Berikut adalah gambar wang kertas Malaysia dari siri 1 hingga siri 12.
Wang kertas siri pertama versi pengumpul bersamaan dengan siri pertama versi BNM dengan reka bentuk dan corak sama..
Siri pertama memilliki 6 denominasi wang kertas iaitu $1, $5, $10, $50, $100, & $1000.
Denominasi $1, $5, $10, $50 dan $100. Telah merasmikan siri wang kertas Malaysia dengan mencipta sejarah sebagai mata wang kertas pertama.Memasuki edaran pada 12hb Jan 1967.
$1000 pula menembusi edaran pada tahun 2 Sep 1968. Secara rasmi menjadi denominasi dengan nilai muka terbesar siri keluaran BNM.
Wang kertas siri pertama tidak memiliki tema khas atau khusus. Siri ini bermotifkan lebih kepada corak geomatrik. Hanya denominasi $1000 memiliki bangunan Parlimen pada muka belakang seiringan dengan motif duit syiling siri pertama iaitu Bangunan Parlimen.
Wang kertas siri kedua bersamaan dengan siri pertama versi dengan reka bentuk dan corak sama.
Malaysia telah mula menggunakan ejaan baru pada Bahasa Malaysia pada tahun 1972. Ianya telah menjurus sehingga menukar dua perkataan pada wang kertas pada 16 Ogos 1972. Dua perkataan yang terlah ditukar ejaannya adalah seperti berikut:
DI-PERLAKUKAN telah diubah ke DIPERLAKUKAN
GABENOR telah ditukar kepada ke GABENUR
Siri kedua memilliki 6 denominasi wang kertas iaitu $1, $5, $10, $50, $100, & $1000
Denominasi $1, $5, $10, $50 dan $100 siri kedua dengan ejaan baru diedarkan pada tahun 1972
Wang kertas siri ketiga sama dengan siri pertama dengan reka bentuk dan corak sama. Tetapi sedikit perubahan pada bahagian depan di bawah sudut kiri.
Di mana ciri keselamatan tambahan iaitu imej terpendam diselitkan agar wang kertas tidak mudah dipalsukan. Jika diperhatikan betul-betul, kita mampu melihat nilai denominasi berbentuk nombor akan kelihatan.
Siri ketiga memilliki 6 denominasi wang kertas iaitu $1, $5, $10, $50, $100, & $1000 mula diedarkan pada tahun 1976
Hanya satu sahaja perkara yang membezakan siri keempat dengan siri sebelumnya iaitu tangan tangan gabenor baru. Siri keempat adalah siri pertama bagi gabenor Tan Sri Abdul Aziz bin Taha.Siri ini juga adalah yang mengakhiri corak dan reka bentuk bermotifkan geomatrik.
Siri keempat hanya memilliki 5 denominasi wang kertas iaitu $1, $5, $10, $50, & $100 dan mula diedarkan pada tahun 1981.
Wang kertas siri 5 dengan reka bentuk dan corak 100% baru berbanding siri sebelumnya. Banyak perubahan dan tambahan ciri keselamatan diperkenalkan di dalam siri baru ini.
Siri ke 5 memilliki 8 denominasi berbeza iaitu $1, $5, $10, $20, $50, $100, $500, $1000. Di mana buat kali pertama denominasi $20 dan $500 diperkelankan bagi wang kertas edaran. Dan ciri keselamatan kesan kalimantang (Flurocent Effect) dimasukan ke dalam wang kertas Malaysia.
Denominasi $20 dan $500 merasmikan siri 5 dengan mula menembusi edaran pada 1hb September 1982. Seterusnya denominasi $10, $50 dan $100 pada tahun 1983 dan diikuti dengan denominasi $1, $5 dan $1000 pada tahun 1984.
Siri ini memiliki tanda benjol (blind mark) bagi orang cacat pengelihatan. Ciri keselamatan tambahan dengan mengunakan Kesan Kalimantang (Flurocent Effect). Siri ini adalah siri pertama menggunakan nombor siri 7 digit berbanding hanya 6 digit pada siri-siri sebelumnya.
Wang kertas siri 6 dengan reka bentuk dan corak sama seperti siri 5 dengan dan memiliki beberapa perubahan kecil.
Siri ini memilliki 8 denominasi berbeza sama seperti siri sebelumnya iaitu $1, $5, $10, $20, $50, $100, $500, $1000 dan mula diedarkan pada tahun 1986
Siri 6 adalah wang kertas pertama yang memiliki nombor siri menegak dan berwarna merah
Wang kertas Malaysia siri 7 versi pengumpul bersamaan dengan siri kedua versi BNM dengan menyambung reka bentuk dan corak sama seperti siri sebelumnya dan memiliki perbezaan hanya pada tanda tangan gabenor sahaja.
Siri ini memilliki 6 denominasi iaitu $5, $10, $50, $100, $500, $1000. Siri ini tidak memiliki denominasi $1 dan $20 berbanding siri sebelumnya.
Siri ini tidak memiliki wang kertas $1 kerana denominasi $1 dikeluarkan di dalam bentuk duit syiling sejak tahun 1989. Jadi medium penukaran wang kecil tertumpu pada duit syiling $1 dan wang kertas $1 siri sebelumya.
Denominasi $5, $10, $50, $100, $500 mula diedarkan pada tahun 1995 dan $1000 pula diedarkan pada tahun 1996.
Siri ini merupakan siri pertama yang tidak memiliki denominasi $1 dan siri terakhir yang memiliki denominasi $500 dan $1000.
Wang kertas siri 8 dengan reka bentuk, corak, tema dan motif 100% baru dan berbeza berbanding siri sebelumnya.
Perbezaan yang paling ketara adalah siri ini merupakan siri pertama yang merasmikan mata wang Malaysia dengan memiliki identiti RM (Ringgit Malaysia) setelah 31 tahun Malaysia menggunakan simbol dollar $.
Selain dari itu siri ini diselitkan dengan banyak ciri-ciri keselamatan. Mengikut perkembangan teknologi semasa dan seiring dengan kemajuan canggih agar tidak mudah untuk dipalsukan.
Siri ini memilliki hanya 4 denominasi iaitu RM2, RM10, RM50 dan RM100. Siri ini tidak memiliki denominasi RM5, RM500 dan RM1000 berbanding siri sebelumnya.
RM2 merasmikan siri ini dengan memasuki edaran pada 5 Februari 1996 dan diikuti oleh RM10 pada tahun 1997. Seterusnya RM50 dan RM100 secara berperingkat pada tahun 1998.
Wang kertas siri 9 dengan reka bentuk corak, tema dan motif 100% sama berbanding siri sebelumnya. Satu-satunya perbezaan pada siri ini berbanding siri sebelumnya adalah tanda tangan gabenor sahaja.
Siri ini menggunakan simbol identiti RM (Ringgit Malaysia). Semua ciri keselamatan pada siri ini sama seperti siri sebelumnya.
Satu-satunya perbezaan pada siri 10 berbanding siri 9 adalah lokasi tanda tangan gabenor iaitu di bawah bahagian tengah berbanding di tepi sebelah kanan pada siri sebelumnya .
Sama dengan siri sebelum ini. Siri ini juga merupakan siri pertama yang memperkenalkan wang polimer untuk edaran umum.
Dengan reka bentuk corak, tema dan motif 100% baru berbanding siri sebelumnya.
Siri ini menggunakan simbol identiti RM (Ringgit Malaysia).
Ianya memilliki 6 denominasi iaitu RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, dan RM100. Denominasi RM20 diperkenalkan semula di dalam siri ini sebagai nilai pertengahan bagi menampung dan memudahkan urusan pembayaran.
Siri “Keunikan Malaysia” ini dilancarkan pada 22 Disember 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Kesemua denominasi siri baru ini telah diedarkan serentak pada 16 Julai 2012.
Sumber dan Kredit Gambar : Numiscat