Jom kita baca sumbangan Lee Chong Wei dalam dunia badminton.

Dato Lee Chong Wei bukanlah nama asing bagi rakyat Malaysia. Sebut saja namanya pasti secara automatik  kita akan terbayang kehebatan dan kelincahan beliau dalam arena sukan badminton. Beliau telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia dan mengangkat nama Malaysia dalam bidang sukan badminton. Tidak terkira berapa banyak kali beliau telah menghadiahkan rakyat Malaysia dengan piala kemenangan.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita sedih tentang kesihatan Dato Lee Chong Wei yang merudum akibat kanser hidung. Dan kita juga dilanda hiba apabila beliau mengumumkan pengunduran diri dari arena sukan badminton negara. Bagi menghargai segala jasa beliau kepada Malaysia, hari ini kami akan kongsikan kisah dan sumbangan Dato Lee Chong Wei dalam bidang sukan badminton. Terima kasih Dato Lee Chong Wei!

Sumber: Thestar

Latar belakang Dato Lee Chong Wei

Beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1981 di Bagan Serai, Perak. Semasa kecil beliau suka bermain bola keranjang namun dihalang oleh ibunya. Dato Lee Chong Wei mula bermain badminton ketika berusia 11 tahun apabila selalu dibawa bapanya ke gelanggang badminton oleh ayahnya. Beliau menyertai Skuad Badminton Kebangsaan pada usia 17 tahun selepas bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek.

Sumbangan Lee Chong Wei kepada Malaysia dalam bidang sukan badminton

Terbuka Malaysia, 2004

Ini adalah kejuaraan pertama beliau di peringkat dunia walau pun diadakan di Malaysia.

Terbuka China Taipei, 2004

Dato Lee Chong Wei mendapat kejuaraan pertamanya di luar negara di Kejohanan Terbuka China Taipei. Di sinilah bermulanya sejarah kejayaan beliau dan dari sini kejayaan demi kejayaan dilakar dengan gemilang.

 Sukan Olimpik Athens, 2004

Ini adalah sukan olimpik pertama yang disertai oleh beliau. Walau pun tidak berjaya mendapat kejuaraan.

Terbuka Malaysia, 2005

Pada tahun 2005 sekali lagi Dato Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Malaysia menjadikan kejuraan selama dua tahun berturut-turut.

Terbuka Denmark, 2005

Setelah menjuarai Terbuka Malaysia, Dato Lee Chong Wei terus mara melakar kejayaan dengan menjuarai Terbuka Denmark dalam tahun yang sama. Pada masa ini dunia mula membuka mata dan member perhatian kepada beliau.

Terbuka Malaysia, 2006

Pada tahun 2006 sekali lagi Dato Lee Chong Wei menjuarai terbuka Malaysia menjadikan ia sebagai juara 3 kali berturut-turut.

Terbuka Switzerland, 2006

Kejuaraan dalam Terbuka Switzerland juga merupakan kejayaan yang dilakar pada tahun 2006.

Kejohanan Badminton Asia, 2006

Lagi manis, dalam tahun yang sama Dato Lee Chong Wei merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Asia.

Sukan Komanwel, 2006

Pada tahub 2006 Sukan Komanwel telah diadakan di Melbourne pada bulan Mac dan ini adalah acara sukan komanwel pertama yang disertai oleh Dato Lee Chong Wei. Dalam sukan komanwel ini beliau menghadiahkan Malaysia dua pingat emas iaitu satu bagi acara perseorangan lelaki dan satu lagi bagi acara pasukan campuran.

Sumber: Stadiumastro

Kejatuhan dalam tahun 2007

Tahun 2007 merupakan tahun gelap buat Dato Lee Chong Wei. Beliau diberikan jurulatih baru iaitu Li Mao dari China dan nampaknya mereka gagal mencapai keserasian. Sangat mengejutkan apabila beliau gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalamTerbuka Malaysia setelah menyandang kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut. Skuad Badminton Malaysia mengambil langkah drastic menggantikan semula Misbun sidek sebagai jurulatih dato Lee Chong Wei dan hasilanya beliau berjaya menjuarai Terbuka Indonesia.

Selepas mendapat semula Misbun Sidek sebagai jurulatih, Dato Lee Chong Wei terus melakar kejayaan demi kejayaan dengan menggondol gelaran juara dalam Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka Perancis. Kesemuanya dalam tahun yang sama. Inilah bukti keserasian di antara dua hero sukan badminton negara itu. Ianya tidak dapat disangkal lagi. Dalam tahun yang sama beliau berjaya memasuki pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong walau pun sedang mengalami kecederaan lutut yang agak serius.

Terbuka Malaysia, 2008

Dato Lee Chong Wei kembali menjuarai Terbuka Malaysia untuk kali yang keempat setelah gagal memasuki pusingan akhir pada tahun sebelumnya. Kemudian beliau terus menggondol kejuaraan demi kejuaraan di Terbuka Singapura, Terbuka Korea, Terbuka All England, Terbuka Switzerland, dan Kejohanan Badminton Asia. Tahun 2008 merupakan tahun kegemilangan bagi Dato Lee Chong Wei serta Skuad Badminton Negara.

Sukan Olimpik, 2008

Dato Lee Chong Wei menghadiahkan Malaysia pingat perak dalam acara badminton perseorangan. Sebagai ganjaran beliau menerima ganjaran sebanyak RM300,000 dan mendapat RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008. Beliau juga dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Dato oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di atas kejayaan yang sama. Sejak hari itu Lee Chong Wei mendapat gelaran Dato. Pada 6 Jun 2009, beliau dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) oleh Yang Dipertuan Agong pada masa itu iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008.

World Super Series Masters Finals, 2009

Dato Lee Chong Wei sekali lagi mengharumkan nama negara dengan memenangi juara bagi kategori perseorangan lelaki. Pada tahun yang sama beliau menjuarai Kejuaraan Hong Kong namun terpaksa melepaskan peluang beraksi di Sukan SEA di Vientien atas arahan jurulatih kerana kecederaan lutut yang dihadapi olehnya.

Pada 13 Jun 2019, beliau mengumumkan persaraannya daripada badminton profesional selepas 19 tahun berbakti kepada Malaysia dalam Skuad Badminton Negara. Itulah dia info tentang kisah dan sumbangan Dato Lee Chong Wei dalam bidang sukan badminton negara yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang bioadata Syed Saddiq

Rujukan:

1. Lee Chong Wei. Wikipedia

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.