Apabila membeli rumah untuk kali pertama, banyak perkara yang perlu diuruskan dan kita tidak tahu kerana ilmu yang kurang. Maka, kita akan membeli rumah melalui ejen hartanah. Ejen hartanah akan membantu kita untuk membeli rumah yang mana kita mahu dan mengikut kemampuan tersendiri.
Perkhidmatan ejen hartanah ini bagus untuk orang yang kali pertama ingin membeli rumah tetapi tidak tahu caranya. Jika menggunakan ejen, pasti kita perlu bayar wang pendahuluan atau deposit rumah mengikut peratus yang dikeluarkan oleh agensi ejen hartanah berikut.
Maka kita perlu membayar sebagai tanda kita setuju untuk membeli rumah tersebut. Tetapi kita perlu berhati-hati kerana takut jika kita ditipu oleh ejen yang tidak bertanggungjawab. Jadi, kita perlu tahu cara untuk elak daripada wang deposit rumah hangus.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips mengelak wang deposit rumah daripada hangus. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.
1. Pastikan berurusan dengan ejen hartanah yang berdaftar. Booking hendaklah dibayar ke akaun bank agensi ejen tersebut. Bukannya transfer duit booking ke akaun persendirian ejen atau membayar tunai ke ejen. Kalau ejen tersebut kita sudah kenal tak jadi masalah. Kita boleh mengambil tindakan terhadap agensi sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diduga.
i. Biasanya ejen hartanah mempunyai kad kuasa tag berwarna merah. Dalam kad tersebut mengandungi nama, No. K/P dan nombor ID REN tersebut.
ii. Semak di : http://lppeh.gov.my/. Klik “Search”.
Kau boleh dapatkan nombor telefon beliau dan nombor telefon pejabat. Dapat business kad lagi cun. Ada juga kes REN dah berhenti kerja lepastu menyamar jadi REN. Kau boleh sahkan sama ada REN tersebut masih bekerja di agensi dahulu atau tidak.
2. Booking boleh dibuat menggunakan cek, bank draf, melalui mesin deposit, secara online ataupun melalui mesin ATM. Simpan segala bukti pembayaran.
3. Sebelum membayar booking, pastikan ada perjanjian antara kau dengan penjual. Ia dikenali sebagai Letter Of Offer To Purchase (OTP). OTP ni borang persetujuan hitam putih antara penjual dengan pembeli di atas harga jualan hartanah tersebut.
4. Pastikan di OTP tersebut ada maklumat:
i. Jenis hartanah.
ii. Alamat penuh hartanah.
iii. Jumlah nilai booking yang perlu dibayar.
iv. Harga beli yang telah dipersetujui.
v. Tarikh.
vi. Tandatangan penjual dan pembeli berserta saksi (ejen hartanah).
5. Antara syarat lain yang terdapat dalam OTP ialah tempoh di antara tarikh booking dan tarikh menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA), biasanya antara 14-21 hari bekerja.
6. Kau haruslah mendapatkan kepastian dengan ejen hartanah sekiranya pembiayaan perumahan kau tidak diluluskan. Kau perlu tahu apa akan jadi dengan duit booking tersebut sama ada dipulangkan ataupun hangus begitu sahaja.
Biasanya jika pembiayaan perumahan kau oleh pihak bank tak lepas, deposit akan dipulangkan balik. Jadi, kau kena tanya ejen betul-betul.
7. Pastikan kau mendapat salinan OTP ini untuk simpanan.
8. Setelah peguam menyiapkan SPA, penjual dan pembeli akan menandatangani SPA ini. Sebagai pembeli kau perlu membayar baki 6.82%-7% sebagai baki wang deposit 10% kepada penjual.
Baki 90% harga jualan rumah pula perlu dibayar dalam masa tiga bulan daripada tarikh SPA ataupun mengikut tarikh yang dipersetujui.
9. Proses siapkan SPA akan dilakukan oleh peguam. Namun kau perlu sentiasa “follow up” dengan peguam tersebut.
10. Peguam akan memastikan bahawa rumah yang dibeli tidak mempunyai tunggakan bil cukai pintu, cukai tanah, air, elektrik, penyelenggaraan dan sebagainya.
Setelah selesai kesemuanya, peguam akan menyerahkan baki harga jualan 90% kepada penjual dan dalam masa yang sama, penjual perlu menyerahkan kunci kepada peguam. Setelah itu, kunci pula akan diserahkan kepada pembeli.
*Buatlah keputusan yang bijak. Jika anda ingin berurusan dengan ejen hartanah untuk membeli rumah, pastikan agensi ejen hartanah tersebut berdaftar dan boleh dipercayai. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.