Untuk mencapai tahap kewangan yang baik dalam hidup memerlukan usaha dan juga perjuangan dan setiap perjuangan perlukan pengorbanan. Kalau anda tengok orang yang sudah berjaya, anda juga perlu tahu apa yang mereka sudah buat untuk mencapai tahap itu.

Hasil kejayaan tidaklah datang bergolek ataupun turun daripada langit umpama titisan hujan. Dengan keringat, usaha dan pengorbanan akan hasilkan satu kejayaan yang hakiki.

Antara 7 Usaha Yang Anda Boleh Buat Untuk Baiki Ekonomi Kewangan Anda

7 usaha membaiki kewangan

Imej via Facebook

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Tanamkan Niat

Percaya dan yakin pada diri sendiri yang anda boleh lakukan. Kalau bukan anda yang membaiki kewangan anda, siapa lagi? Takkan anda suruh jiran pulak tolong baiki kewangan.

2. Tuliskan Matlamat & Pelan Tindakan

Tulis matlamat dengan jelas, pelan tindakan, game plan dan perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut. Dapatkan bantuan daripada seseorang yang boleh guide anda. Contohnya :

  • Nak ada RM17K dalam masa dua tahun.
  • Nak langsaikan PTPTN dalam masa enam tahun.
  • Nak ada deposit rumah RM15K.
  • Nak hapuskan hutang peribadi.
  • Nak beli rumah.

3. Berusaha & Bertindak

Teruskan berusaha secara konsisten ke arah matlamat anda. Jangan hangat-hangat tahi ayam saja. Dalam berusaha, mesti banyak yang anda perlu korbankan, tidak mengapa. Ia berbaloi jika dapat mengubah nasib masa depan anda. Ada idea tapi tak bertindak, tak guna juga. Langkah seribu batu bermula dengan langkah pertama, kan?

4. Monitor Perkembangan

Pantau perkembangan pelan tindakan anda. Contohnya matlamat anda ingin ada deposit rumah RM15K dalam tiga tahun, maka tahun pertama anda sepatutnya sudah ada RM 5K. Kalau belum ada, menangislah dibawah shower sorang-sorang.

5. Baiki Mana Yang Kurang

Nama lagi pelan tindakan dan perancangan. Mesti ada kekangan dan halangan semasa. Jadi, anda jangan jadi macam pembaris. Ubah sikit mengikut kesesuaian ekonomi semasa anda. Tapi jangan tersasar daripada matlamat asal.

6. Berdoa & Bersedekah

Berdoa kepada Tuhan supaya dipermudahkan segala urusan. Selalu berdoa murah rezeki tapi asyik mengumpat, kedekut, bersedekah pun tak molek juga. Tidak akan jatuh miskin orang yang rajin bersedekah. Seimbangkan dunia dan akhirat. Pasti hidup anda aman.

7. Cari & Tambah Ilmu

Ilmu itu penyuluh hidup. Biar pakai baju lama tapi beli buku baru setiap tahun, dapat update ilmu. Jangan jadi macam orang bagi ilmu free pun malas baca. Apatah lagi melabur sedikit untuk beli buku ilmiah. Majalah artis menggelupur pulak beli.

***

Hiduplah di atas bumi yang nyata. Bangunlah daripada lena yang panjang. Dunia ini tidak kejam tapi anda yang kejam dengan dunia anda sendiri.

Masa muda mahu enjoy. Pergi travel sana sini, beli kereta import mewah mahal-mahal bagai ataupun buat hutang jahat. Nanti sudah masuk umur 30 tahun barulah kenal erti penyesalan.

Lepas itu mula salahkan kerajaan inflasi tinggi lah, mata wang Malaysia rendah lah, harga rumah mahal lah.

Jangan. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan orang lain takkan buat ekonomi kewangan keluarga anda kembali pulih. Berusahalah anak muda. Tangguhkan kehendak yang menggunung itu. Dan masa depan anda akan berterima kasih dengan pengorbanan anda sekarang ni.

 

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.