Bila dah cecah umur 30 ni, rasa tertekan sangat kalau tak ada simpanan wang yang banyak. Pernah rasa macam tu?
Ramai yang berada dalam situasi ini, dan jangan risau, anda bukan seorang sahaja. Jika anda umur 30 tiada simpanan, ini adalah masa untuk anda mula ambil tindakan serius.
Walaupun ia mungkin terasa terlambat, tetapi masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan kewangan anda. Jom ikuti langkah yang boleh membantu anda memulakan perjalanan simpanan pada usia 30-an.
Langkah pertama adalah untuk menilai kewangan semasa anda. Ketahui dengan jelas di mana anda berada. Tanyakan pada diri sendiri beberapa soalan berikut:
Dengan memahami keadaan kewangan semasa, anda boleh mengenal pasti punca masalah dan memulakan langkah perbaikan yang sesuai. Jika tak ada apa-apa simpanan, ini masanya untuk anda buat duit gila-gila. Anda harus tekad sehabis-habisnya!
Apabila umur sudah mencecah 30-an, lebih penting daripada sebelumnya untuk merancang perbelanjaan dengan teliti. Dengan adanya belanjawan, anda dapat melihat dengan jelas ke mana wang anda pergi setiap bulan.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:
Dengan belanjawan yang baik, anda akan lebih mudah untuk mengurus kewangan dan mula menabung. Jadikan belanjawan bulanan itu sebagai pembakar semangat untuk anda terus urus kewangan dan buat duit tabungan yang banyak.
Sekiranya anda belum mempunyai simpanan, ini adalah masa untuk mula menabung walaupun sedikit. Banyak orang terperangkap dengan pemikiran bahawa mereka perlu menyimpan sejumlah wang yang besar untuk memulakan.
Sebenarnya, simpan sedikit setiap bulan lebih baik daripada tidak menyimpan langsung. Anda boleh bermula seperti berikut.
Hutang adalah salah satu punca utama mengapa ramai orang tidak mempunyai simpanan pada usia 30-an. Jika anda mempunyai hutang kad kredit, pinjaman peribadi, atau hutang lain, segerakan usaha untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Dengan mengurangkan hutang, anda akan mempunyai lebih banyak wang untuk disalurkan ke dalam simpanan.
Jika anda ingin mempercepatkan simpanan, salah satu cara terbaik adalah dengan mencari pendapatan tambahan. Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai peluang untuk menjana wang sampingan, seperti:
Pendapatan tambahan ini boleh membantu anda menambah simpanan dengan lebih cepat. Zaman sekarang, anda juga boleh buat affiliate tiktok untuk tambah pendapatan. Ia juga boleh jadi pasif income suatu hari nanti jika anda tahu caranya.
Jika anda sudah mula menabung, langkah seterusnya adalah untuk mula melabur. Pelaburan membolehkan wang anda berkembang dengan lebih cepat berbanding simpanan biasa di bank.
Pelaburan adalah langkah penting untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang, seperti persaraan yang selesa. Umur 30 ini adalah masa yang sangat penting untuk anda mula melabur.
Jangan lupa untuk semak matlamat kewangan anda secara berkala. Setiap beberapa bulan, tinjau semula kewangan anda dan lihat jika anda berjaya mencapai sasaran simpanan.
Adakah ada perbelanjaan yang perlu dikurangkan? Atau mungkin pendapatan anda meningkat dan anda boleh meningkatkan jumlah simpanan bulanan?
Dengan menilai semula matlamat dan situasi kewangan anda, anda dapat membuat penyesuaian yang diperlukan dan terus berada di landasan yang betul.
Akhir kata,
Jika anda berada dalam situasi umur 30 tiada simpanan, jangan panik. Anda masih boleh memulakan perubahan yang besar dalam kewangan peribadi dengan langkah-langkah yang bijak dan disiplin.
Mulakan dengan mengenal pasti masalah kewangan, membuat belanjawan, menabung sedikit demi sedikit, mengurangkan hutang, dan mencari pendapatan tambahan.
Jangan lupa untuk melabur dan sentiasa menilai semula matlamat kewangan anda. Ingat, yang penting adalah bertindak sekarang. Umur 30-an adalah usia yang masih belum terlewat untuk anda usahakan.
Jom baca juga artikel ini:
Beli kereta atau rumah? Mana satu dulu
Cara kurangkan hutang dan komitmen bulanan
Senarai penyakit boleh claim SOCSO