Abdul Rahman bin Auf  adalah seorang seorang sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah. Beliau adalah saudagar kaya bergama islam yang dijamin syurga oleh Allah.

Menurut catatan sejarah, beliau ialah di antara sahabat Rasulullah yang paling kaya dan tidak kisah untuk membelanjakan harta kekayaannya untuk islam. Ketahui info tentang Abdul Rahman Bin Auf, jutawan dermawan islam yang dikagumi sehingga hari ini.

1. Abdul Rahman Bin Auf atau nama asalnya Abdul Ka’abah dilahirkan 10 tahun selepas tahun gajah iaitu pada  tahun 580 Masihi. Beliau ada dari keturunan Arab Quraisy, sama seperti Rasulullah namun beliau tidak dilahirkan dalam keluarga yang beragama islam. Keluarga beliau menyembah berhala namun Allah kurniakan hidayah kepadanya untuk memeluk agama islam. Beliau tinggal di Kota Mekah, sama seperti Rasulullah.

2. Abdul Rahman Bin Auf adalah di antara 8 orang pertama yang memeluk agama islam diawal dakwah Rasulullah. Ibunya sangat marah apabila mengetahui bahawa Abdul Rahman Bin Auf telah meninggalkan agama mereka dan memeluk agama islam lalu berkata:

 “Aku akan berjemur di panas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu malam yang sejuk. Aku akan bermalam di ruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu.

Namun beliau tetap dengan agama barunya yang benar. Namanya bertukar kepada Abdul Rahman setelah memeluk agama islam dan kekal dengan nama tersebut sehingga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan islam.

3. Setelah memeluk agama islam, Abdul Rahman Bin Aud juga tidak terlepas daripada siksaan dan tohmahan masyarakat Kota Mekah. Malah hidup mereka yang memeluk agama islam juga sangat terancam kerana sentiasa menerima ugutan. Maka akhirnya mereka mengikut Rasulullah berhijrah ke negeri Syam, iaitu sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya tanpa mengira agama.

4. Abdul Rahman Bin Auf adalah seorang peniaga yang hebat. Kebijaksaan beliau dalam berniaga menyebabkan beliau mempunyai kekayaan yang melimpah-ruah termasuklah:

  • 100 ekor kuda
  • 100 ekor unta
  • 10,000
  • Semasa beliau meninggal dunia, satu per empat daripada hartanya adalah berjumlah 84 ribu dinar

5. Abdul Rahman sangat rapat dengan Rasulullah dan sentiasa ada bersama baginda dalam menjalankan dakwah dengan menyebarkan syiar islam. Beliau sentiasa ada di sini Rasulullah dalam medan perang dan tidak pernah lokek untuk membelanjakan hartanya di atas nama islam. Di antara pengorbanan dan sumbangan yang telah dilakukan ialah:

  • Membahagikan kekayaannya kepada dua bahagian. Sebahagian daripadanya disedekahkan kepada fakir miskin.
  • Menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan tentenra islam yang berjuang demi menegakkan syiar islam
  • Pernah memberikan 40 ribu dinar dalam satu sumbangan
  • Membiayai peperangan dengan menyediakan 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya, pakaian, makanan untuk tentera, dan membawa konvoi bekalan yang diangkut oleh 500 unta miliknya
Sumber: SerantauMuslim

6. Terdapat pelbagai pengiktirafan yang diberikan kepada beliau semasa hidupnya. Rasulullah pernah bersabda, “Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan ”. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu’minin dalam melakukan ibadah haji di bawah lindungan beliau.”

7. Malah selepas kewafatan Rasulullah, di mana khalifah menjadi ketua penduduk islam, Abdul Rahman Bin Auf terus membelanjakan hartanya untuk islam. Di antara pengiktirafan yang diperolehi ialah:

  • Semasa pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah dilantik untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah.
  • Sebelum Khalifah Umar Al Khattab wafat, beliau telah mewasiatkan supaya Abdul Rahman Bin Auf dilantik sebagai salah seorang  ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikannya.

8. Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di mana Aisyah yang sedang berada di rumah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang menggoncangkan Kota Madinah. Apabila disiasat, rupanya bunyi tersebut ialah bunyi kabilah dagangan Abdul Rahman Bin Auf yang baru tiba dari Syam bersama 700 ekor unta. Kemudian Aisyah berkata: “Adapun aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku melihat ‘Abdurrahman bin ‘Auf memasuki syurga dengan merangkak.”

Ayat yang disebut oleh Aisyah sampai ke pengetahuan Abdul Rahman Bin Auf lalu beliau pergi bertemu Aisyah untuk mendapatkan pengesahan. Setelah disahkan oleh Aisyah, Lalu Abdul Rahman Bin Auf berkata:  “Sesungguhnya kupersaksikan kepadamu, bahawa semua unta ini beserta beban yang dibawanya, juga semua pelana dan barang-barangnya, aku berikan untuk perjuangan di jalan Allah.”

9. Abdul Rahman Bin Auf juga pernah berkata, “Seandainya aku mampu, nescaya aku akan masuk syurga dengan berjalan,” lalu dia pun memberikan semua unta beserta pelana-pelana dan muatannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan itu sebanyak tujuh ratus ekor unta yang suaranya mengguncangkan Madinah.

10. Abdul Rahman Bin Auf meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah semasa berumur 75 tahun. Sebelum meninggal dunia, beliau telah ditawarkan oleh Aisyah untuk dikuburkan di sisi Rasulullah, Abu Bakar dan Umar namun beliau menolak kerana rasa tidak layak. Beliau minta untuk dikuburkan di sisi Uthman Bin Mazh’un. Setelah meninggal dunia, jenazahnya telah dikebumikan di Baqi.

Sumber: Kuala Lumpur Viral

Itulah dia info tentang  jutawan dermawan Islam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang pengasas Sendayu Tinggi dan kisah jutawan Malaysia.

Rujukan:

1. Facebook

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.