Setiap tahun Universiti akan mengambil pelajar baru yang ingin menyambung pelajaran di Universiti dengan khusus yang dipilih. Hal ini memberi peluang kepada ramai anak muda yang ingin menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka boleh memilih kolej atau universiti kerajaan atau swasta untuk menyambung pelajaran mereka.

Kerajaan juga telah banyak mengeluarkan wang untuk menyediakan kemudahan pelajar seperti kolej kediaman, fakulti, pengangkutan awam dan lain-lain lagi. Jika kita lihat, di mana-mana tempat belajar pasti akan ada pengangkutan awam yang disediakan bagi memudahkan pelajar untuk bergerak ke mana-mana tempat.

Zaman sekarang lebih mudah untuk pelajar berbanding zaman dahulu kerana pengangkutan awam lebih banyak seperti bas dan kereta api. Selain itu, aplikasi ‘Grabcar’ juga sudah diperkenalkan bagi memudahkan rakyat untuk mencari dan ‘booking’ kereta menghantar mereka ke destinasi yang dituju.

Ada beberapa tips berguna untuk mahasiswa yang baru masuk belajar.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 8 tips untuk mahasiswa baru masuk belajar. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Imej via biswardihasbi

8 Tips untuk mahasiswa baru masuk belajar

1. Jangan cepat bangga bila dapat mana mana kampus atau universiti popular atau kebanggan.

2. Awal semester, pastikan kita boleh skor CPA agar CGPA kita cemerlang awal semester.

3. Fahami gaya belajar kita, ada orang boleh kerja last minute. Ada orang gagal jika kerja last minute. Jangan ikut orang lain.

4. Selain belajar, kenali pelajar lain untuk bina networking yang baik dimasa depan. Jangan hanya kawan kelompok yang sama.

5. Tinggalkan saja kawan kawan yang jadikan kita kebelakang. Mereka lewat, malas dan tidak tepati masa.

6. Ikut organisasi dan aktiviti hidup kampus. Jangan bawa budaya sekolah lagi. Kenali kemahiran apa yang kita bagus.

7. Di Kampus kita tidak hanya perlukan orang yang pintar. Tetapi orang yang kritis, kreative dan boleh memimpin dengan baik.

8. Jauhkan diri dari aktiviti yang rosakkan diri. Tidak semua yang ramai kawan buat itu betul. Yang sikit orang buat itu salah.

*Berikut adalah tips yang diberikan oleh Encik Azizul untuk mahasiswa baru yang akan mula masuk belajar. Bagi mahasiswa yang baru masuk belajar buat kali pertama, tips ini berguna untuk anda yang kurang berpengalaman. Belajar di kolej atau universiti amat berbeza dengan semasa belajar di sekolah. Di kolej, ada ramai pelajar yang bijak dan pelbagai perangai yang kita tidak pernah jumpa. Semoga berjaya kepada yang ingin sambung belajar.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.