Abdul Rahman bin Auf adalah seorang seorang sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah. Beliau adalah saudagar kaya bergama islam yang dijamin syurga oleh Allah.
Menurut catatan sejarah, beliau ialah di antara sahabat Rasulullah yang paling kaya dan tidak kisah untuk membelanjakan harta kekayaannya untuk islam. Ketahui info tentang Abdul Rahman Bin Auf, jutawan dermawan islam yang dikagumi sehingga hari ini.
1. Abdul Rahman Bin Auf atau nama asalnya Abdul Ka’abah dilahirkan 10 tahun selepas tahun gajah iaitu pada tahun 580 Masihi. Beliau ada dari keturunan Arab Quraisy, sama seperti Rasulullah namun beliau tidak dilahirkan dalam keluarga yang beragama islam. Keluarga beliau menyembah berhala namun Allah kurniakan hidayah kepadanya untuk memeluk agama islam. Beliau tinggal di Kota Mekah, sama seperti Rasulullah.
2. Abdul Rahman Bin Auf adalah di antara 8 orang pertama yang memeluk agama islam diawal dakwah Rasulullah. Ibunya sangat marah apabila mengetahui bahawa Abdul Rahman Bin Auf telah meninggalkan agama mereka dan memeluk agama islam lalu berkata:
“Aku akan berjemur di panas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu malam yang sejuk. Aku akan bermalam di ruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu.
Namun beliau tetap dengan agama barunya yang benar. Namanya bertukar kepada Abdul Rahman setelah memeluk agama islam dan kekal dengan nama tersebut sehingga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan islam.
3. Setelah memeluk agama islam, Abdul Rahman Bin Aud juga tidak terlepas daripada siksaan dan tohmahan masyarakat Kota Mekah. Malah hidup mereka yang memeluk agama islam juga sangat terancam kerana sentiasa menerima ugutan. Maka akhirnya mereka mengikut Rasulullah berhijrah ke negeri Syam, iaitu sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya tanpa mengira agama.
4. Abdul Rahman Bin Auf adalah seorang peniaga yang hebat. Kebijaksaan beliau dalam berniaga menyebabkan beliau mempunyai kekayaan yang melimpah-ruah termasuklah:
5. Abdul Rahman sangat rapat dengan Rasulullah dan sentiasa ada bersama baginda dalam menjalankan dakwah dengan menyebarkan syiar islam. Beliau sentiasa ada di sini Rasulullah dalam medan perang dan tidak pernah lokek untuk membelanjakan hartanya di atas nama islam. Di antara pengorbanan dan sumbangan yang telah dilakukan ialah:
6. Terdapat pelbagai pengiktirafan yang diberikan kepada beliau semasa hidupnya. Rasulullah pernah bersabda, “Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan ”. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu’minin dalam melakukan ibadah haji di bawah lindungan beliau.”
7. Malah selepas kewafatan Rasulullah, di mana khalifah menjadi ketua penduduk islam, Abdul Rahman Bin Auf terus membelanjakan hartanya untuk islam. Di antara pengiktirafan yang diperolehi ialah:
8. Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di mana Aisyah yang sedang berada di rumah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang menggoncangkan Kota Madinah. Apabila disiasat, rupanya bunyi tersebut ialah bunyi kabilah dagangan Abdul Rahman Bin Auf yang baru tiba dari Syam bersama 700 ekor unta. Kemudian Aisyah berkata: “Adapun aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku melihat ‘Abdurrahman bin ‘Auf memasuki syurga dengan merangkak.”
Ayat yang disebut oleh Aisyah sampai ke pengetahuan Abdul Rahman Bin Auf lalu beliau pergi bertemu Aisyah untuk mendapatkan pengesahan. Setelah disahkan oleh Aisyah, Lalu Abdul Rahman Bin Auf berkata: “Sesungguhnya kupersaksikan kepadamu, bahawa semua unta ini beserta beban yang dibawanya, juga semua pelana dan barang-barangnya, aku berikan untuk perjuangan di jalan Allah.”
9. Abdul Rahman Bin Auf juga pernah berkata, “Seandainya aku mampu, nescaya aku akan masuk syurga dengan berjalan,” lalu dia pun memberikan semua unta beserta pelana-pelana dan muatannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan itu sebanyak tujuh ratus ekor unta yang suaranya mengguncangkan Madinah.
10. Abdul Rahman Bin Auf meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah semasa berumur 75 tahun. Sebelum meninggal dunia, beliau telah ditawarkan oleh Aisyah untuk dikuburkan di sisi Rasulullah, Abu Bakar dan Umar namun beliau menolak kerana rasa tidak layak. Beliau minta untuk dikuburkan di sisi Uthman Bin Mazh’un. Setelah meninggal dunia, jenazahnya telah dikebumikan di Baqi.
Itulah dia info tentang jutawan dermawan Islam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang pengasas Sendayu Tinggi dan kisah jutawan Malaysia.
1. Facebook