Pembaziran wang dilakukan tanpa kita sedar. Kadang-kadang wang yang dibelanjakan itu, kita tidak sedar bahawa kita telah membazirkan ia ke arah yang tidak memberi manfaat kepada diri sendiri. Sebagai contoh, kita selalu makan di luar dan membuat pesanan ‘Food Panda’ dan sebagainya. Kita boleh sahaja masak di rumah dan ia lebih jimat berbanding makan di luar.
Selain itu, jika kita nampak jualan murah di pasaraya, cepat sahaja kita pergi ke sana dengan niat ‘tengok je’. Kemudian, kita akhirnya kecundang dan membelinya dengan alasan ‘sementara barang murah’. Padahal di rumah banyak lagi stok dan barang masih boleh digunakan lagi. Semua itu adalah hawa nafsu semata-mata.
Kita jangan mudah tertipu dengan keperluan dan kehendak. Kita perlu tahu mana satu keperluan dan mana satu kehendak agar kita tidak akan membazir lagi. Tetapi bagaimana?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk mengelakkan diri daripada membazirkan wang. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.
Kegagalan menguruskan kewangan antara faktor terbesar kau akan terjebak dalam hutang. Kau rasa kau mampu bayar dan tambah hutang lagi. Padahal kau makin terbeban.
Rancanglah perbelanjaan harian dengan sebaik- baiknya. Bila dapat gaji tu, buat bajet siap-siap. Belanja ikut bajet yang ditetapkan. Jadi, takdela kau nak berhutang sana sini sementara nak tunggu gaji bulan berikutnya.
Bila dapat gaji simpan dulu sebelum berbelanja. Mulakan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Menabung walaupun sedikit. Menyimpan lah secara genius, konsisten dan berkualiti. Buat simpanan ikut pendapatan dan kemampuan kau. Jangan ikut orang. Yang penting, menyimpan.
Kau kena mulakan melabur di instrumen pelaburan yang diyakini supaya duit kau cepat bertambah. Jangan main skim cepat kaya pula. Menangis bawah shower kau nanti kalau kena tipu.
Jika kau susah nak menyimpan, boleh buat simpanan paksa (force saving) dengan pembiayaan ASB ataupun potongan daripada akaun gaji kau ke Tabung Haji.
Melaburlah 10% sekurang-kurangnya daripada pendapatan untuk masa depan kau. Jika minat nak buat ASBF boleh roger aku. Aku guide kau sampai kau pandai.
Benda ni susah nak baiki. Doktor pakar psikologi bertaraf Olimpik pun kalu duk nasihat kan kau tapi kalau kau tak nak berubah tu susah la. Sebelum membeli, pastikan kau mampu membayarnya. Simple.
Tak payahla nak ikut orang. Kau tengok dia beli baju mahal, branded, kau pun nak jugak. Pesen tak nak kalah. Padahal kau tak tau gaji dia berapa. Sebulan mau beribu riban. Kau? Jadi, ukurlah baju di badan sendiri.
Jika pendapatan bulanan tidak mencukupi, buatlah kerja sampingan yang lain. Boleh jadi ejen dropship, jual barang online, Grabcar ke.
Zaman sekarang nie serba serbi duit. Pandai-pandailah kau cari pendapatan sampingan. Janji halal.
Beli barang yang perlu sahaja. Tak perlulah membazir kalau membeli barang dapur tu. Ini tidak. Beli itu ini, makannya tidak, akhirnya buang begitu saja.
Sebelum nak pergi beli barang dapur tu, buat senarai. Baru kau tahu yang mana perlu dan yang mana tidak.
Tanamkan niat untuk mencari rezeki yang halal. Bukan untuk bermegah ataupun nak bermewah. Tuhan pun akan mudahkan dan lapangkan pintu rezeki. Kau akan rasa cukup dengan rezeki yang diberikan. Tak perlu berhutang.
*Sebelum kita mahu membelanjakan wang, fikir dulu betul-betul, adakah ia satu keperluan atau tidak. Jika tidak, simpan dulu niat itu dan utamakan keperluan terlebih dahulu. Biar kita hidup bersederhana daripada hidung sengsara dengan hutang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.