Anda kenal anak-anak Sidek? Mereka adalah keluarga yang menjadi lagenda badminton negara. Malah kisah hidup mereka sekeluarga telah diabadikan dalam drama bersiri di televisyen dan komik. Jika anda anak-anak generasi 90-an, pastinya anda selalu tertunggu-tunggu kartun Anak-anak Sidek di kaca televisyen. Ketahui kisah anak-anak sidek yang menguasai dunia badminton negara.

Sumber: Toluna

1. Datuk Mohamed Misbun Bin Haji Mohd

Misbun Sidek lahir pada 17 Februari 1960 di Kanchong Darat, Banting, Selangor adalah anak sulong dalam keluarg Sidek. Ketika usia Misbun Sidek mencecah tujuh tahun, beliau sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton di hadapan rumah. Semaasa berumur 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Di antara sumbangan Misbun Sidek kepada negara adalah:

  • Jurulatih yang telah melahirkan ramai jaguh badminton negara seperti Roslin Hashim, Hafiz Hashim dan Dato’ Lee Chong Wei.
  • Melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.
  • Mengalahkan Liem Swie King di Sukan SEA Manila pada tahun 1991.
  • Bergelar Olahragawan Kebangsaan bagi tahun1981.
  • Memenangi Terbuka Swede pada tahun 1982.
  • Mengekalkan kejuaraan kebangsaan pada 1982.
  • Juara Terbuka Jerman 1982.
  • Juara Terbuka Sweden 1982.
  • Juara Terbuka Kanada 1982
  • Tempat ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia.
  • Pada 7 Oktober 1983, Misbun menempa sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas jaguh India, Prakash Pradukone menjadi pemain profesional di bawah International Management Group (IMG).
  • Naib juara Piala Thomas pada tahun 1988.
  • Merangkul pingat emas bagi acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di Manila
  • Juara Badminton Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987.
  •  Naib juara Piala Dunia 1982.
  • Naib juara Seluruh England 1986.
  • Naib juara Grand Prix Badminton Dunia 1988.
  • Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki).

2. Mohamed Razif Bin Mohd Sidek

Razif Sidek yang lahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor  adalah anak kedua dalam keluarga Sidek. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani dan mereka pernah memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan dari Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers. Di antara sumbangan Razif Sidek untuk negara adalah:

  • Salah seorang anggota skuad Malaysia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama dalam 25 tahun, dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Negara pada tahun1992.
  • Atlet Malaysia pertama memenangi pingat Sukan Olimpik pada temasya Barcelona 1992.

Selepas bersara sebagai pemain badminton kebangsaa, RAzif Sidek dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.

3. Haji Mohamed Jalani Bin Mohd Sidek

Sumber: Thestar

Jalani Sidek yang lahir pada 10 November 1963 di Banting, Selangor telah bersara dan merupakan pengasas sebuah kelab badminton yang  mencari bakat pemain baru dengan nama Kelab Nusa Mahsuri. Selain menjadi pengasas, beliau juga menjadi penasihat bagi kelab tersebut sejak 1996. Selain itu, beliau bertanggungjawab dalam perkembangan adik beradik Hashim, Roslin dan Hafiz yang menjadi pemain badminton kebangsaan Malaysia.

Di antara sumbangan Jalani Sidek kepada Malaysia adalah seperti berikut:

  • Merangkul pingat gangsa bersama abangnya, Razif dalam perlawanan beregu pada Sukan Olimpik 1992. Anak-anak Sidek menjadi pemenang pingat Olimpik yang pertama untuk negara mereka sejak penyertaan pada temasya 1956 di Melbourne.
  • Pemain termuda yang memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada tahun 1982.

 4. Rahman Bin Mohd Sidek

Rahman Sidek  yang dilahirkan pada 20 September 1965 di Banting, Selangor juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan abang-abang dan adiknya. Kini beliau bergelar Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Ketua Jurulatih Program Pembangunan Badminton Junior Usahasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya/ Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Di antara sumbangan beliau kepada negara ialah:

  • Juara Beregu Lelaki Terbuka Kanada
  • Juara Beregu Lelaki Terbuka Jerman
    Naib Juara Berpasukan Piala Thomas
  • Juara Beregu Lelaki Terbuka Perak
  • Juara Berpasukan Piala Thomas pada tahun 1992

5. Abdul Rashid Bin Mohd Sidek

Sumber: NST

Rasdhid Sidek adalah anak bongsu dalam keluarga ini. Beliau  dilahirkan pada 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Rashid Sidek juga tidak kurang hebatnya. Beliau merupakan bekas pemain badminton perseorangan bertaraf dunia. Malah diiktiraf sebagai antara perseorangan lelaki terbaik pernah dilahirkan negara kita.

Beliau adalah pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun. Sejarah telah terlakar. Beliau memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi. Ia adalah kemenangan yang tidak disangka sama sekali.

Rashid Sidek menjadi pemain nombor satu dunia buat kali pertama pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia.

Itulah dia info  tentang kisah anak-anak sidek yang menguasai dunia badminton negara yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sumbangan Lee Chong Wei dalam sukan badminton.

Rujukan:

1. Kongsiberitakongsiartikel

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.