Tanggungjawab seorang ibu tunggal sangat besar selepas kehilangan suami atau diceraikan. Hal ini kerana, segala tanggungjawab dan belanjawan yang sepatutnya suami sediakan terpaksa isteri tanggung demi menyara anak dan keluarga.
Banyak perkara yang perlu difikirkan oleh ibu tunggal seperti belanjawan anak-anak dan untuk isi rumah. Tetapi ibu tunggal tidak perlu risau, setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Apa yang penting, perlu pandai menguruskan kewangan agar tidak berbelanja lebih dari yang sepatutnya.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips-tips kewangan khas untuk ibu tunggal. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Perlu lebih teliti dalam belanja kerana hanya kita sahaja yang sedang bekerja. Suami telah lari ikut janda muda. Perlu ada belanjawan isi rumah dan disiplin ketat patuhi belanjawan.
Lepas ada belanjawan, mesti ada tabungan. Tiap kali gaji belajar ‘bayar diri sendiri dulu’ untuk tabungan. Simpanlah di ASB, TH atau SSPN paling minimum 10% gaji, lebih banyak lebih seksi kita kembali. Macam anak dara kembali.
Bagi elak ditipu jantan kasanova hidung belang buaya tembaga dan silap buat keputusan kewangan, hadirlah seminar, beli buku baca agar ada dilandasan yang betul.
Wajib ada simpanan ini, paling minimum 3 bulan gaji. Jika dah ada anak ditinggalkan suami, ambil takaful perlindungan pendapatan. Jika apa terjadi, anak kita ada simpanan perbelanjaan. Belajar menyimpan di SSPNi juga.
Kita pasti akan bersara, buat simpanan dan pelaburan untuk persaraan kita. Saya galakkan beli hartanah yang baik dan betul sebagai pelaburan. Itu yang saya lakukan.
Kisah suami tak beri nafkah lepas ditinggalkan dah jadi cerita biasa. Ada jantan baik, ada jantan tak guna. Didik anak kita agar bijak wang, bincang dengan anak apa rancangan kewangan kita agar dia tak bandingkan kita dengan keluarga kawannya.
*Berikut adalah tips-tips kewangan untuk ibu tunggal di luar sana. Tips ini sangat berguna dan dapat membantu ibu-ibu tunggal di luar sana mengenai pengurusan kewangan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.