*Perlukah guna kelayakkan maksimum untuk pelaburan rumah?
Maklumlah, semakin banyak dipinjam, semakin tinggi potensi keuntungan yang dapat dibuat.
Artikel ini mungkin menjawab persoalan ini.
Kalau boleh, nak beli rumah tu janganlah guna sampai maksimum kelayakan. Lagi-lagi kalau rumah tu kau nak buat duduk sendiri.
Contoh mudah kita ambil kau yang bergaji RM3,000, bini surirumah sepenuh masa. Pakai kereta Myvi bayar ansuran RM500 sebulan.
Katakan kau minat gila kat satu bank ni. Dia punya maksimum Debt Service Ratio (DSR) yang dibenarkan adalah 60% daripada gaji kau.
RM3,000 x 60% = RM1,800. Senang kata, bank tu benarkan bayaran hutang bulanan kau dengan bank, maksimum RM1,800 saja.
RM500 dah pakai bayar Myvi tadi, jadi kita tolak siap-siaplah. Senang lepas ni fokus kira beli rumah pula. Tak sabar betul dah ni. Kahkah!
RM1,800 – RM500 = RM1,300.
Dengan RM1,300 kau boleh beli rumah dengan pembiayaan RM260,000 lebih kurang. Tenor selama 35 tahun dan bank profit sekitar 5.0%.
Kalau dah tau yang maksimum kau layak adalah RM260,000 elakkan beli rumah yang memerlukan pembiayaan sebanyak itu.
Carilah yang murah sikit lagi. Ala, cari yang perlu pembiayaan RM200,000 ke. Atau kalau dapat yang RM150,000 pun okay. Ikut kaulah.
Sebab utama, supaya bank lebih mudah nak luluskan. Ingat! Bukan semua bank benarkan maksimum DSR 60%. Yang 40% pun ada tau.
Lagi satu sebab adalah untuk kos sara hidup kau. Gaji RM3,000 tolak maksimum komitmen tetap RM1,800 baki dalam RM1,200 sahaja.
Dengan baki itulah kau guna untuk beli pampers anak, susu anak, bayar takaful lagi, isteri nak beranak lagi dan juga hal kecemasan.
Kena kira sendirilah. Saya tak kenal semua follower saya. Saya tak tahu berapa belanja kau setiap bulan. Jadi, tak dapat nak tolong kirakan.
Kau boleh beli rumah pakai maksimum kelayakan kalau kau dah bersedia serba serbi dan juga dah tahu apa kesannya kat kau.
Pertama, kau kena ada side income lain selain daripada gaji hakiki kau yang RM3,000. Bini kena tolong sekali cari side income.
Kedua, kau dah siap kira memang belanja bulanan kau tak banyak dan mampu hidup dengan baki gaji selepas tolak komitmen.
Ketiga, kau beli rumah tu untuk pelaburan dan ansuran akan dibayar oleh penyewa kau nanti. Tapi kau kena ada rezab tunai juga ya.
Beli rumah tu bagus, tapi kalau lepas kau beli rumah tu, hidup keluarga kau jadi huru hara, duit belanja tak cukup, sampai terpaksa pinjam duit kat kawan dan saudara, baik tak payah.
Lagi sadis, beli rumah beriya-riya. Tapi nak balik kampung jenguk mak bapak pun kedekut sebab takda duit. Lagi teruk dan sadis, nak call mak bapak pun tak nak sebab nak jimat topup.
Teruk sangat tu. Haha!