Anda mungkin tertanya-tanya, dengan gaji yang dimiliki sekarang, mampukah untuk membeli sebiji rumah. Jika ingin membeli rumah, rumah jenis apakah yang mampu kita miliki? Bagi yang tiada pengalaman membeli rumah mungkin menjadi satu masalah untuk mereka.

Oleh kerana harga rumah sekarang amat tinggi dan untuk memiliki sebuah rumah dengan gaji yang tidak tinggi membuatkan ramai pemuda sekarang tertanya-tanya. Jangan bimbang, pakar ada berkongsi tips untuk membeli rumah buat kali pertama.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 tips membeli rumah untuk kali pertama. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

10 Tips membeli rumah untuk kali pertama

tips membeli rumah
Imej via Facebook

1. Jika ada impian beli rumah sebaiknya Gaji Kita x 12 x 6.5 = Harga Rumah

2. Jika nak beli tahun ini juga sebaiknya 20%-30% Below Market Valuer (BMV) dari pasaran Sekunder. Ini bagi menampung jika pasaran hartanah turun lebih banyak tahun depan.

3. Usahakan untuk tidak gabungkan gaji suami dan isteri.

4. Jangan terus beli rumah idaman kita, belajar beli rumah 3 bilik dan 2 bilik air dulu.

5. Sebaiknya rumah pertama rumah yang ada potensi pelaburan.

6. Hutang rumah sebaiknya 35% sahaja dari gaji kita.

7. Jangan beli rumah yang mahal, sebab nak puaskan hati mertua, kawan pejabat dan apa kata orang. Beli rumah yang kita mampu bayar.

8. Jangan habiskan gaji bayar ansuran rumah, kita tetap perlukan simpanan untuk masa depan.

9. Beli dikawasan separa matang atau matang, jangan beli dalam hutan tempat jin bertendang.

10. Pembiayaan lulus bukan bermakna kita layak beli, takut nanti kita tak mampu bayar. Semak kembali kos sampingan yang kita kena bayar setiap bulan. Bil selengara ada yang terlalu tinggi.

*Berikut adalah tips yang diberikan oleh pakar. Ingat, hutang rumah sebaiknya hanya 35% sahaja dan jangan lebih. Jika kurang ia lebih baik. Rumah pertama perlu mengikut kemampuan sendiri dan bukannya mengikut nafsu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.