Bagi seorang newbie dalam pasaran saham pasti tertanya apa dia trader dan investor. Anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti sama ada anda dalam kategori investor atau trader. Jika nak tahu, kedua-duanya adalah sama.

Kedua-duanya merupakan pelabur saham dan yang pastinya kedua-duanya menjana keuntungan melalui pasaran saham. Bagi investor atau trader cara meraih keuntungan tetap sama. Iaitu melalui perbezaan harga yang terhasil selepas harga jualan menjadi lebih besar dari harga belian.

Secara umumnya, investor dan trader sebenarnya berbeza dari segi pendekatan masing-masing dalam bagaimana cara untuk meraih keuntungan dari pasaran saham.

Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk melabur dalam pasaran saham. Ia juga bergantung kepada banyak aspek.

trader dan investor

Imej via Pexel

Menurut tuan Faizal Yusup, salah satunya ialah jangkamasa pelaburan. Ada yang menggunakan kaedah “scalping” untuk menjana keuntungan dalam jangkamasa yang sangat pendek. Mereka ini merupakan day trader atau trader kontra yang menjalankan transaksi saham kontra dalam jangkamasa 3 hari. Namun ada juga trader yang jangkamasanya pelaburannya mungkin hingga 3 bulan dan ada juga trader atau investor yang jangkamasa pelaburannya ialah 3 bulan ke atas.

Jom kita lihat perbezaan antara trader dan investor walaupun dari satu segi kedua-duanya adalah sama.

Trader dan Investor. Apa Perbezaannya

Jangkamasa Pelaburan

Bagi seorang Trader jangkamasa pelaburan mereka pendek. Mereka hanya membeli saham untuk dijual mungkin pada hari yang sama mahupun dalam tempoh kontra iaitu 3 hari bekerja.Semua dengan harapan mereka dapat buat keuntungan atas angin.

Paling lama pun mereka menyimpannya untuk jangkamasa sehingga 3 bulan. Mereka tidak pedulikan fundamental syarikat dan akan menjual saham mereka walaupun fundamental syarikat masih elok.

Bagi seorang Investor pula jangkamasa pelaburan mereka lebih lama. Ia adalah 3 bulan ke atas. Ini kerana mereka selalunya menunggu sehingga penyata kewangan keluar iaitu setiap 3 bulan. Jadi dari penyata inilah mereka membuat keputusan sama ada untuk terus menyimpan saham tersebut atau menjualnya.

Kalau penyata kewangan itu menujukkan keuntungan yang baik maka ia menunjukkan yang syarikat itu bagus jadi mereka akan menyimpan saham-saham ini untuk satu jangkamasa yang lebih lama lagi. Mereka akan hanya menjual sekiranya mereka mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada fundamental syarikat. Mereka tidak pedulikan tentang pergerakan harga saham.

Risiko

Pelaburan saham memang ada risikonya. Dari sudut risiko pula, risikonya adalah lebih tinggi bagi seorang yang menggunakan strategi trader kalau dibandingkan dengan mereka yang menggunakan strategi investor. High risk high return kata orang namun demikian high risk high loss juga perlu kita letakkan dalam fikiran.

Trader dan investor juga berbeza dari segi risiko yang terpaksa dialami sebelum profit. Bagi trader pula, risikonya jauh lebih tinggi kerana apabila tempoh mereka memegang saham sangat singkat, risiko pelaburan kurang disebarkan dan menyebabkan risiko itu sendiri menjadi semakin tinggi. Oleh itu, trade lebih sesuai kepada mereka yang mempunyai risk appetite yang tinggi.

Andai anda ingin menjadi seorang trader, Tuan Faizal syorkan carilah ilmunya, belajar dari mentor yang betul. Dapatkan pengalaman, buat back testing beratus kali bagi mendapatkan setting yang betul untuk digunapakai. Ini kerana permainan ini bukan untuk newbie, beginner mahupun amatur kerana ia merupakan mainan trader-trader yang expert.

Bagi investor, risikonya jauh lebih rendah kerana apabila investor memegang saham mereka selama mungkin, risiko pelaburan akan disebarkan menjadi lebih rendah. Oleh itu, investing lebih sesuai kepada mereka yang mempunyai risk appetite yang rendah.

Strategi Pelaburan

Bagi trader, strategi kebiasaannya ialah buy high sell even higher. Mereka membeli dengan menggunakan analisa teknikal menggunakan carta dan selalunya membeli pada masa harga saham itu menunjukkan yang ia akan “breakout.”

Bagi Investor pula setelah membuat analisa asas, analisa kewangan dan pelbagai analisa yang lain akan saham yang akan dibeli, mereka akan sabar menanti bilamana harga saham itu jatuh. Mereka menggunakan kaedah buy low, sell high. Mereka ini selalunya mengunakan kaedah membeli at “support” iaitu bilamana harga saham yang ingin dibeli itu berada dalam keadaan oversold atau terlebih jual. Kaedah ini sebenarnya jauh lebih selamat dan bakal membawa keuntungan dalam jangkamasa panjang.

Instrumen

Kebiasaannya ramai dalam kalangan trader memilih instrument matawang dan pasaran hadapan kerana pergerakan harga 2 instrumen ini lebih volatile dan boleh melakukan transaksi 2 hala (buy & sell) untuk meraih keuntungan.

Sebaliknya semua investor memilih intrumen saham untuk melabur kerana pergerakan harganya yang tidak terlalu volatile dan informasi mengenai syarikat dijadikan sebagai rujukan untuk strategi dan transaksi boleh didapati dengan mudah.

Pendapatan

Seperti yang kita ketahui, dalam pelaburan saham pendapatan datang dari 2 cara. Capital appreciation iaitu jumlah keseluruhan modal anda akan meningkat setelah anda beroleh keuntungan. Satu lagi dividend income iaitu mengambil kesempatan menjana income hasil dari pembayaran dividen syarikat kepada anda. Ia seolah-olah anda mendapat bonus.

Capital appreciation jika anda melaburkan semula setiap keuntungan yang anda dapat, jumlah keseluruhan modal anda akan meningkat secara exponential akibat dari kesan compounding. Kedua-dua investor dan trader menikmati capital appreciation.

Di dalam dividend income, dividen pula akan dibayar pada masa-masa tertentu yang diumumkan syarikat. Oleh itu, jika anda pegang saham anda pada tempoh yang secukupnya, anda akan dapat dividen. Oleh kerana untuk memegang saham sehingga cukup tempoh pembayaran dividen seterusnya memerlukan anda untuk memegang saham selama mungkin, dividend income hanya boleh dinikmati oleh investor. Inilah kelebihan investor berbanding trader.

Mari kita lihat dari pendapatan pula. Investor kebiasaannya menikmati pulangan 20% ke atas dalam masa setahun. Trader pula mencapai pulangan 20% dalam masa sehari. Menarik bukan? Sebab itu ramai jadi trader kerana pulangan yang pantas dan tinggi.

Walaupun trader lebih baik berbanding investor pada jangka masa pendek. Namun, pada jangka masa panjang, investor lah yang seringkali menjadi jutawan.

Ini kerana risiko pelaburan yang lebih rendah. Investor juga boleh menikmati pendapatan melalui capital appreciation dan dividend income, berbanding trader hanya menikmati capital appreciation sahaja.

Kesimpulan

Anda boleh pilih sama ada mahu jadi trader atau pelabur atau keduanya sekali bergantung kepada ilmu yang ada beserta pengalaman anda sendiri. Jangan terburu-buru, jangan gopoh. Belajar semuanya dan fahamkan instrumen. Rajinkan membaca berita ekonomi, fahamkan istilah-istilah ekonomi dan kewangan untuk anda bermula.

Ramai yang suka terjun dalam bidang ini melihat pada untung namun terlupa datangnya keuntungan bersama risiko sebagai teman baik.

Rujukan

Empayar Saham

Bicara Pelaburan

Investor.my

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.