Zaman sekarang, semakin ramai orang yang ditipu oleh ‘scammer’. Apakah itu ‘scammer’? ‘Scammer’ adalah seseorang yang membuat penipuan kepada orang lain untuk mendapatkan sejumlah wang. Mereka menawarkan pelbagai janji-janji manis sebagai penukaran barang mereka dengan wang.

Isu ‘scammer’ ini semakin luas dan sehingga kini masih ramai yang telah ditipu oleh mereka. Mereka tidak akan berhenti sehingga mereka berjaya ditangkap. Ada orang yang pernah ditipu sehingga berpuluh-puluh ribu sampaikan duit di dalam bank lesap hilang dan tidak dapat dikesan. Sungguh merbahaya sekali.

Dulu, ‘scammer’ ini banyak berkaitan dengan bank tetapi sekarang mereka menjadi lebih kreatif. Mereka boleh berlakon menjadi seorang pekerja di mahkamah dan memaklumka kepada seseorang bahawa dia mempunyai saman yang perlu dibayar. Jika orang itu bijak, dia sendiri akan menelefon pihak mahkamah dan bertanya sendiri. Jika tidak, habislah wang yang perlu bayar ‘saman’

Rumah sewa juga boleh digunakan untuk jadi satu bahan penipuan. Banyak ‘scammer’ yang berlakon sebagai tuan rumah yang ingin menyewakan rumahnya dan menawarkan harga rumah sewa yang murah. Berfikir secara logik, mana ada rumah sewa yang murah kecuali rumah itu sudah lama ditinggalkan dan kosong. Tetapi masih ada yang tertipu.

Orang muda yang terdesak mencari rumah sewa akan terus beri duit deposit walaupun tidak banyak. Mereka menggunakan peluang ini untuk tipu lebih ramai lagi orang yang ingin mencari rumah sewa. Bagi mengelakkan daripada ditipu oleh mereka, kita perlu bijak membuat pilihan.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 tips hindari ditipu oleh ‘scammer’ rumah sewa. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Imej via malwarebytes.com

4 Tips hindari ditipu oleh ‘scammer’ rumah sewa

Cadangan saya buat orang muda yang mencari rumah sewa :

1. Pastikan dapat masuk ke dalam rumah, lihat keadaan sebenar rumah.

2. Jangan kelihatan terlalu terdesak nak sewa. Penipu akan manipulasi dengan minta kita cepat buat bayaran.

3. Minta lihat bil api dan ulititi mesti atas nama orang yang kita nak serahkan duit. Sublater akan hadapi masalah ini.

4. Sebelum buat bayaran, minta snap gambar ic orang yang kita nak berikan wang tersebut.

*Sebelum memberi duit deposit rumah sewa kepada tuan rumah, pastikan anda lakukan seperti yang di atas. Ia untuk memastikan bahawa rumah sewa itu adalah hak sewa tuan rumah. Selepas ikuti tips ini dan pasti bahawa dia adalah tuan rumah sewa yang betul, baru boleh memberi duit deposit kepadanya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.