menerusi aplikasi ini sahaja, tanpa perlu ke mana-mana kaunter.
  • Dijadikan sebagai tempat simpanan ‘parking’ jika anda mempunyai baki duit belanja lebih, dan hanya perlu tunggu pelaburan anda ‘beranak’ (sama kan dengan konsep ASB?)
  • Dikendalikan oleh Robo Advisor platform menggunakan algoritma dan AI yang menyelia dan menyusun atur pelabuhan dengan lebih berkesan dan meminimumkan kerugian pelaburan.
  • Perlindungan data peribadi.

Masa Depan dan Hala Tuju Wahed di Malaysia

Imej via Money Compass

Malaysia telah dipilih sebagai hub serantau di wilayah Asia Pasifik oleh Penyedia Pekhidmatan Pengurusan Pelaburan Digital, Wahed Invest yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Ketua Pengurusan Wahed di Malaysia, Syakir Hashim ada membuat kenyataan bahawa Malaysia dipilih disebabkan kedudukan kewangan Islamik kita yang kukuh dan peraturan serta rangka kerja yang jelas dalam pelaburan digital.

Pengurusan aset, tenaga kerja yang cekap dalam bidang eknomi dan sistem perbankan serta kewangan Islam yang mantap di Malaysia benar-benar menarik kedatangan Wahed ke negara kita.

Malaysia juga merupakan antara negara terawal di dunia yang telah menyediakan SOP atau garis panduan dan peraturan berkenaan pelaburan digital yang lengkap dan boleh dicontohi di peringkat dunia.

Pilihan portfolio pelaburan Wahed ini termasuklah saham Amerika Syarikat dan Malaysia, sukuk dan emas.

Platform Wahed ini ialah pekhidmatan pengurusan pelaburan digital Islamik patuh syariah pertama di Malaysia yang memiliki lesen kawal selia daripada suruhanjaya sekuriti yang dijangka dapat menarik lebih ramai pengguna berdasarkan demografik Malaysia dan kawasan serantau.

Kesimpulan

Dengan arus teknologi yang semakin maju, siapa sangka, pelaburan dan simpanan menjadi semakin mudah dan boleh dilakukan di hujung jari.

Anda kini boleh mula merancang perbelanjaan anda dan mula menyimpan untuk melabur menerusi aplikasi Wahed ini. Anda boleh mulakan dengan nilai yang sedikit dan mula agresif apabila sudah selesa dengan skim simpanan pelaburan ini.

Perlu ditegaskan sekali lagi, sila anggap Wahed sebagai simpanan pelaburan jangka panjang dan tidak sesuai dijadikan sumber untuk tujuan kecemasan kerana proses pengeluarannya mengambil sedikit masa.

Copy

Penulis: Jefri Yusof

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.