Andrei Schleifer merupakan seorang profesor di Universiti Harvard dan merupakan seorang ahli ekonomi kewangan dan tingkah laku (financial and behavioral economist). Bekas pemenang medal John Bates Clark, yang mana dianugerahkan kepada pakar ekonomi terbaik di bawah umur 40 tahun, Dr. Schleifer ini merupakan seorang pensyarah ahli pemikir ekonomi Harvard-MIT. Schleifer juga sering berada di kedudukan teratas di kalangan ahli-ahli ekonomi dalam beberapa kriteria seperti jumlah karya yang diterbitkan, bilangan rujukan dan jumlah jurnal.

Dr. Schleifer dilahirkan di Rusia pada tahun 1961 dan memperoleh ijazah sarjana daripada Universiti Harvad dan Ph.D. daripada MIT. Selepas menjadi salah seorang tenaga pengajar di Princeton dan Universiti Chicago, beliau telah menjadi sebahagian fakulti di Harvard.

Pada tahun 1991, beliau menjalankan tugas yang berperanan sebagai penasihat untuk kerajaan Rusia, dan membantu dalam membentuk semula ekonomi negara selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Pada masa yang sama, Harvard telah disiasat oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana telah memberi maklumat kepada kerajaan Rusia. Penglibatan Schleifer dengan Harvard dan kerajaan Rusia telah meningkat pada tahun-tahun berikutnya di dalam konflik skandal kepentingan yang melibatkan keuntungan peribadi melalui pelaburan dalam sekuriti-sekuriti Rusia.

Pada tahun 2005, selepas siasatan dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat, kedua-dua pihak iaitu, Harvard dan Schleifer telah dipaksa untuk membayar saman untuk menamatkan skandal tersebut. Peristiwa itu turut menyebabkan beliau kehilangan gelaran kedoktoran beliau di Harvard, namun begitu masih mengekalkan jawatan beliau di jabatan beliau.

Selain daripada itu, Dr. Schleifer juga merupakan seorang penyelidik dan penulis yang produktif. Anda semua mungkin boleh membaca karya-karya terkini beliau iaitu, “Bubbles for Fama”  di dalam “Journal of Financial Economics”, Oktober 2017, yang ditulis bersama-sama dengan Robin Greenwood dan Yang You.

Di dalam karya tersebut, dengan berdasarkan data pulangan aset industri hampir 90 tahun Amerika Syarikat dan data antarabangsa 30 tahun, Schleifer dan rakan penyelidik beliau telah menyimpulkan bahawa Eugene Fama telah menyatakan fakta yang tepat mengenai di mana kenaikan mendadak harga portfolio industri tidak akan meramalkan pulangan rendah yang luar biasa apabila bergerak ke hadapan dan kenaikan mendadak harga tersebut meramalkan kebarangkalian peningkatan kecemasan secara mendadak. Kesimpulan yang dinyatakan di dalam karya beliau ini boleh digunakan berulang-kali oleh para pelabur yang cenderung untuk melakukan “bubble-watching” dan “market-timing”.

Jemput juga artikel tentang biodata Jack Ma dan biodata Tony Fernandes

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.