Jepun adalah sebuah negara yang sangat menarik untuk dikunjungi kerana ia kaya dengan kesenian, budaya dan cirri-ciri tradisional namun dalam masa yang sama adalah sebuah negara yang sangat moden. Jika anda berpeluang untuk melancong ke luar negara, pastinya Jepun menjadi salah satu destinasi pilihan. Hari ini kami nak berkongsi 10 tips dan panduan travel ke jepun kena tahu.

Sumber: Wanisukarno

1. Tiket penerbangan yang mahal, maka anda perlu pandai memilih tiket yang murah

Tiket penerbangan ke Jepun tidak murah. Ianya sangat mahal malah boleh dikatakan bahawa separuh daripada kos percutian anda akan habis untuk membayar tiket kapal terbang. Oleh itu pastikan anda survey dulu harga tiket penerbangan dari Malaysia ke Jepun. Lihat syarikat penerbangan yang menawarkan harga murah dan penting juga untuk anda melihat hari di mana harga tiket adalah jauh lebih murah daripada hari biasa.

Anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan penerbangan Air Asia X yang sangat dekat dihati kita rakyat Malaysia. Atau anda mungkin boleh mencuba penerbangan lain yang agak asing bagi kita iaiatu Scoot Flight. Berikut adalah beberapa tips untuk mendapatkan tiket penerbangan murah ke Jepun:

  • Buat tempahan melalui laman web perlancongan yang menyediakan promosi seperti Traveloka
  •  Lakukan carian tiket kapal terbang pada waktu tengah malam dan bukan waktu peak-hour di mana ramai yang sedang mencari tiket kapal terbang
  • Lakukan carian tiket kapal terbang dengan kerap sehingga anda biasa dengan harga penerbangan dari Malaysia ke Jepun, dan anda akan perasan jika menjumpai harga tiket yang murah atau jika ada sebarang promosi
  • Tempah tiket kapal terbang seawall 6 bulan untuk mendapat harga yang lebih murah

2. Bagaimana untuk memilih penginapan di Jepun?

Terdapat banyak pilihan penginapan di Jepun seperti:

  • Hotel dari 1 hingga 5 bintang
  • Hotel kapsul
  • Dorm
  • Guest house

Yang mana satu untuk dipilih adalah bergantung kepada bajet anda. Jika anda melancong ke Jepun seorang diri atau berdua sahaja, kami cadangkan anda untuk menginap di hotel kapsul untuk mendapat pengalaman yang baru. Jika anda melancong bersama keluarga, hotel atau dorm adalah pilihan yang lebih baik. Jika anda melancong dalam kumpulan yang besar, guest house adalah pilihan yang lebih sesuai dan apa yang istimewa, anda boleh memasak di dapur yang disediakan untuk mengurangkan kos. Dah boleh berjimat.

3. Penggunaan Plug 2 Pin Leper Menegak Dan Power Voltage 100 V

Negara Jepun menggunakanplug 2 pin berbentuk leper menegak dengan power voltage 100V. Ia adalah berbeza dengan soket yang digunakan di Malaysia. Oleh itu pastikan anda membawa plug converter ataupun universal adapter semasa bercuti di sana.

4. Makanan Halal di Jepun

Makanan halal di Jepun adalah mudah untuk dijumpai. Maka anda tidak perlu risau. Di sana terdapat banyak 7 Eleven, Family Mart dan convenient store yang menjual makanan Jepun yang seakan sama yang dijual di Malaysia. Dan apa yang paling penting ianya adalah halal. Bonus, ia dijual dengan harga yang murah dengan pilihan yang banyak serta mengenyangkan.

Jika anda memilih untuk makan di restoran halal, harganya agak mahal dan boleh mencecah RM80 untuk seorang. Kalau anda tinggal di guest house, kami cadangkan anda masak sahaja di dapur yang disediakan bagi menjimatkan wang.

5. Sediakan destinasi yang ingin dituju dalam bahasa Jepun

Pastinya anda tahu bahawa orang Jepun kebanyakannya tidak pandai bertutut dalam bahasa inggeris. Oleh itu bagi memudahkan percutian anda semasa di sana, kami cadangkan anda  cetak maklumat penting seperti nama hotel dan destinasi perlancongan dalam tulisan Jepun supaya mudah untuk anda tunjuk kepada penduduk Jepun sekiranya anda perlukan petunjuk arah.

Sumber: Timesofisrael

6. Pengangkutan di Jepun

Keretapi laju adalah pengangkutan utama di Jepun dan sistem keretapi laju di sana adalah sangat efisyen, Majoriti rakyat Jepun hanya menggunakan keretapi laju dan berjalan kaki sahaja untuk ke mana-mana. Oleh itu kami sarankan anda gunakan keretapi laju untuk bergerak dari satu dareah ke daerah yang lain. Anda boleh membeli Japan Rail Pass. Apa yang mnenarik, pass ini adalah tidak terhad. Ini bermakna anda boleh gunakan sekerap yang mungkin sepanjang berada di Jepun. Jika anda cuma bercuti dalam satu daerah sahaja, anda boleh membeli Pasmo yang berfungsi seakan-akan kad touch and go yang ada di Malaysia.

7. Jangan sesekali menggunakan perkhidmatan teksi semasa berada di Jepun

Ingin kami ingatkan anda agar jangan sesekali menggunakan perkhidmatan teksi semasa berada di Jepun kerana harganya sangat mahal. Jika anda tidak mahu menaiki keretapi laju, pilih untuk menggunakan perkhidmatan bas.

8. Sentiasa ingat budaya orang Jepun

Orang Jepun mempunyai budaya tersendiri yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, semasa menaiki eskalator anda perlu mengosongkan bahagian kiri agar terdapat ruang mereka yang ingin cepat. Serta elakkan daripada menjadi orang pertama masuk ke dalam lif atau anda akan menjadi penjaga lif di mana anda perlu tekan panel setiap tingkat.

9. Belajar serba-sedikit ayat lazim dalam bahasa jepun

Jika anda berpeluang, apa kata anda belajar beberapa ayat lazim dalam bahasa jepun seperti terima kasih, tandas, makanan, hotel, mesin ATM, stesen keretapi laju, dan sebagainya. Ianya pasti akan memudahkan  anda untuk berkomunikasi dengan rakyat di sana.

10. Jangan bagi tips

Semasa bercuti di Jepun, jangan sesekali memberikan tips. Ingat pesanan kami yang ini.

Sumber: Kkday

Itulah dia info  tentang 10 tips dan panduan travel ke jepun kena tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips travel solo dan kepentingan takaful perlancongan.

Rujukan:

1. Wanisukarno

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.