Tercari-cari tips mengurangkan stres semasa bekerja?
Bekerja terlalu keras kadangkala boleh mengakibatkan stres yang terlampau. Bila kita mula stres, ianya bukan sahaja merosotkan produktiviti semasa bekerja. Malah, kesihatan kita juga boleh terjejas.
Ketika stres mula menjengah, mulalah kita sakit kepala dan sakit dada dek kerana tertekan dengan bebanan kerja yang berlambak. Semangat untuk bekerja pun mula menurun, dan ini sangat merbahaya.
Untuk mengatasi stres, kita seharusnya mengenali faktor-faktor ianya berlaku terlebih dahulu. Barulah kita boleh menghindarkan diri daripada stres semasa bekerja. Jadi, berikut kami nyatakan faktor-faktornya:
Ada banyak punca yang menyebabkan seseorang individu itu stres di tempat kerja. Berikut kami nyatakan beberapa faktor yang menyebabkan stres kepada pekerja:
Berikut kami senaraikan 10 tips untuk mengurangkan stres semasa bekerja buat anda. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Jika tarikh luput tugasan yang perlu anda siapkan itu masih lambat, tidak perlu pun siapkan semuanya sekaligus. Ianya bukan sahaja akan membuat anda letih, malah stres pun merupakan antara akibatnya.
Mulakan dengan tugasan yang ringan, dan seterusnya diikuti dengan tugasan yang berat. Dari situ, anda dapat membahagikan tugasan-tugasan tersebut dan menyiapkannya dengan sempurna.
Bila anda membuat semua kerja sekaligus, ini akan memberikan impak yang negatif kepada produktiviti anda. Ianya juga akan mengganggu kecerdasan anda untuk berfikir. Jadi, siapkanlah sedikit demi sedikit.
Rehat merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan, tambahan pula jika anda seorang workaholic. Jika kita bekerja secara berterusan tanpa sebarang rehat, badan akan mula memberontak.
Maksud memberontak di sini ialah anda akan mula berasa lesu dan ini semestinya akan mengakibatkan prestasi bekerja anda merudum. Bukan itu sahaja, tahap produktiviti anda juga akan turut terganggu.
Oleh itu, jika anda waktu untuk berehat (misalnya semasa lunch hour), gunakan kesempatan ini untuk tidur sekejap atau makan. Namun, jangan rehat terlalu lama kerana itu pun akan membuatkan anda malas.
Setiap hubungan ada pasang surutnya. Baik persahabatan atau perkahwinan, pasti konflik akan wujud sesama individu. Bila berlakunya konflik, ini juga akan mengakibatkan seseorang individu stres semasa bekerja.
Misalnya, terdapat salah faham tentang tugasan yang dibahagikan oleh majikan antara anda dan rakan sekerja. Semestinya pihak sana akan bermasam muka dengan anda kerana salah faham tersebut.
Ini akan mengakibatkan anda tak senang duduk. Tenangkan diri, ketepikan ego dan kumpulkan keberanian untuk menyelesaikan konflik tersebut. Hasilnya? Stres berkurang, hubungan sesama rakan sekerja pun kembali baik!
Ada sesetengah individu stres kerana kerjanya terlalu mencabar. Namun, ada juga yang stres kerana pekerjaannya terlalu mudah untuk dilakukan. Selalunya, ianya terjadi kerana mereka terkurung dalam zon selesa.
Bila kita berada dalam keadaan yang terlalu selesa, susah untuk kita menjangka kemajuan dalam hidup kita. Bila tiada progres, mulalah ada rasa nak stres.
Jadi, cabarlah diri anda untuk melakukan tugasan kerja yang lebih mencabar. Usulkan permintaan tersebut kepada majikan, dan perhatikan perubahan dalam prestrasi anda. Prestasi meningkat, stres pun berkurang!
Dalam apa-apa perkara yang kita lakukan, pasti sistem sokongan merupakan antara aspek yang perlu kita titikberatkan. Sokongan daripada orang sekeliling semestinya akan meningkatkan semangat kita, bukan?
Jadi, kenalpasti sistem sokongan anda untuk anda terus bersemangat bekerja. Boleh jadi sistem sokongan anda ialah ibu bapa, rakan-rakan mahupun pasangan.
Kajian sendiri telah membuktikan yang sistem sokongan ini bukan sahaja mampu menghindarkan stres, malah kehidupan juga akan menjadi lebih bahagia dan berkualiti.
Gaya hidup kita juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Bukan sahaja mampu meninggalkan kesan kepada kehidupan bekerja, malah kehidupan sebenar pun turut akan terkesan.
Untuk itu, gaya hidup yang sihat seharusnya anda amalkan bagi mengelakkan stres bekerja. Misalnya, di luar waktu bekerja, cuba beriadah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Selain itu, gaya pemakanan anda juga harus dijaga. Jangan asyik minum kopi sahaja kerana kandungan kafein yang tinggi juga boleh memudaratkan. Snek buah-buahan juga boleh dinikmati sambil anda bekerja.
Dalam apa jua perkara yang dilakukan, perancangan waktu memainkan peranan yang amat penting. Salah timing boleh menyebabkan sesuatu tugasan itu tertangguh.
Bila ada banyak lambakan kerja yang ditangguh, stres mula akan menghantui kehidupan anda. Mulalah anda terbayangkan bebelan majikan kerana lambat menyiapkan kerja.
Oleh itu, rancang waktu untuk menyiapkan tugasan dengan baik. Bukan sahaja dapat mengelakkan stres semasa bekerja, malah bebanan kerja juga akan berkurang.
Umum mengetahui yang stres hanya akan mendatangkan padah dan bukan faedah. Berikut merupakan antara akibat jika stres semasa bekerja tidak dikawal dengan baik:
Melihat akibat stres ini pasti membuatkan anda berasa gerun, bukan? Ia bukan sahaja akan memudaratkan diri anda, malah syarikat yang anda bekerja juga turut sama akan terkesan dek kerana stres.
Jadi, kami berharap agar artikel tips mengurangkan stres semasa bekerja ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada anda. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial!
1. https://www.verywellmind.com/how-to-deal-with-stress-at-work-3145273
2. https://www.apa.org/helpcenter/work-stress
3. https://www.corporatewellnessmagazine.com/article/effects-workplace-stress-health