Lompat jauh adalah salah satu sukan balapan yang menjadi kegemaran rakyat  Malaysia. Malah sukan ini diperkenalkan kepada kita sejak sekolah rendah lagi. Setiap tahun pastinya acara lompat jauh menjadi salah satu acara wajib dalam temasya sukan sekolah. Lompat jauh nampak macam mudah namun ianya tak semudah yang kita sangka. Jom kami kongsikan tips dan teknik lompat jauh yang boleh anda cuba.

1. Periksa kawasan lompatan

Sumber: Wikipedia

Sebelum membuat lompatan, ambil masa untuk memeriksa kawasan lompatan yang pastinya akan mempengaruhi kualiti lompatan anda. Di antara perkara penting untuk anda perhatikan ialah seperti berikut:

  • Posisi papan lompatan.
  • Lebar trek.
  • Bahan pembentuk trek yang digunakan.

2. Kenal pasti kaki dominan

Semestinya anda selaku seorang atlit sukan lompat jauh sudah mengetahui kaki yang mana adalah dominan. Pastikan larian anda adalah tepat dengan irama dan kaki dominan adalah kaki yang melangkah ke hadapan semasa melakukan lompatan. Kaki dominan akan membuatkan jarak lompatan anda semakin jauh.

 3. Kira langkah anda

Selain mengenal pasti kaki dominan, adalah sangat penting untuk anda mengira langkah yang diambil semasa berlari. Pastinya anda sudah mengetahui berapa langkah yang perlu anda ambil semasa berlari untuk sampai ke papan lompatan. Oleh itu, kira langkah anda semasa berlari. Pastikan kaki dominan anda berada di tengah-tengah papan lompatan semasa melakukan lompatan.

4. Berlari dengan laju

Semasa melakukan larian, berlarilah dengan laju. Gunakan segala tenaga yang ada untuk melakukan larian. Larian yang laju akan memberikan momentum yang kuat semasa anda melonjakkan badan membuat lompatan lalu memberikan jarak lompatan yang jauh.

5. Melompat dalam keadaan mendada

Sumber: Teenjumpers

Ini adalah di antara tips dan teknik yang penting bagi seorang atlit lompat jauh. Semasa melakukan lompatan, pastikan anda berada dalam keadaan mendada sambil kepala mendongak ke langit dan kedua-dua tangan berada di belakang tubuh badan. Teknik ini akan membantu tubuh anda untuk pergi lebih jauh semasa membuat lompatan.

6.  Jangan melihat papan lompatan

Semasa anda berlari, elakkan daripada terlalu fokus atau melihat papan lompatan. Ini kerana ia akan mengganggu ritma larian anda. Malah fokus anda untuk melakukan lompatan yang jauh juga akan terganggu kerana terlalu tertumpu kepada papan lompatan. Apa yang perlu anda lakukan ialah kira langkah dan lompatlah tanpa terlalu mengambil berat tentang papan lompatan. Tidak mengapa jika anda melompat sebelum papan lompatan. Apa yang penting, anda fokus semasa berlari dan melompat.

7. Lemparkan berat badan ke hadapan semasa mendarat

Fokus utama dalam sukan lompat jauh ialah untuk mendapatkan jarak lompatan yang paling jauh. Untuk mendapatkannya, anda perlu lemparkan berat badan anda ke hadapan semasa melakukan pendaratan. Gunakan semua momentum yang anda.

8. Mendarat dengan kedua kaki dan tangan di hadapan badan

Dalam sukan lompat jauh, jarak lompatan akan dikira pada titik pendaratan paling belakang. Oleh itu pastikan anda tidak jatuh ke belakang. Berlatihlah bersungguh-sungguh agar anda mendarat dengan keadaan kedua tangan dan kaki berada di hadapan badan, atau berada di sisi badan. Bukannya di belakang.

9. Fokus kepada larian dan lompatan

Adalah sangat penting untuk anda memberikan 100% fokus kepada larian dan lompatan yang akan dilakukan. Ajar diri untuk pandai menghilangkan keadaan di sekeliling yang boleh menganggu konsentrasi anda. Sekiranya lompatan sebelumnya tidak begitu baik, lupakan sahaja. Lakukan yang terbaik untuk lompatan yang akan dilakukan sekarang. Sekiranya peserta sebelum anda menunjukkan prestasi yang sangat baik, jangan jadikan ia sebagai penyebab untuk merendahkan semangat anda.

10. Gunakan spike

Penggunaan spike akan membantu kaki anda mendapat cengkaman yang lebih semasa berlari di atas trek. Ia juga membantu kaki anda supaya tidak tergelincir semasa berada di atas papan lompatan. Malah pemakaian spike juga membantu anda untuk mendarat dengan lebih baik kerana cengkaman yang diberikan. Lebih mahal dan bertoknologi tinggi spike yang anda gunakan, ia adalah lebih baik dan akan membantu anda mendapat lompatan yang jauh.

Tips penting untuk anda

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda amalkan semasa acara lompat jauh:

  • Pastikan mata anda tidak memandang ke bawah semasa melakukan lompatan. Pandanglah ke atas. Apabila anda memandang ke atas, anda akan melakukan lompatan ke atas. Manakala jika anda memandang ke bawah, anda akan melakukan lompatan ke bawah dan tidak akan mendapat jarak lompatan yang jauh.
  • Semakin kerap anda berlatih, semakin baik kualiti lompatan anda. Namun pastikan anda tidak membuat lebih daripada 10 lompatan dalam satu sesi.
  • Jangan sesekali mendarat dengan menggunakan kedua-dua kaki. Ini akan menyebabkan kaki anda mengalami kecederaan dan mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih. Akibatnya, anda mungkin tidak dapat menyertai pertandingan yang penting. Atau ia juga boleh menjejaskan prestasi anda semasa melakukan lompatan semasa pertandingan.
  • Tingkatkan stamina agar anda mampu untuk berlari dengan laju. Larian yang laju akan memberikan momentum yang lebih semasa melakukan lompatan.
  • Pastikan anda mendapat makan dan rehat yang secukupnya sebelum pertandingan.
Sumber: Mykhel

Itulah dia info  tentang tips dan teknik lompat jauh yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang sumbangan Dato Lee Chong Wei

Rujukan:

1. Wikihow

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.