Gaji baru masuk, banyak benda yang kita perlu selesaikan dengan wang antaranya adalah hutang. Hutang bank, hutang kredit kad, hutang kawan dan segala jenis hutang kita kene selesaikan. Selepas selesai bayar hutang semua, gaji kita pun tinggal sikit dan wang yang sedikit itulah kita perlu guna sementara tunggu gaji seterusnya.
Dalam fasa inilah kita perlu berjimat agar wang kita tidak habis digunakan. Jika habis, memang hari-hari makan nasi dengan telur kicap sampai gaji masuk. Tetapi masa yang agak lama untuk tunggu gaji sterusnya masuk, ada pelbagai dugaan, Antaranya, kereta rosak, ada jualan murah, barang dapur habis dan sebagainya.
Waktu-waktu kita mahu berjimatlah, banyak benda yang kita perlu bayar. Jadi, apa perlu kita lakukan?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 tips berjimat sementara menunggu gaji seterusnya. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.
Simpanan ni kau jangan kacau dan jangan guna kalau tak terdesak. Biarkan ia tidur lena dalam ASB ataupun TH.
Kau tu dah la gaji ciput, kehendak tu punya lah menggunung. Itu ini nak beli. Bukan tak boleh berbelanja untuk kehendak. Tapi berpada-pada lah ye. Kalau rasa bulan ni semput, fokuskan kepada keperluan sahaja.
Ni lah sikap budak hispter macam kau, luaran je kaya. Baju je jenama, padahal simpanan duit dalam tiga angka je. Sadis.
Jangan bergantung pada satu sumber pendapatan jika gaji kau kecil. Cari pendapatan sampingan yang kau boleh buat. Contohnya berniaga online, biat Grab, dropship, part time ejen takaful atau hartanah dan macam-macam lagi.
Jangan duk nak beli benda baru je. IPhone 8 kau elok lagi dah tukar nak beli IPhone XR. Nak up to date katanya. Padahal beli pun berhutang. Duit dalam bank tak up to date langsung daripada tahun lepas. Apa citerrr.
Hal ini, untuk elak daripada terpakai duit tersebut. Kau tu pesen tak boleh pegang duit banyak sikit, mula la rasa diri tu kaya. Jadi, dapat gaji bayar dulu hutang-hutang dengan pihak bank. Kalau lambat bayar kena caj penalti lagi la banyak duit gaji kau jadi arwah nanti.
Kau akan masuk mode amalan berjimat-cermat bila duit tinggal RM50 dan gaji lagi seminggu kan? Masa tu la kaw-kaw punya berjimat-cermat. Megi kawan kau rembat, 3 in 1 Neskepe Mak Cik Cleaner kau mintak. Tak cukup dengan itu, kau rembat biskut Akak Kerani masa lunch. Kenapa tidak amalkan berjimat-cermat masa dapat gaji? Bawa bekal sarapan ke pejabat misalnya. Jimat bukan?
*Ikuti 7 tips ini, Insyaallah dengan wang yang tinggal itu, kita boleh bertahan sehingga gaji seterusnya masuk. Apa yang penting, buangkan sifat tamak dan nafsu untuk membeli barang yang tidak penting. Jika boleh bawa bekal ke tempat kerja setiap hari, nasi goreng pun mudah je jika mahu buat. Ataupun berpuasa setiap isni dan khamis. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang disayangi.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini.