Dalam islam mengajar kita untuk tidak melakukan pembaziran makanan atau wang. Kita perlu bersederhana dan tidak melebih-lebih. Makanan yang berlebihan dibuang begitu sahaja dan wang yang dibelanjakan hanya sia-sia sahaja. Membazir itu amalan syaitan.
Bulan Ramadhan mengajar kita untuk bersabar dan tidak melakukan pembaziran dari segi makanan atau kewangan. Dalam tempoh sebulan, banyak perkara yang kita banyak pelajari. Selain itu, ia dapat mengawal nafsu makan dan nafsu ingin membazirkan wang.
Bukan sahaja bulan Ramadhan kita boleh berjimat, hari lain juga kita boleh berjimat. Kita boleh melakukan puasa sunat isnin dan khamis. Selain mendapat pahala sunat berpuasa kita juga dapat berjimat dua kali seminggu. Tips ini bukan sahaja digunakan ketika bulan Ramadhan, malah hari biasa juga kita boleh menggunakan tips ini.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips berjimat ketika berpuasa. Info ini dikongsikan oleh Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.
Lepas solat Asar kau terus fikir apa kau nak beli di bazar nanti. Yang pergi ke bazar baru nak fikir tu yang beli banyak-banyak tu. Pastikan kau beli tak lebih dua-tiga jenis lauk je.
Jangan bawa duit yang berlebihan jika ingin ke bazar Ramadhan sebab nanti kau akan borang seperti tiada hari esok. Contohnya bawa RM20 sahaja. Jadi takdelah kau nak borang semua untuk juadah berbuka nanti. Dompet tinggal siap-siap dalam kereta.
Kau yang bujang tu boleh lah berbuka di masjid. Boleh terus beribadah dan solat berjemaah di masjid. Jimat pun jimat. Dapat pahala solat berjemaah lagi.
Hari minggu, berpakatlah dengan kawan-kawan untuk berbuka sama-sama. Bawa juadah berbuka puasa yang dimasak sendiri di rumah. Jimat kan. Banyak menu boleh dimakan.
Tak perlu beli kuih-muih. Makan je kurma. Tak perlu beli air kat bazar. Buat sendiri je air kat rumah. Masak sendiri lauk. Kebersihan pun terjamin. Lagi jimat.
Kau makan berapa pinggang sangat lah. Kalau RM80 untuk berbuka puasa tu mahal dah tu. Kos makan kau pun tak lebih RM30. Rugi je RM50 tu. Bukankah Ramadhan ini mengajar kita supaya bersederhana?.
Kalau kau selalu beli banyak-banyak lepas tu tak habis makan, elok lah kau kirim saja supaya kawan ataupun keluarga kau pergi beli untuk kau. Biasa la kalau perut lapar, semua nak makan.
*Tips ini boleh digunakan oleh mana-mana orang yang ingin berjimat, lebih-lebih lagi pelajar universiti yang ingin berjimat. Tanam dalam diri untuk tidak membazirkan makanan dan wang. Jika tidak, pembaziran makanan akan berlaku. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.