Anda kenal anak-anak Sidek? Mereka adalah keluarga yang menjadi lagenda badminton negara. Malah kisah hidup mereka sekeluarga telah diabadikan dalam drama bersiri di televisyen dan komik. Jika anda anak-anak generasi 90-an, pastinya anda selalu tertunggu-tunggu kartun Anak-anak Sidek di kaca televisyen. Ketahui kisah anak-anak sidek yang menguasai dunia badminton negara.
Misbun Sidek lahir pada 17 Februari 1960 di Kanchong Darat, Banting, Selangor adalah anak sulong dalam keluarg Sidek. Ketika usia Misbun Sidek mencecah tujuh tahun, beliau sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton di hadapan rumah. Semaasa berumur 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Di antara sumbangan Misbun Sidek kepada negara adalah:
Razif Sidek yang lahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor adalah anak kedua dalam keluarga Sidek. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani dan mereka pernah memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan dari Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers. Di antara sumbangan Razif Sidek untuk negara adalah:
Selepas bersara sebagai pemain badminton kebangsaa, RAzif Sidek dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.
Jalani Sidek yang lahir pada 10 November 1963 di Banting, Selangor telah bersara dan merupakan pengasas sebuah kelab badminton yang mencari bakat pemain baru dengan nama Kelab Nusa Mahsuri. Selain menjadi pengasas, beliau juga menjadi penasihat bagi kelab tersebut sejak 1996. Selain itu, beliau bertanggungjawab dalam perkembangan adik beradik Hashim, Roslin dan Hafiz yang menjadi pemain badminton kebangsaan Malaysia.
Di antara sumbangan Jalani Sidek kepada Malaysia adalah seperti berikut:
Rahman Sidek yang dilahirkan pada 20 September 1965 di Banting, Selangor juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan abang-abang dan adiknya. Kini beliau bergelar Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Ketua Jurulatih Program Pembangunan Badminton Junior Usahasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya/ Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Di antara sumbangan beliau kepada negara ialah:
Rasdhid Sidek adalah anak bongsu dalam keluarga ini. Beliau dilahirkan pada 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Rashid Sidek juga tidak kurang hebatnya. Beliau merupakan bekas pemain badminton perseorangan bertaraf dunia. Malah diiktiraf sebagai antara perseorangan lelaki terbaik pernah dilahirkan negara kita.
Beliau adalah pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun. Sejarah telah terlakar. Beliau memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi. Ia adalah kemenangan yang tidak disangka sama sekali.
Rashid Sidek menjadi pemain nombor satu dunia buat kali pertama pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia.
Itulah dia info tentang kisah anak-anak sidek yang menguasai dunia badminton negara yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sumbangan Lee Chong Wei dalam sukan badminton.