Mencari tips bisnes online yang boleh dipraktikkan?
Pada tahun 2020 yang serba mencabar ini, salah satu perkara yang menjadi fokusn utama kita ialah isu kewangan. Kita semakin sedar tentang betapa pentingnya menjaga aliran wang dan yang paling penting bagaimana cara untuk meningkatkan pendapatan agar lebih banyak wang yang masuk ke akaun bank kita setiap bulan.
Pastinya ramai yang mula melakukan kerja sambilan demi meningkatkan pendapatan keluarga. Di antara kerja sambilan yang semakin popular di Malaysia ialah melakukan bisnes online, menjadi pemandu Grab, menjadi penghantar makanan untuk Grab Food, Food Panda, Bungkus It, dan sebagainya.
Salah satu kerja sambilan yang paling popular ialah bisnes online memandangkan ianya boleh dilakukan dari rumah tanpa perlu keluar dari pintu. Bagi ibu-ibu, pastinya akan berasa sangat lega kerana anak sentiasa ada di depan mata dan dalam masa yang sama boleh melakukan kerja rumah yang lain. Malah bisnes online boleh dilakukan sambil bekerja di pejabat. Bagi suami pula, bisnes online bermakna dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga.
Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan beberapa tips bisnes online untuk newbie yang sangat sesuai untuk anda yang baru nak menceburkan diri dalam bidang ini. Semoga tips yang akan kami kongsikan lagi dapat membantu anda untuk membuat keputusan penting sebelum memulakan perniagaan bisnes online anda.
Perkara pertama yang perlu anda fikirkan untuk memulakan bisnes online ialah untuk memilih apakah barang atau perkhidmatan yang ingin anda tawarkan. Tips penting dari kami ialah pastikan anda pilih barang atau perkhidmatan yang akan sentiasa dicari oleh orang ramai dan walau pun ekonomi negara berada dalam keadaan gawat, orang ramai tetap akan membeli barang yang kita jual atau mengambil perkhidmatan kita.
Di antara sektor yang selalunya kebal kepada kegawatan ekonomi ialah industri makanan, penghantaran dan perubatan. Walau bagaimana keadaan ekonomi, manusia masih perlu makan. Manusia masih perlu makan ubat. Dan sektor penghantaran atau logistik akan terus berjalan.
Tips kedua ialah anda perlu mula berfikir sama ada ingin memulakan perniagaan dengan jenama sendiri atau anda memilih untuk menjadi ejen atau dropship kepada jenama yang sudah ada di pasaran.
Jika anda memilih untuk memulakan perniagaan bisnes dengan jenama sendiri, anda perlu membuat sedikit kajian tentang apa yang ingin anda jual dan keadaan pasaran semasa. Anda juga perlu mempunyai ilmu pemasaran dan perngiklanan. Namun jika anda memilih untuk menjadi ejen atau dropship untuk jenama sedia ada, ada juga pro dan cons yang perlu anda selidiki sebelum membuat keputusan.
Jika anda memilih untuk menjadi ejen atau dropship kepada jenama sedia ada di pasaran, perkara pertama yang ingin kami tekankan di sini ialah anda perlu memilih jenama yang betul. Pastikan anda bersama jenama yang sudah terkenal di Malaysia dan diyakini kukuh.
Ini kerana jenama yang sudah dikenali biasanya lebih mudah untuk dijual kerana masyarakat sudah kenal dengan jenama tersebut. Apa yang perlu anda lakukan ialah untuk meyakinkan orang untuk membeli dari anda. Selain itu, kebiasannya jenama besar mempunyai sistem sokongan yang baik maka anda akan sentiasa dibimbing. Bukannya terkapai-kapai sendirian.
Jika anda memilih untuk memulakan jenama sendiri, tips dari kami ialah cari ilmu yang secukupnya sebelum mengeluarkan modal. Apa yang perlu anda pelajari ialah ilmu marketing, ilmu pengiklanan, ilmu sistem ejen, costing, dan sebagainya. Jika anda memulakan perniagaan dengan ilmu, anda sedang mengurangkan risiko untuk menanggung kerugian, malah perniagaan anda juga akan berjalan dengan lebih teratur serta sistematik.
Untuk meyakinkan orang ramai membeli dari anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan mewujudkan personal branding. Jadikan diri anda sebagai seorang yang terkenal dengan meramaikan follower. Semakin ramai follower anda semakin yakin orang untuk membeli dari anda.
Positioning ialah satu perkara yang paling penting dalam memulakan bisnes online. Positioning bermaksud anda ingin orang ramai sentiasa mengaitkan diri anda dengan produk yang dijual. Sebagai contoh, bila kita sebut tentang Tony Fernandez pastinya kita akan teringat tentang Air Asia. Bila sebut Air Asia pula kita akan ingat penerbangan harga murah. Itulah yang dimaksudkan dengan positioning. Kita mahu orang ramai fikirkan produk anda setiap kali nama anda disebut.
Tips bisnes online yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dengan memilih platform untuk berniaga yang ingin anda gunakan. Anda boleh pilih sama ada ingin berniaga di facebook, instagram, website, atau mungkin juga anda ingin berniaga dikesemua platform yang kami sebutkan tadi. Sentiasa ingat bahawa lagi banyak platform yang anda gunakan, semakin ramai prospek anda. Ianya lebih menguntungkan.
Itulah dia info tentang 7 tips bisnes online untuk newbie yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang bisnes dari rumah dan cara buat duit online.