Membeli rumah bukan perkara yang main-main. Kita perlu menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk membayar deposit rumah dan pembiayaan tiap-tiap bulan. Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, kita perlu lihat pada bajet yang kita ada.
Kita perlu membeli rumah mengikut kemampuan kita bukan nafsu. Lihat orang lain beli rumah 2 tingkat kita pun mahu beli rumah 2 tingkat. Pada mulanya mungkin seronok tetapi sakitnya akan terasa apabila kene bayar tiap-tiap bulan. Jadi, sebelum membeli berfikir terlebih dahulu.
Ada yang rancang, sebelum kahwin ingin membeli sebuah rumah agar selepas berkahwin boleh tinggal dengan isteri tercinta di rumah tersebut. Dalam masa 3 tahun, sempatkah mengumpulkan wang untuk membeli rumah?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips membeli rumah dalam masa 3 tahun. Info ini dikongsikan oleh Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Tips membeli rumah dalam masa 3 tahun
Tips pertama
Jika nak beli rumah berharga RM60K
Guna Rule Of 200: Ansuran Bulanan= RM300
Korang kena mampu simpan RM300 setiap bulan
Jika nak membina simpanan belanja kahwin RM12K
Pembiayaan ASB Islamik RM50K
Ansuran Bulanan RM256 | Tanpa Takaful | Kadar Keuntungan bank 5.10% | Tempoh 35 Tahun Pembiayaan
Hasilnya selepas 3 tahun:
- Dividen terkumpul : RM11,252
- Pulangan prinsipal : RM1671
- Jumlah : RM12,923
Tips kedua
Jika nak beli rumah berharga RM110K
Guna Rule Of 200: Ansuran Bulanan= RM550
Korang kena mampu simpan RM550 setiap bulan
Jika nak membina simpanan belanja kahwin RM25K
Pembiayaan ASB Islamik RM100K
Ansuran Bulanan RM505 | Tanpa Takaful | Kadar Keuntungan Bank 5.0%. | Tempoh 35 Tahun Pembiayaan
Hasilnya selepas 3 tahun;
- Dividen terkumpul : RM22,504
- Pulangan prinsipal : RM3412
- Jumlah : RM25,916
Tips ketiga
Jika nak beli rumah berharga RM150K
Guna Rule Of 200: Ansuran Bulanan= RM750
Korang kena mampu simpan RM750 setiap bulan
Jika nak membina simpanan belanja kahwin RM38K
Pembiayaan ASB Islamik RM150K
Ansuran Bulanan RM758 | Tanpa Takaful | Kadar Keuntungan Bank 5.0% | Tempoh 35 Tahun Pembiayaan
Hasilnya selepas 3 tahun;
- Dividen terkumpul : RM33,756
- Pulangan prinsipal : RM5117
- Jumlah : RM38,873
Tips keempat
Jika nak beli rumah berharga RM220K
Guna Rule Of 200: Ansuran Bulanan= RM1100
Korang kena mampu simpan RM1100 setiap bulan
Jika nak membina simpanan belanja kahwin RM50K
Pembiayaan ASB Islamik RM200K
Ansuran Bulanan RM1010 | Tanpa takaful | Kadar Keuntungan Bank 5.05% | Tempoh 35 Tahun Pembiayaan
Hasilnya selepas 3 Tahun;
- Dividen terkumpul : RM45,000
- Pulangan prinsipal : RM6823
- Jumlah : RM51,823
*Ini adalah tips untuk membeli rumah pada harga-harga tertentu. Tetapi pembiayaan perlu kosisten dan tak boleh skip, biar lebih jangan kurang. Jika tidak boleh konsisten untuk bayar tiap-tiap bulan, maka perlu disiplinkan diri terlebih dahulu kemudian baru boleh rancang untuk membeli rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.
