Nak tahu tips kewangan untuk golongan muda? Sebelum tu, fahami ini dahulu.
Selepas tamat sekolah dan universiti, mesti baru je start kerja kan? Tapi masa ini macam-macam perasaan nak upgrade lifestyle timbul dalam diri kita. Itu benar.
Tapi dengan adanya tips kewangan untuk golongan muda, ikut sahaja dan anda akan berada di landasan yang betul dari segi pengurusan wang. Bukan apa, ramai yang buat silap ketika usia muda.
Jom lihat antara cara urus wang atau tips kewangan yang golongan muda yang efektif perlu kita ikuti.
Buat simpanan terlebih dahulu sebelum berbelanja wang yang ada. Ini tidak, ramai yang belanja dahulu dan akhirnya tak mampu nak buat simpanan. Dah tersalah percaturan. Setiap kali dapat gaji, terus asingkan 10-20% dari jumlah tersebut untuk simpanan.
Simpanan wang boleh dibuat di akaun bank lain, Tabung Haji, ASB atau lain-lain platform simpan duit yang selamat dan berkesan. Ini untuk mengelakkan anda kerap menggunakan simpanan anda dan akhirnya tiada wang lagi.
Pertama sekali untuk realisasikan tips kewangan ini, anda perlu senaraikan dahulu bajet bulanan iaitu komitmen anda secara keseluruhan dan semak adakah ia melebihi pendapatan anda? Pastikan ia tidak lebih dari pendapatan. Ada perlu cut cost dan pastikan pendapatan anda lebih banyak selepas buat bajet kewangan.
Ada perkara yang tak perlu berhutang masa usia muda ni, elakkanlah. Sebagai contoh, personal loan dan pinjaman kad kredit tak perlu buat. Jangan derhaka pada tips kewangan ini jika nak kewangan dan skor kredit anda selamat.
Kalau ada guna pun, cepat-cepat bayar komitmen bulanan untuk elak interest jadi lebih tinggi. Ingat, gagal bayar hutanglah yang akan buat kewangan kita bertambah buruk suatu hari nanti.
Sekarang masih muda, inilah masa yang sesuai untuk buat pelaburan. Jangan tunggu dah tak ada duit atau usia tua baru nak mula.
Anda boleh melabur di platform yang rendah risiko seperti unit Amanah Saham. Belajar dan mula melabur dari sekarang. Kata orang, perlu ada plan celik kewangan!
Perancangan perlu dibuat dari sekarang. Tips kewangan ini adalah untuk anda buat perancangan simpanan untuk pembelian rumah, sambung belajar, persaraan, pendidikan anak dan lain-lain lagi. Semua perlu bermula dari sekarang.
Anda perlu bijak merancang wang bermula dari sekarang. Yang murah tetapi berkualiti tidak salah. Tidak semestinya semua perlu guna barang branded.
Selain itu, kurangkan gaya hidup mewah yang tidak perlu dan mula belajar untuk membina lebih banyak kewangan untuk masa depan.
Apa yang boleh jimat, kita jimat. Bukannya jimat tidak bertempat, tetapi jimat dengan lebih bijak supaya wang pendapatan yang lain boleh digunakan untuk simpanan. Menarik kan? Namun ia perlukan disiplin yang tinggi.
Tips kewangan seterusnya adalah perlunya anda buat simpanan kecemasan. Jumlah terbaik adalah dalam 3 hingga 6 bulan dari gaji anda. Barulah ada backup untuk apa-apa kecemasan seperti kereta rosak, masalah pindah rumah, biaya kos sakit dan sebagainya.
Selalunya kita terbeli sesuatu sebab rasa nak guna, nak pakai atau macam seronok je kan? Tapi sebenarnya bila balik kejap je kita guna, kejap je seronok. Lepas tu dah tak berapa ada manfaat. Siapa pernah alami kejadian macam ni?
Ya, memang kita rasa boleh guna buat itu ini. Tapi kalau tak ada barang tu pun kita masih boleh jimat dan boleh jalani hidup macam biasa kan? Tak berapa penting atau untuk sekejap je seronok, tak payah beli!
Akhir sekali, ambil ruang dan peluang untuk belajar urus kewangan dengan berkesan. Setakat tahu tips kewangan tetapi masih kurang ilmu, takut terbuat silap nanti. Labur untuk belajar ilmu tentang kewangan dalam usia muda, anda takkan rugi apa-apa.
Jom baca juga,