Apabila kita mahu membeli rumah, kita perlu pastikan bahawa rumah yang kita beli itu wujud dan sama seperti apa yang dikatakan oleh pemaju rumah. Pemaju rumah mengeluarkan kata-kata dan janji-janji manis kepada pembeli untuk menjual unit rumahnya. Sebagai pembeli, kita jangan mudah terpedaya.

Pemaju rumah boleh memutar belitkan ayat mereka dan mengelirukan kita dengan ayat mereka. Ayat yang selalu digunakan oleh mereka adalah harga rumah yang murah dan mampu milik, kawasan perumahan yang baru dan cantik dan berdekatan dengan mana-mana tempat pusat membeli belah. Apabila kita dengar sahaja ayat ini, automatik kita akan mudah terpedaya.

Kita mencari rumah yang kawasannya berdekatan dengan semua tempat agar mudah untuk kita keluar membeli barang atau isi minyak kereta. Tetapi, adakah ia berdekatan dengan tempat kerja kita? Jika kawasan rumah kita jauh dari tempat kerja, ia bukan kawasan perumahan yang bagus untuk kita.

Kita hendaklah mencari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja kita, sekolah, dan kawasan yang ramai penduduk kerana ia akan memberi kelebihan kepada kita. Jika rumah di kawasan perumahan yang kita beli itu tiada orang, ia amat merbahaya untuk kita tinggal.

Selain itu, kita perlu tahu melawat kawasan perumahan sebelum membeli rumah dan ada tips mudah untuk melawat kawasan perumahan.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips melawat kawasan perumahan sebelum membeli. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Imej via pinterest

Tips melawat kawasan perumahan ( SWOT )

a) S (Strength): Kelebihan dan kekuatan hartanah yang kita nak beli tu untuk dibuat sebagai pelaburan.

b) W (Weakness): Kekurangan atau kelemahan hartanah itu, dan ia ada potensi buatkan kita rugi kalau kita beli.

c) O (Opportunities): Faktor luaran hartanah itu yang akan untungkan kita bila beli nanti.

d) T (Threats): Faktor luaran hartanah yang mungkin akan mengancam pelaburan kita jadi rugi, atau ancaman yang kita tak mampu nak memiliki hartanah itu.

*Tips ini bagi memudahkan kita untuk melihat kawasan perumahan rumah yang kita hendak beli. Kita perlu tahu kekuatan, kelemahan, kelebihan dan ancaman di kawasan perumahan kita. Jika ancaman lebih banyak, maka ia bukan kawasan perumahan yang baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada kita dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.