Zaman sekarang hendak membeli rumah memerlukan modal yang banyak. Di dalam akaun bank mesti melebihi lima angka untuk mendapatkan kelulusan membeli rumah. Harga rumah kini juga semakin meningkat kerana ia adalah aset yang digunakan untuk jangka masa yang lama.

Jika tiada kereta, kita boleh menaiki kenderaan awam seperti bas, kereta api dan lain-lain. Tetapi kalau tiada rumah, di mana hendak kita berteduh, takkan mahu duduk di rumah mak sehingga ke tua. Tidak rugi membeli rumah.

Kini, ramai yang mahu membeli rumah tapi ada masalah dengan wang kerana tidak cukup wang untuk membayar deposit rumah. Jangan bimbang ada jalan penyelesaiannya.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips kumpul deposit rumah modal RM537 sebulan sahaja selama 2 tahun. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

tips kumpul deposit rumah 2 tahun
Imej via Pinterest.com

Tips kumpul deposit rumah

Ini antara contoh game plan jika kau nak dapat lebih RM19K dalam masa tiga tahun. Komitmen simpanan hanya RM537 selama dua tahun.

Cara-caranya :

Tahun Pertama

Mohon pembiayaan ASB RM100K. Tempoh pembiayaan 30 tahun. Kadar keuntungan bank: 5.05%. Bulanan dalam RM536.82. Kita genapkan jadi RM537. Tanpa ambil takaful.

Tahun Kedua

Mohon lagi ASBF RM100K. Selepas setahun, akan dapat dividen. Katakan dividen 7%. Jadi 7% X RM100K = RM7000. Bayar ansuran guna dividen ASBF tahun pertama.

Katakan profit rate bank macam tahun pertama. Bulanan RM537. Bayaran untuk setahun RM6444. Ada lagi baki RM556.

Ansuran bulanan tahun pertama bayar guna gaji. Ansuran bulanan tahun kedua bayar guna dividen ASBF tahun pertama. Jadi bulanan kekal RM537 tanpa bertambah sebarang komitmen.

Tahun Ketiga

Terminate dua sijil ASBF RM100K tahun pertama & RM100K tahun kedua selepas dapat dividen pada Januari nanti.

Hasilnya :

➡️Dividen ASBF RM100K Tahun Terakhir: RM14,000

➡️Prinsipal ASBF RM100K (12 bulan): RM1476

➡️Prinsipal ASBF RM100K (24 bulan): RM3027

➡️Lebihan: RM556

✅ Jumlah kasar: RM19,059

Lebih kurang RM19K, banyak dah tu dalam masa tiga tahun.

Kalau kau simpan sendiri RM537 dapat RM12,888 je kan. Beza enam ribu tu. Sapa nak bagi kan.

Perkara yang boleh dilakukan dengan hasil wang simpanan

Dah ada simpanan RM19K ni nak buat apa? Antaranya:

1. Beli rumah subsale (RM150K)

RM15K untuk 10% downpayment. Beli rumah lepastu sewakan. Dapat untung sewa. Anggaran bayaran ansuran rumah yang berharga RM150K dalam RM600. Sewakan pada harga RM850. Dapat aliran tunai positif RM250.

2. Beli rumah lelong

Beli rumah lelong yang bawah RM100K. Rumah di lembah Klang masih ada. Harga bawah RM100K tapi kadar sewa RM600-RM900. Tak caya tanya ejen rumah lelong.

3. Dana persaraan

Mohon terus ASBF 200K. Katakan bulanan RM1080 sebulan. Gunakan simpanan tadi untuk bayaran tahun pertama. Pada tahun kedua, guna teknik rolling dividen sehingga tamat tempoh pembiayaan. Selepas 30 tahun ada sebanyak RM200K sebagai dana persaraan. Langsung tak perlu bayar guna duit gaji.

4. Langsaikan hutang

Jika ada terbuat hutang peribadi masa kahwin ke, hutang PTPTN ke, boleh gunakan simpanan tadi untuk bayarkan habis hutang tersebut.

5. Reward diri sendiri

Penat menyimpan, boleh digunakan untuk reward diri sendiri sebagai penghargaan di atas kesungguhan dan kesabaran. Ikut kehendak korang jangan sampai membazir pula.

-Bercuti

-Downpayment kereta baru

-Beli barang kemas

*Mudahkan dengan menggunakan tips yang diberikan Encik Amir. Hanya menggunakan modal RM537 sahaja boleh membayar deposit rumah selama 2 tahun. Itu baru dua tahun, jika lambat lagi ingin membeli rumah seperti 4 ke 5 tahun, lagi banyak hasilnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.